Monday, July 14, 2008

Muak

Bismillah...
Sekarang aku makin muak dengan isu-isu semasa kat Malaysia ni. Kalau dulu aku muak baca pasal Israel - Palestin, hari ini aku muak baca pasal isu dalam negara sendiri.
Beruk-beruk dalam parlimen tu, dok berebut belacan. Hal-hal rakyat tak diendahkannya. Kalau dulu sebelum dapat kerusi, macam-macam yang dijanjikannya. Hari ini sibuk pasal perut sendiri.
Yang makin terspit bukan puak lain. Puak Melayu gak. Nak peruubahan sangat. Ini la perubahannya. Puak lain makin mendapat untung, puak Melayu gigit jari. Sesungguhnya puak Melayu ni keturunan Pak Pandir, Pak Kaduk, Mat Jenin dan Si Luncai....
Apa untung Melayu dalam keadaan ini? Untung la.. Untung dapat terjerit2 kat tepi jalan. Untung dapat memaki hamun orang......
kepada DSAI
Cukup-cukup la tu. Kalau anda nak sangat jadi Perdana Menteri jangan la sibuk buat demonstrasi. Kalau benar-benar anda teraniaya, bersumpah lah. Sesungguhnya janji Allah benar. Doa orang teraniaya tu termakbul. Tak payah la buat huru-hara. Kami faham, anda memang suka buat huru-hara ni. Jadi tak payah la tunjuk sangat. Mana tau kot-kot besok kalau anda pulak jadi PM ada pulak puak yang buat demonstrasi nak jatuhkan anda.
Jika anda berani bersumpah, dan anda berada di pihak yang benar, nescaya September ini anda akan jadi Perdana Menteri. Tapi kalau tak jadi, ingat-ingat kembali kuasa Allah. Anda KUAT BERPEGANG DENGAN TALI ALLAH, BUKAN?
Dan jika ia berlaku, nescaya blog ini akan bertukar wajah. Berlaku ke??
Dalam sejarah dunia, ramai pemimpin tersungkur kerana wanita. Tapi tak ramai yang tersungkur kerana lelaki. Ada, tapi tak ramai....
DSAAB
Dalam temph peralihan kuasa ni, berilah lebih banyak tanggungjawab kepada pengganti anda. Tugas anda sekarang ini adalah kembali ke akar umbi. Dengar apa kehendak mereka dan beritahu kepada pengganti anda. Anda juga perlu beri penjelasan tentang agenda anda untuk negara. Rakyat anda malas membaca. Kalau baca pun pasal gosip-gosip artis, rumahtangga artis. Hak lain depa tak baca. Anda tak perlu la sibuk-sibuk nak ke luar negeri lagi. Rakyat anda terlalu manja. Nak dibelai, nak ditengok sepanjang masa. Kalau rasa perlu, suapkan la nasi ke mulut mereka. Dodoikan mereka jika hendak tidur...
Balik ke akar umbi. Jelajahlah ke pelusuk negara. Jumpa rakyat anda. Dengar masalah mereka. Mungkin mereka nak subsidi minyak, mungkin nak air free, mungkin nak karan free, mungkin nak kerja gomen, mungkin nak buat pinjaman tapi tak nak bayar balik, mungkin nak tanah.. mungkin macam-macam kemungkinan...
Aku yang muak

2 Comments:

Blogger arsaili said...

salam..kalau makan keju yg banyak pasti berasa muak..ekekekeke

9:35 AM  
Blogger Ezad said...

arsaili
makan nasi pun kadang2 muak juga.. ahaks

10:03 PM  

Post a Comment

<< Home