Sunday, November 16, 2008

Sajak Kematian

Bismillah...

Ada ibubapa yang kesal kerana video sajak kematian ini dipertontonkan depan anak-anak. Alasan yang diberi adalah ianya mengganggu emosi anak-anak mereka, berikutan visualnya yang dikatakan menakutkan.

Munasabahkah alasan sebegini? Mungkin bagi ibubapa yang 'liberal', ianya munasabah. Tapi kalau balik kepada asas agama, sewajarnya video ini dipertontonkan.

Rancangan-rancangan hiburan seperti nyanyian, tarian dan pergaulan bebas tidak pula dibantah. Sebaliknya digalakkan pula masuk rancangan hiburan tu. Ada ibubapa yang bangga apabila anak mereka menarik gelek dalam rancangan tv. Ada yang bangga apabila anak mereka masuk rancangan realiti, siap buat kenduri bagai.... Natijahnya, pelbagai gejala sosial melanda masyarakat kita. Tapi itu pun ibubapa masih nak mempertahankan anak-anak mereka.

Sebaliknya visual yang bercorak keagamaan yang mana boleh memberi keinsafan dicanang sebagai tidak sesuai kepada anak-anak. Ibubapa ini mungkin tidak sedar bahawa didikan agama itu penting. Mungkin anak-anak mereka tidak dirotan apabila meninggalkan sembahyang pada usia 7 tahun. Ye lah, dah mereka pun tak sembahyang kot. Ramai ibubapa hari ini yang cetek agama barangkali. Tak bertudung tu biasa dah, yang dok pakai seluar pendek ke sana kemari, yang berbaju ketat nampak lurah pun dah ramai. Bagaimana mereka hendak mendidik anak-anak dengan agama jika perangai mereka sebegitu rupa? Kalau dipertontonkan video sajak kematian dihadapan mereka pun mereka tak suka barangkali.

Itulah dunia hari ini. Semakin dunia ini berada di penghujung, makin ramai yang daftar diri untuk jadi ahli neraka.


............................

Hari ni aku balun buat kerja office kat rumah. Aku buat assembly instrauction. Kerja ni mula-mula aku buat, lepas aku sibuk dgn projek Jerman, kerja yang ni terbengkalai, so aku bagi la kerja ni kat sorang designer baru. Tapi hasilnya tak memuaskan hati (atau dia memang tak reti buat??). Sudahnya aku ambil balik kerja ni, aku buat sendiri. Tapi masih tak siap juga sampai saat ini.

Mata gua dah letih... gua nak layan tidur.. zzzzzzzzzzzzzzz

2 Comments:

Blogger Purpleheart said...

Bukan anak takut, mak bapak yang takut..

11:37 AM  
Blogger LediAgli said...

betui.. agree.. mak bapak yang takot.. takot anak2 suruh depa plak smayang

10:23 PM  

Post a Comment

<< Home