Wednesday, June 18, 2008

5-S

Bismillah...

Hari ini, ada audit 5-S untuk department aku. Seperti yang telah berlaku saban tahun (juga dijangka), department aku bakal memperoleh markah tercorot. Ini disebabkan banyak perkara dalam 5-s itu tak dilaksanakan. Labeling tak tepat, susunan tak teratur, habuk dan sample-sample yang berterabur.

Kalau masih ingat, pada tahun 2006, masa tu aku bekerja di Bukit Rambai, 5-S department aku dapat markah tertinggi. Siap dapat hadiah lagi. Tapi kali ini, tercorot...

Sebenarnya, department kami masih belum sempurna sepenuhnya. Library yang dijangkan siap bulan lepas tergendala gara-gara banyak projek yang perlu dilaksanakan. Jadi library tu tertangguh. Walhal, kami dah plan majalah dan risalah hendak disusun dalam library tu. Tapi buat masa ni, semuanya masih dalam kotak. Sample-sample hendak diletak dalam cabinet berkaca, juga tak jadi lagi. So, sumbat dalam drawer je. Sudahnya, kami dapat markah kurang...

Itulah alasan aku ketika mengiringi pihak auditor... ahaks
Moralnya,
Jangan banyak bagi alasan :)

7 Comments:

Blogger manje said...

salam ezad

emm betol tu... selain dari jangan bagi alasan kenelah siapkan cepat keje2 mengemas dan wat 5s tu... jangan tangguh lagi... huhu takkan sampai audit tahun depan pon tak siap lagi... :P

11:10 PM  
Blogger Jentayutiara said...

moral of the story... siapkn alasan sebelum audit... .



larikkkkkkkkkkk

4:53 PM  
Blogger Ezad said...

manje
biasalah.. department kami semuanya sibuk design perabot. tak der masa nak kemas2 ke ape ke.. bz je manjang

10:03 PM  
Blogger Ezad said...

jentayu
ye.. kalau kerja tak siap, siapkan aje alasan

kejarrrrr

10:04 PM  
Blogger Purpleheart said...

Kadang-kadang bile dah sibuk, terpaksa pikir mana satu nak wat dulu..

bile tak bizi leh la kemas skit2..

1:18 PM  
Blogger cepotet said...

perlukan pekerja part time tak? :p

8:31 PM  
Blogger Ezad said...

purple
tp..kadang-kadang pk cam ne nak mengelak dari buat sesuatu kerja tu

cepotet
sanggup ke kemaskan brg kita org tu? dah la bertimbun-timbun.. kalau buat 5s, tak tau nak label cam ne

9:07 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home