Kisah PC
Bismillah...
Sebelum aku bercerita panjang, mari perhatikan gambar-gambar ini.
Dahulu
Ini adalah casing lama komputer aku.
Kini
Ini pula 'PC baru' aku.
Sebenarnya, bukanlah baru. Aku hanya upgrade ke tahap maksimum. Tukar hardisk, processor, tambah RAM dan tukar casing. Aku buat kat kedai member aku. Memula dia bagi casing yang berwarna silver, tapi bila aku terpandang je casing ni, terus je aku mintak tukar. Nasib baik dia bagi. Bukannya apa, sekadar nak nampak sedikit kelainan. Ahaks... best!!
Maka dengan RAM selaju 1G, PC aku sudah bersedia untuk memberi kepuasan maksimum. Sebelum ni, RAM aku hanya sekitar 128MB sahaja.
Mari cerita pasal riwayat PC aku ni.
Seingat aku, aku beli PC ni pada tahun 2000 (rasanya lah - Windows ME keluar tahun berapa??). Aku beli semasa meraka buka booth di depan GIANT Taman Permata. Masa tu aku pejabat aku di kawasan itu lah (lebih tepat, belakang 7-11). Haa... aku beli secara hutang. Maklum la, masa tu mana ada simpanan lagi, sebab beberapa bulan sebelum tu aku dah beli kereta. Maka terpaksala beli PC secara hutang. Dua tahun rasanya aku hutang PC ni. Lepas aku beli PC tu, ada kenalan offer aku pasang internet kat rumah. Dia kerja dengan Telekom, so dapat la beberapa kelebihan). Masa tu belum ada Streamyx lagi. Yang ada adalah TM Net dan Jaring (sila betulkan fakta TM Net tu jika aku tersilap). Pasang la TM Net. Maka, lepas berchatting kat office, aku sambung chatting kat rumah la pulak. Ahaks, Masih ingat Alamak. com? Sesiapa yang chatting tahun-tahun 1997 - 2002, tentu kenal dengan Tun Perak... ehehehe
Lepas tu aku baru la beli printer dan scanner secara berperingkat-peringkat.
Sehingga hari ini, aku dah tukar 2 buah monitor dan 2 buah printer. Format hardisk banyak kali lah. Maklum lah, bila guna internet, memang terdedah dengan virus, kan? Di samping tu, aku juga dah guna TM Net, Jaring, Time Net dan Streamyx sebagai operator internet.
Itulah serba sedikit pasal PC aku ni.. :)
Moralnya
Belilah PC..
6 Comments:
CPU aku pun rosak gak.. Dah 6 tahun bertahan..
bro, ram 128?dah lama macam tu baru tukar ram ke?haha.apelah u ni.
anyway, ted duit kalau habis ke laptop, pc ted tak kesah sangat brape2.janji tahan lama, best, laju dan best la..kiranya ada rasa pertalian rasa dengan laptop tu.eheh
alamak dot com .. aiseh, kita pun suka masuk gak dulu dalam tahun 97-99.. guna nama sweetmakcik lagi .. ntah apa kisah guna nama makcik pun tidak laa diri sendiri tahu ... hahhahaha..
purple
6 tahun dah rosak ke?
ted
ape bleh buat. tp tetap boleh buat mcm2 dgn ram banyak tu tau...
tp guna laptop tak best la td.. best lagi pakai pc
yatie
tu la... skan ni semuanya budak2 je yg main... malas nak join.. hehe
Hehehe... pc..
ladysleeplrss
kenapa tu ceeekkkkk
Post a Comment
<< Home