Maal Hijrah 1429
Salam Maal Hijrah
Apakah pengertian Hijrah bagi kalian?
Walauapapun pengertiannya, penghijrahan merupakan suatu perkara yang perlu dilakukan. Tak kiralah dari mana ke mana, tapi perlulah dari sesuatu yang buruk kepada yang baik, atau dari yang baik kepada yang lebih baik.
Hari ini, umat Islam dipandang serong oleh seluruh masyarakat dunia. Imej Islam hari ini adalah miskin, jahil, pengganas dan sebagainya. Tiada satu imej yang baik terlekat pada Islam.
Jadi, apa tanggungawab kita untuk membela agama suci ini? Inilah peranan hijrah. Kita harus berhijrah dari imej yang buruk kepada imej yang lebih baik.
Mudahkah?
Tidak semudah yang disangka. Umat Islam hari ini berpecah belah. Hidup berpuak-puak. Umat Islam hari ini seringkali mengaku yang Islam mereka lebih baik dari orang Islam yang lain. Orang yang tidak berserban dikatakan tidak berapa Islam berbanding orang berserban. Imam yang membaca ayat lebih panjang dalam solat dikatakan imam yang lebih baik dari imam yang membaca ayat yang pendek-pendek. Umat Islam sendiri yang meletakkan gred dalam agama mereka sendiri. Agama Islam macam telur, ada gred-gred tertentu. Maka orang lain menggapa Islam hanya sebiji telur yang bila dilontar pecah berderai. Bahkan lebih buruk apa bila telur itu telur tembelang.
Sempena Maal Hijrah ini, marilah kita sama-sama mengubah sikap. Penyatuan ummah adalah perkara paling asas mencapai kemajuan. Bangsa Yahuni tak seramai mana, tapi sikap penyatuan mereka mampu memporak perandakan masyarakat dunia. Kekuatan ekonomi mereka mampu 'mentadbir' negara maju. Allah jadikan negara-negara Islam negara yang kaya. Namun disebabkan kedangkalan tentang ilmu, maka kekayaan itu tidak mampu diurus dengan baik. Ditambah pula dengan cara hidup yang berpuak-puak.
Apa kata jika kita ketepikan soal mazhab, soal puak, soal diri sendiri. Kita bersatu mentadbir setiap inci bumi Allah ini. Tanamkan azam untuk membela agama suci ini.
Percayalah, dengan penyatuan ummah sahaja umat Islam boleh maju. Setelah maju, baru lah imej Islam kembali bersih. Dengan imej yang bersih sahaja, umat Islam akan dipandang mulia. Setelah dipandang mulia, barulah bumi Allah ini kembali makmur.
2 Comments:
Hijrah ni.. setahun sekali je ke? khrkehrkerhe.. kalau boleh hari2 kena hijrah ya..
p/s: cakap senang tapi nak buat baloq
ledi
ye.. betul. Tapi yang setahun sekali pun liat, ni kan pulak hari2
Post a Comment
<< Home