Thursday, August 28, 2008

Edisi Merdeka - Perpaduan Teras Kejayaan II

Bismillah

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan



Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Maju mundurnya sesebuah negara adalah bergantung kepada sejauhmana perpaduan yang dikecapi oleh rakyatnya. Teladani beberapa peristiwa yang membawa kehancuran sesebuah negara. Kegemilangan kesultanan Melayu Melaka ranap akibat dari ketidaksepakatan rakyat dan pemimpin, sifat tamak membelenggu diri, hasad dengki meracuni naluri. Natijahnya, empayar yang begitu masyur, musnah begitu sahaja. Dan untuk mengembalikan maruah yang tergadai, bukan sedikit masa yang diambil, bukan setitis air mata yang jatuh ke bumi.

Ketika kita mempunyai 'sesuatu' ini, jagalah ia. Jangan dibiarkan ianya dicabar oleh puak-puak yang ingin merampasnya.

Kita hanya ada bumi sekangkang kera ini. Kita tak punya apa-apa lagi. Buruk baik keadaannya, di sinilah hidup mati kita. Walaupun melukut di tepi gantang, hanya ini sahaja yang ada.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51

0 Comments:

Post a Comment

<< Home