Tag Smart Tag
Bismillah...
Tag lagi..
Kali ni kena double. Dari purpleheart ngan emmacommey
Tag lagi..
Kali ni kena double. Dari purpleheart ngan emmacommey
8 perkara mengenai diri sendiri. Walawei.. sungguh mencabar tahap SPM soalan ni. Kalau soalan ni keluar masa SPM 1993, sah-sah SPM aku kantoi.
Pendiam
Pendiamkah aku? Ye la kot. Sebenarnya, aku ni tak der la banyak cakap sangat. Tapi kalau ada geng, memang meriah la jugak.
Suka lukis-lukis
Aku suka lukis. Tapi lukisan aku tak cantik. Dan sebenarnya aku tak tau melukis pun. kekeke.. tapi aku memang suka lukis-lukis. Dulu angan-angan nak jadi arkitek. huhuhu
On-time
Aku ni memang on-timer. Kekadang tu, aku cuba gak lewat-lewatkan pergerakan aku. Tapi at the end, aku akan sampai tepat pada masanya. Pelik betul. Masa menunggu akukah?
Selalu abaikan 2 benda penting
Apa tu? Tidur dan makan. 2 benda ni selalu sangat aku tak kisah nak buat atau fikirkan. Kekadang tu, makan sarapan, malam baru makan lagi. Tidur lak selalu lewat-lewat. Tapi bila dah flat bantai tido gak laaa. Kalau kat rumah, biasanya aku akan tidur dalam bilik dan makan di dapur. Payah la nak tengok aku terbongkang atas sofa ke, makan kat ruang tamu ke...
Jarang tengok tv
Aku kurang tengok tv. Aku lebih suka mengadap pc. Kalau kau orang ada duit lebih, dan nak belikan aku tv 42", aku rasa, lebih baik kau orang belikan aku pc baru.. hehehe... Rumah aku ada Astro. Nak picit remote Astro pun terkial-kial. Maklumlah, jarang pegang.
Fokus buat kerja
Kalau aku buat sesuatu, contohnya melukis, aku akan beri tumpuan 100%. Tapi bohong la, kalau bom meletup pun tak perasan kan? Tapi biasanya aku akan marah bila orang sergah masa aku tengah buat kerja.
Tak suka guna duit siling
Kalau harga suatu barang harganya RM1.20, aku akan bagi RM2.00 kepada taukey kedai. Bila taukey kedai tanya pasal duit 20 sen, aku jawab tak ada, walaupun kadangkalanya ada dalam poket. Bila balik rumah, aku kan simpan duit siling tu dalam tabung. Aku ada mak cik yang berniaga, selalunya aku akan tukar dengan dia.
Aku cerewet
Hahahaha.. ni bukan aku yang kata. Sesetengah orang yang kata. Kat mana kecerewetannya tu, kena la tanya orang-orang yang berkenaan.
Dah lapan kan? kekeke.. cukup la tu...
OK.. selamat menggelakkan aku.. ehehe
7 Comments:
ada 4 persamaan
1. suka lukis-lukis
tapi, aku likis cantik. ehehe. tapi tak dak cita2 nak jadik akitek la.. nak jadik lawyer tapi ambik ekaun. hhahha
2. on time
jam aku (hp la aku tak de jam tangan) akan di set 37 minit lebih awal, dan on time dalam terma aku adalah 15 minit sebelum masa, jadi aku akan datang awal sekurang-kurangannya 15 minit awal. kesimpulannya, aku akan berada, sekurang kurangnya 30 minit awal (15 minit awal=ontime + 15 minit sebelum masa)
3. jarang tengok tv
walaupon rumah tak ada internet, aku lebih selesa main solitaire di PC dari tengok tv. Hehehe
4. fokus buat kerja
aku cukup pantang berbual-bual di work station orang laen kalau kerja belum siap walaupon untuk release tensen. sebab tu kat opis aku kalau aku bangun dari tempat dudok je, semua orang akan tanya "keja dah siap?" memangdangkan aku ada prinsip cam tu.. aku selalu dapat balik awak, sebab kosentrasi penoh time keja leh lajukan speed kerja. kalaulah ada speed trap mesti kena nih
okeh sekian terima kasih.. aku flood komen anda..
ledi
1 lagi persamaan yg mungkin ko tak tau, tapi aku tau.. ehehehe
birthday kita sama!
aipp....
itu aku memang konpem tak tau.. wooo.. selama ni ko menyembunyikan rahsia neh.. krekrkkerekr.. siap ko siap kooo... aku baru je edit template kasi tutop itu tarikh... heheheh
huh blogger yg sama besday... tapi aku x termasuk la
ezad, mungkin rutin tu berubah bila dan berdua nanti kot kan kan
sy pon sama, makan kat dapur,tidur dlm bilik tidur:)
ada 2 persamaan :
a) On Time - ayah ajar drpd kecik kalau nak pegi mana2 kena cepat .. bukan setakat on time, tapi tersangat la cepat rasanya .. skang nieh dah slow sket la, takde cepat sgt dah .. on time aje ..
b) Tak Suka Guna Duit Kecik - bukan setakat duit syiling, nak bayar apa2 pun mesti guna duit RM5 or RM10 or RM50 .. dah terdesak baru amik duit RM1 .. duit syilling mmg payah nak kluarkan .. malas nak mengira .. ahaks .
ledi
saje je nak bagi terkejut sket :). hang pi tutup wat apa? aku dah tau dah.. keke
wan
insyaallah. kalau ada org yang mampu mengubahnya, dia lah pasangan hidupku dunia akhirat :)
skidg8
tp ada org tidur di dapur, makan dibilik.. hehe
yatie
tu la. kalau sesuatu tu dah jadi tabiat, sampai ke tua la. tapi pasti berubah mengikut keadaan semasa.. kan?
Post a Comment
<< Home