Tahniah
Bismillah
Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semoga penduduk Permatang Pauh terbela.
Semasa kempen, anda tidak menjanjikan apa-apa. Sekadar menceritakan kisah anda bagaimana mahu menjadi Perdana Menteri.
Tahniah!
Jelaslah bahawa kerajaan pusat tidak pernah membunuh karier politik anda. Hanya Anda sahaja yang menuduh yang bukan-bukan.
Tidak pernah ada konspirasi. Anda boleh hidup di bumi Malaysia ini dengan aman dan bercita-cita tinggi juga. Tiada siapa menghalang anda.
Syukur alhamdulillah.
Dengan kemenangan ini setidak-tidaknya, dakwaan kononnya kerajaan pusat hendak membunuh politik anda, adalah fitnah semata-mata. Hak yang tu aje lah. Hak yang lain-lain masih bermaharajalela.
Walauapapun, tahniah dan Selamat berkhidmat!
Kerjaya politik anda masih panjang. Tiada siapa yang menghalang angan-angan anda.
3 Comments:
Betul..
tak pernah ada orang nak bunuh kareer DSAI .. jangan biar diri sendiri yang membunuh diri.. hehe
ledi
jgn melulu buat tuduhan. fitnah lebih berat dari membunuh. jadi, lebih baik bunuh dari fitnah
Nak juge komen..
kepada yang pergi mengundi, gunakanlah hak anda sepenuhnya.. jangan lepas ni menyesal tak sudah.
Post a Comment
<< Home