Friday, May 09, 2008

Semalam dan Hari Ini

Bismillah...
Semalam, berlaku percanggahan pendapat aku dengan HOD. Ianya berpunca dari lukisan aku untuk assembly instruction. Pada aku, apa yang aku buat itu adalah betul, tapi tidak bagi pihak HOD. Sudahnya kedua-duanya bertegang urat, dan di akhir pertengkaran itu, aku telah merampas lukisan dari tangan HOD. Petang tu, aku balik awal.
Pagi tadi, seperti biasa, aku akan sampai office lebih kurang jam 7.40 pagi. Dan seperti biasa HOD dah memang sampai lebih dulu. Untuk sampai ke meja aku, aku mesti melalui meja HOD. Dia panggil aku ketika aku nak ke workstation aku. Tanpa meletak beg, aku terus menuju ke tempatnya.
Dia menunjukkan penilaian prestasi aku. Sebagai staff baru yang belum confirm, setiap 2 minggu, akan ada penilaian prestasi. Tapi penilaian itu sepatutnya tidak boleh dibincangkan sehingga tarikh confirmation. Tapi pagi tadi dia panggil aku untuk discuss mengenai prestasi aku. Dia kata kerja aku memang bagus. Sebab aku sendiri ada pengalaman dan aku mampu ajar orang lain buat kerja. Aku sendiri puas hati dengan markah yang diberikan. Tak der la tinggi sangat. Tapi boleh la. Then dia suruh aku teruskan cara kerja aku, cuma katanya cuba2 la bawa discuss elok2, ni asyik nak marah je. Dia tau la aku handal...
hahahaha
Aku mempunyai sikap yang sangat fokus dalam buat kerja. Dan aku terpaksa bersikap garang dan tegas lebih2 lagi dengan puak yang pandai berniaga ni. Jangan nak ambil kesempatan kat aku ok.. Akan ku ganyang cukup2 :) Dan sejak aku kerja dengan company2 puak yang satu ni, ramai kata aku garang, dan mereka takut dengan aku?
Takut?? hmmmmm
Moralnya
Make sure korang handal sebelum 'mengganyang' orang lain

6 Comments:

Blogger arsaili said...

salam..bravo...moga terus sukses

3:44 PM  
Blogger wan said...

bagus

aku suka

aku rasa aku dengan kau sama

6:13 PM  
Blogger skidg8 said...

penah gak camtu.

hehe.

tapi bang, belom confirm lagi,kan... cuba2 bawak bertenang...

fokus mmg bagus bang. mmg bagus. tabik spring ngan abg. tapi tak salah,kan kalo kita berbincang.

melainkan, dah berbincang baik2 tapi tak jalan gak... hmm... buat la yg terbaik:) heheh..

11:38 AM  
Blogger Ezad said...

arsaili
salam... terima kasih

wan
sama?
moh kita mengganyang orang

skidg8
pasal belum confirm la kita harus tunjuk garang.
nanti dia tak berani belasah kita lepas confirm.
pasal dah buntu la kami bertegang urat :)
tp dah ok.. kami pro :)

8:50 PM  
Blogger LediAgli said...

memandangkan tarikh penting kita sama.. so.. aku pon ada gak buat perangai macam tu.. tapi bos aku paling kewl kat dunia..

aku kuat komen, kuat komplen, suka marah semua orang, paleng suka tunjuk bagus.. tapi bos aku bes.. sebab..

paling kuat pon dia tunjuk jari tengah dia kat aku sambil ketawa...

1:04 AM  
Blogger Ezad said...

ledi
aku lak suka tunjuk jari tengah kat bos aku. tp kat belakang la..

9:54 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home