Friday, August 17, 2007

Pengat Pisang

Bismillah..

Hari ni, dapat order lagi. Pengat pisang. Pesanan telah dilakukan oleh wan.
Silalah cuba ye puan-puan

Bahan-Bahan:
15 biji pisang (samada pisang raja, awak, abu atau nangka)
6 ml santan 6 cawan santan**
3 helai daun pandan
6 sudu besar gula merah
5 sudu besar sagu
3 sudu besar jagung manis

Cara:
Campurkan santan, gula merah, sagu, jagung manis, daun pandan di dalam periuk & masak hingga mendidih. Biarkan 15 minit di atas api kecil. Masukkan pisang ke dalam campuran itu & biarkan lima minit sebelum diangkat. Buang daun pandan, kemudian hidangkan di dalam mangkuk kecil.


** updated

7 Comments:

Blogger Purpleheart said...

Pesanan penaja, sesapa yang belum pernah buat pengat, sila-silakan lah buat ya..

Ezad, awat santan sikit je.. sagu banyak betul.. sori, kata-kata dari pengkritik.. :-)

11:27 PM  
Blogger LediAgli said...

eh..

biaq betol 6ml santan ja? 6mililiter? 3 titik je tuhws...

eh lagi satu.. pengat pisang ni.. kalau orang side mana ntha.. macam serawa.. ada kuah2..

1:10 AM  
Blogger Ezad said...

purpleheart
ye.. terima kasih kerana buat promosi tu.
ye la. sikit sgt lak santan tu, ni la padah copy & paste tanpa menyemak. hahaha.. dah semak kat website lain, santan tu patutnya antara 4-6 cawan sahaja. keke

lediagli
aku tak tau pun 6ml tu 3 titik. hehe.. maklum la, tak blajo matematik. errr... serawa tu amenda plak?

8:40 PM  
Blogger Purpleheart said...

serawa lebih kurang macam kuah durian, makan dengan pulut.. serawa kuahnya pekat sedikit kalau dibandingkan dengan pengat..

7:07 PM  
Blogger shafarina said...

oghang utagha yg panggil serawa :)


ezad, time kasih eh. balik ni nak try. dok peberet lak skang.

11:10 AM  
Blogger membeli said...

This comment has been removed by the author.

10:15 PM  
Blogger Ezad said...

purpleheart
oooooo

wan
oooooo
tp kalau tak jadi pengat tu, mintak maaf je la ye.. hehehe.... :D

11:27 PM  

Post a Comment

<< Home