AdiPutra
Bismillah...
Tadi aku tengok Buletin Utama
"Otak Adi ni macam kereta Ferarri, tapi pemandu bawa macam kereta Kancil. Jadi Kereta laju bawa perlahan, dah tentu lah enjinnya cepat rosak".
Siapa yang perlu dipersalahkan jika adik ini bosan dengan sistem persekolahan? Bahkan sukatan pelajaran di universiti juga telah 'dikhatam'.
Apa pandangan para cendikiawan terhadap masalah adik ini? Tiadakah ahli-ahli akademik yang dapat memberikan buah fikiran agar keistimewaan adik ini terus berkembang dan dapat dimanafaatkan?
Jika para cendikiawan gagal menyelesaikan masalah adik ini, maka adik ini lebih cendikiawan la dari mereka.
Mungkin keluarga adik ini perlu mempaternkan semua formula yang dicipta oleh adik ini. Dan sewajarnya sebuah dana ditubuhkan bagi mengkomersialkan formula-formula tersebut. Dengan cara ini, adik ini tak perlulah mendapatkan segulung kertas sarjana untuk diusung semasa mencari kerja. Dengan hak rekacipta yang dimiliki, adik ini hanya perlu tunggu royalti.
Yang paling penting adalah hak rekacipta. Ia harus dipaternkan!!
8 Comments:
Tak tengok pun Buletin Utama arini sebab ada kelas.
Sepatutnya Adiputra diberi peluang mengikut tahap yang dia telah dianugerahkan. Bayangkan usia kita ni yang dah 30 lebih disuruh belajar tahap terendah, pasti bosan punya. Begitu juga Adi yang mempunyai otak genius. Pasti ke sekolah suatu pengalaman ngeri buatnya.
kadang2 birokrasi ni teruk jugak.. kesian kat budak tu.. kalau lah aku budak tu.. sure aku dah buat formula untuk linkopkan server kerajaan.. baru depa tau.. aku ni hebat ka dakk
sokong. Adi putra memerlukan hak rekacipta!
quote "enjin ferari bawa macam kereta kancil"
((:
Hmmm... So mlm ni pun ade gak lg report on him kat Buletin Utama. Honestly, dia ni mcm berlagak jugak la. Dlm laporan berita tu, ade la mammat/minah ni ckp dia rase malu sbb Adi disuruh amik UPSR. Kenape nak malu? Kalu dah pandai sangat, try la amik. Kita semua warganegara Malaysia dan tertakluk dgn sistem pendidikan kerajaan so kena la patuh. UPSR, PMR and SPM tu public exam so kena la amik.
Hishamuddin pun ckp budak ni terer math je tp bidang2 lain okay kot. Pastu si Senator Ismail (x sure nama dia tp dia yang buta tu) ckp dia xde komem sb dia rase x dihargai oleh parents adi ni lepas ape yang Senator dah nasihat. Basically, blck and white jd bukti kepandaian mcm Nur Amalina but then si Adi ni mmg cam x normal la.
Lagi satu I kesian tgk budak ni, nampak mcm kena eksploit oleh parents dia. Try www.adigenius.com, siap ade produk ngan ceramah la...
terlalu byk redtapes...
purpleheart
tu la pasalnya. kalau dah pandai, kena masuk level pandai la. tu kan sistem pembelajaran kat malaysia ni.
ledi
waa... braninya.. patut la tak pandai mcm budak tu. ada niat tak baik rupanya.. kekeke
kasutcincci
ye.. tak nanti nganga je dia. dia punya idea, org lain yg dpt nama dan hasil...
cik jz
kenapa? masalah ke? :)
yit4s
ha ah.. dia dieksploitasi. ada produk guna nama dia. siap penjual tu sound. adiputra makan makanan tu la dia jadik pandai.
soalannya, siapa yg dulu, adiputra pandai dulu ke, atau produk tu keluar dulu.. ceehh.. ingat gua bodo ke? :D
biarla parent dia yag tentukan masa depan anak mereka.
mereka seharusnya bersyukur dengan nikmat yang allah beri, kan?
arsaili
ye.. banyak redtapes... lepas 1 borang, kena isi borang yg lain. pas tu naik mcm2 jabatan
tapi yg saya dengar, memang ramai yang nak contact si adi putra tu.. sbb diorang nak tengok adi buat demo ke ceramah ke.. bila dah ada adigenius tu, senang la sikit kot.. ntahla..
Post a Comment
<< Home