Kisah Di Kedai Gunting Rambut
Bismillah...
Aku ke kedai gunting rambut. Sudah 15 tahun aku gunting rambut di kedai ini. Mula-mula aku gunting rambut dulu, harganya lebih kurang RM4.00. Hari ini RM7.00.
Bukan soal harga gunting rambut yang hendah dikupas. Tapi dialog orang-orang di dalamnya petang tadi.
.........................
India (Si Tukang Gunting) - Besok minyak sudah naik harga. 80 sen naik. Ini semua orang putih punya hal. Cilaka betul. Sikit-sikit mau gaduh. Iran pun dia mau kacau. Cilaka orang putih. Semua dia mau bolot.
.........................
Melayu 1 (Pelanggan yang sedang menunggu giliran) - Ikut harga pasaran ada naik, ada turun. Hari ini minyak naik, semua barang naik. Besok, harga minyak turun, mau tengok siapa berani turun harga barang.
Patut kerajaan buat macam ni tau. Dia kasi naik harga minyak, tunggu sebulan dua. Barang-barang mesti naik harga punya.
Kemudian kerajaan turunkan semula harga minyak. Besok tu kerajaan buat operasi. Siapa tak turun harga barang, saman........... Kerajaan banyak dapat duit punya.
........................
Melayu 2 (Aku - Selepas gunting rambut) - Berapa boss? RM7.00? Harga U tak naik, kan?
........................
Aku respect sikap India itu. Masih bersikap rasional dan 'baca buku punya orang'. Tak seperti sikap umat Melayu yang gerenti punya marahkan kerajaan.
........................
Aku tertarik dengan idea Melayu 1. Kalau ikut pasaran, harga mesti turun naik. Tapi, ada ke yang akan turunkan harga barang masa tu nanti?
hmmmm.... Tadi adik aku beli kuih lopis kat pasar rabu. Sekeping 50 sen. Murah ke mahal?
Moralnya,
Berbelanjalah ikut kemampuan.
9 Comments:
kasi adress
kat sini living cost rendah boleh shopping heheheheeh
email address ko kat email aku tau
aku nak pos kuih lopes dari sini ngeheheh
minyak, munyak, minyak... semua org dah naik minyak...
i tag u... feel free visit my blog & answr
aku dah baca balik belanjawan lepas
kerajaan pembohong
bagi saya yg comel dan cool ini..hehe..saya memandang ianya biasa2 dan sederhana sahaja. Kalau tdk mampu, jangan buat2 mampu..
kalau ada duit tak habis pada minyak, habis pada mende lain pulak..kalau mende berguna takpe, bende tak berguna tu yg hampeh..
kerajaan pembohong la, kerajaan ini la. Cuba YANG PENGATA ni naik, aku nak juga tengok macam mana.
guys, feel free ur minded laaa..hahahahahahahahahaha
p/s : saya hanya naik basikal
babe
mana kuih lopes nya tu??
jentayutiara
akan dibuat kelak
tp jgn la naik minyak selalu
ina
apa yg ditipunya?
biasa la.. org politik akan bercakap demi kepentingan politik, bukan kepentingan rakyat
ted
betul tu, seperti tanggapan org cina..
org melayu hanya mampu pakai motor kapcai, tapi beli pakai wira.. waja. cukup bulan nganga
pinjam basikal bleh?
turun harga? mimpi ler..
kuih lopis kat kl pun sekeping 4posen je.. ni sampai 5posen.. besar kot
s*h*i*m*a*h*z
tu la.. marilah kita bermimpi harga barang akan turun.
kuih lopes tu sama je sizenya. tp yg bezanya kuih lopes kl tu kuahnya gula melaka, kita org kat sini kuah kuih lopes dr minyak petrol. tu yang mahl tu.. ekekeke
salam..itulah ke belanja berhemah nampaknya...beli ikut kemampuan dan keperluan, bukan kehendak
arsaili
ye.. sekarang ni kena belanja ikut keperluan. bukan ikut nafsu :)
Post a Comment
<< Home