Saturday, January 12, 2008

Musim Baru

Bismillah..
Sekarang ni ada musim baru kan?
Musim tengkujuh?
... Bukan
Musim balik ke sekolah?
... Bukan
Musim budak hilang?
... Tak tepat
Musim membunuh?
... Tak jugak
Musim apa?
Musim CCTV
Hari ni orang bercakap pasal CCTV. Nak pasang CCTV kat setiap bangunan parti. CCTV perlu diselenggara dengan baik. Pastikan CCTV berfungsi....
Tapi paling best adalah cita-cita MB yang sorang ni...
"Kita akan pasang CCTV di setiap padang permainan." Kata MB ni.
Logik? Dari anak-anak kecil, sehinggalah warga tua, semuanya dijaga oleh kerajaan. Rakyat kita, atau lebih tepat lagi ahli keluarga, apa fungsi mereka?
Makin manja rakyat Malaysia. Tiada inisiatif untuk melakukan sesuatu. Semuanya mengharapkan orang lain, atau lebih tepat lagi kerajaan.
Kenapa tidak diaktifkan semula Rukun Tetangga di taman-taman perumahan? Mungkin sebab idea ni tak boleh dilaksanakan sebab orang kita sekarang buat hal masing-masing. Tak kenal jiran tetangga pun.
Jadi, ada idea lain ke?
Tepuk dada, tanya selera....

6 Comments:

Blogger LediAgli said...

Rukun tetangga, dan ahli keluarga tugasnya ialah untuk memastkan cctv berfungsi. Paham?

11:30 PM  
Blogger Purpleheart said...

Macam tak masuk akal nak bubuh cctv kat setiap padang permainan.. banyak tuu kos belanjanya, belum lagi kos penyelenggaraan pulak.. hai, makin banyak la kes orang susah kat rancangan Bersamamu..

8:55 PM  
Blogger arsaili said...

umm..entah la isu yg tak pernah selesai....sampai bilakah

9:08 PM  
Blogger Ezad said...

ledi
paham. tp kalau cctv tu tak berfungsi, dia org keluar duit repair la ye?

purple
oo.. MB tu memang kreatif dan inovasi. kalau kat melaka, ada 20 cctv, tapi hanya 6 je berfungsi..
hampeh!!

arsaili
sampai bila2.. :)

9:49 PM  
Blogger achik said...

yg senyum dgn cadangan ni tentulah supplier n kontraktor cctv.. masyuk beb!!! huhu..

2:39 PM  
Blogger Ezad said...

achik

betul..betul..betul (gaya upin & ipin)

10:58 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home