Sunday, December 03, 2006

Bila Orang Jauh Datang Bertandang

Orang yang dimaksudkan adalah keluarga Mak Usu aku. Dia orang baru balik dari Kuantan, Pahang Darul Makmur. Mak Usu, Pak Usu dan anak bungsu dia orang je datang. Anaknya yang lain-lain tinggal kat rumah nenek saudara aku. Mak Usu aku ni, kahwin dengan anak nenek alang aku. Kiranya kawin sepupu la ni. Jarang dia balik ke Melaka. Maklum la, jauh. Lagipun anak-anak dah besar-besar. Tak muat nak naik 1 kereta.
Tapi kali ni, dia orang balik lama. Nak jual rumah yang kat kat sini katanya. So datang kat rumah tadi lama gak la. Dari kol 3 sampai kol 6 lebih. Borak-borak, layan anak bungsu dia. Sudahnya planning aku nak jumpa seseorang dibatalkan. Sesekali orang jauh datang, kena la duduk kat rumah kan???

4 Comments:

Blogger Ayu Mohamad said...

Siapalah agaknya org jauh yang tak dpt jumpa Ezad tuh kan... :P

10:57 AM  
Anonymous Anonymous said...

baik nyer hati abg ezad..
sesekali org jauh dtg ambik cuti duk umah, tu lar namer nyer menghormati tetamu...
kalau kuncup nak datang, nanti ambik cuti gak ek~!!! :p

11:33 AM  
Blogger Ezad said...

ayu.. yang tak jadi nak jumpa tu org2 kat sini je. cancel appointment la kiranya sebab mak usu dtg...

kuncup.. tak cui la. hari minggu. cadang2 nak jumpa member2 area sini je. tapi mak usu datang, cancel la. tak der apa2 pun..
kalau kuncup dtg.. kami stand-by kat rumah semalaman.. hhehehe

8:12 PM  
Anonymous Anonymous said...

Orang yang datang biasanya membawa rahmat kepada tuan rumah. Cuma kita sahaja yang kurang arif ini menganggap yang bukan-bukan.

2:25 PM  

Post a Comment

<< Home