Takziah
Bismillah...
........................
Hari ini, negeri Melaka agak mendung. Hujan sekejap tadi, lepas tu sampai ke petang mendung aje. Mungkin turut bersedih di atas pemergian bekas TYT-nya, Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabudin, 83. Beliau dilaporkan meninggal dunia jam 7.45 pagi tadi akibat serangan angin ahmar. Beliau di kebumikan di Makam Pahlawan Melaka, yang terletak di perkarangan masjid Al-Azim, Melaka. Untuk pengetahuan pembaca, beliau adalah pemimpin pertama yang dikebumikan di situ. Makam Pahlawan itu baru sahaja siap pembinaannya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
(Baca biodata Allahyarham di sini)
........................
Mungkin secara kebetulan, hari ini aku ambil cuti tahunan. Aku nak uruskan beberapa perkara peribadi dan syarikat aku. Semasa di Ayer Keroh tadi, aku dapati banyak polis dan kereta orang-orang kenamaan. Mungkin nak memberi penghormatan terakhir untuk bekas TYT kami, barangkali.
Semasa perjalanan pulang, lebih kurang 200 meter dari rumah, aku mengalami kemalangan kecil. Sebiji buah kelapa jatuh dan bergolek di atas jalan raya. Sempat aku mengelak ke bahagian kanan jalan, tetapi tergesel juga dgn buah kelapa tu. Alhamdulillah, nasib baik tak ada apa-apa.
6 Comments:
alhamdulillah bro takde pepe k?ada yang mati sbb sebijik kelapa ape.hehe..
amik la cuti jugak tau, biar badan n otak lebeh.makan nasi minyak jangan lupa ajak
takziah....bro sihat ker?
ted
alhamdulillah.. tak apa2. isk.. ada yg mati dek kerana biji mata kucing tau :)
nasi minyak? ehehe.. nasik goreng bleh?
arsaili
tak berapa sihat. cuaca tak menentu, musim buah lagi.. batuk sudah
Al Fatihah.
Blog dah dibuka semula :)
bkas MB kedah 2...
wan
terima kasih. nanti kami dtg lawat
kuinajentayutiara
ha ah... mb kedah.. gabenor melaka
Post a Comment
<< Home