Friday, July 31, 2009

Blur

Bismillah

Aku dok fikir design terbaru sekarang.

Tapi blur. Idea semua macam tak best je

Nak tidur awal la.

Nak mimpi nombor design terbaru.

heh!

Tuesday, July 28, 2009

Tadi Ada, Kini Dah Tiada

Bismillah

Tadi ada benda aku nak tulis dalam blog ni.
Tapi dah lupa

Hah!

Tak pe la. Kira update la ni

Heh!!!

.....

Hari ni ada 2 meeting untuk aku. 1 meeting inter-department, 1 lagi meeting KPI. Dua-dua aku skip. Malas nak masuk. Ini semua meeting NATO. No Action, Talk Only.
.....

Nama anak saudara aku adalah Nur Iman Umairah. Actually mula-mula aku fikir Nur Iman Umayyah. Sebab maknya panggil Umai...

hmm.. sudah tua la:)

Sunday, July 26, 2009

Nasib Melayu Di Bumi Melayu

Bismillah

Artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.


Dr. Mohd Ridhuan Tee

Penulis ialah Pensyarah Kanan,

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Wednesday, July 22, 2009

Kisah 20 Julai 2009

Bismillah..

Pada hari itu,

adik aku jadi mak
mak aku jadi nenek
akak aku jadi mak long
aku jadi abang ngah uncle ngah pak ngah

PC aku pula bengong, hari ni nak hantar kedai, ok la pulak:(

Sunday, July 19, 2009

Kerjaya vs Zodiak

Bismillah...

Baca boleh, percaya jangan.

PEKERJA ARIES
Pekerja yang berzodiak Aries tidak sukakan pekerjaan yang memerlukan mereka melakukan pekerjaan yang sama sepanjang masa. Cepat jemu dan terasa seolah-olah kreativiti mereka terbatas. Selain itu, gaji bukan penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya. Yang penting kepuasan kerja dan prospek kerja yang luas bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri. Mereka juga sukakan pekerjaan yang boleh mencabar keupayaan mereka. Untuk membuatkan si aries ini gembira, berikan kepercayaan kepada mereka untuk membantu apa yang perlu terutamanya menunjuk ajar pekerja yang kurang mahir. Mereka memang suka bab macam tu!

PEKERJA TAURUS
Bukan nak mengampu, tapi sememangnya Taurus adalah seorang pekerja yang baik! Mereka sangat setia, kuat kerja dan tak suka ¡kipas mengipas¢ ni. Mereka bekerja ikut peraturan dan akan sedaya upaya melakukan kerja yang diberikan itu hingga selesai. Cuma mereka ni memang agak ¡lembab¢ sikit dan suka buat kerja ¡last minute¢! Pun begitu, mereka sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang lain untuk melakukan yang terbaik. Tapi usah cuba nak memperalatkan mereka, buruk padahnya nanti! Untuk menggembirakan Taurus, serahkan projek yang benar-benar menepati keupayaan mereka.

PEKERJA GEMINI
Mereka ini gemar berkongsi idea dengan teman setugas yang lain. Tak kedekut ilmu beb! Tapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada satu kerja saja dalam tempoh yang lama. Selain itu, mereka ini suka benar mengambil tahu soal orang lain jadi tak hairanlah mereka ni boleh menjadi ¡ratu gosip¢. Mood dan produktiviti mereka sering berubah ubah dan saling berkaitan. Pekerjaan yang sesuai adalah pekerjaan yang membolehkan mereka menjelajah ke banyak tempat.

PEKERJA CANCER
Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan. Mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu di saat diperlukan. Usah bimbang mereka ini bukan termasuk di dalam orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa. Bagi mereka, pekerjaan penting bagi menjamin kehidupan yang selesa.. Persekitaran kerja amat mempengaruhi mereka. Tentu kamu akan disukai jika bersikap peramah.

PEKERJA LEO
Wah! Si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi perhatian utama di tempat kerja. Biarpun mereka tidak boleh memimpin tapi mereka akan cuba mencari jalan untuk meningkatkan status mereka di mata teman-teman sepejabat. Usah cuba nak komen, pasti tak diterima mereka! Namun mereka gemar memberi nasihat kepada orang lain. Untuk ¡mengawal¢ mereka ini, senang saja. Berikan mereka lebih tanggungjawab agar mereka rasakan diri mereka itu orang penting! Tapi berwaspadalah kamu. Silap haribulan, kerja kamu pula dirampasnya!

PEKERJA VIRGO
Jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. Mereka tak kisah jika terpaksa bekerja malam semata-mata untuk memastikan segala kerja berjalan lancar. Sememangnya kejujuran kunci utama mereka dalam bekerja. Tapi mereka ini mudah sangat mengkritik jika ada yang silap pada pandangan mata mereka. Mereka sanggup melakukan pelbagai kajian sebelum memulakan sesuatu tugasan yang diberikan bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang diperlukan. Mereka tak perlu diampu, cukuplah jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.

PEKERJA LIBRA
Ramai teman sekerja yang beranggapan bahawa mereka ini terlalu sensitif dan sukar bekerjasama. Keupayaan mereka juga berubah-ubah. Satu hari mereka kelihatan bertenaga dan mampu bekerja cemerlang dan di hari yang lain pula mereka bersikap sebaliknya. Namun sekiranya mereka mampu mengawal mood mereka yang tak seimbang itu, tak mustahil mereka boleh naik pangkat! Walau bagaimanapun, jangan cuba nak memerintah mereka lebih-lebih pula!

PEKERJA SCORPIO
Ternyata mereka ini mampu berdikari dan tidak mengharapkan pertolongan daripada orang lain sangat. Segalanya boleh di uruskan sendiri! Yang bagusnya, mereka tak pernah campur adukkan soal kerja dan peribadi. Mereka tak takut untuk menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tak kena. Berani kerana benar! Tak kira yang buat salah itu orang atasan atau teman sejawat! Mereka juga akan melayan orang lain seperti orang lain melayan mereka. Bermakna, kalau orang baik dengan mereka, begitu juga dengan mereka. Kalau tak, maaf sajalah!

PEKERJA SAGITARIUS
Mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan. Apa jua yang diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik mungkin. Tak ada masalah! Pun begitu, usah perlekehkan mereka kerana itu adalah kepantangan bagi mereka! Jangan cuba main-main!

PEKERJA AQUARIUS
Sukar untuk bertolak ansur dengan mereka. Bukan apa,mereka asyik ingin lakukan yang terbaik. Mereka juga bercita-cita tinggi. Untuk mengembirakan mereka, beri peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan dan skil kerja mereka.

PEKERJA CAPRICORN
Mereka gembira bila merasakan diri mereka diperlukan untuk menjayakan sebarang kerja. Mereka juga akan sentiasa cuba untuk meningkatkan daya usaha mereka. Pun begitu, mereka bukanlah seorang yang suka memaksa. Apabila mengenalpasti matlamat, pasti mereka akan berusaha untuk mencapai segala yang diimpikan itu. Namun mereka bukanlah bekerja secara sukarela saja. Jika dirasakan kerja yang dilakukan berbaloi, bermakna gaji yang diberikan juga harus berbaloi!

PEKERJA PISCES
Mereka boleh menjadi seorang pekerja yang taat dan kerja kuat. Sekiranya ada yang tak kena di dalam pejabat, pasti merekalah yang mula-mula mendapat tahu. Mungkin sebab terlalu prihatin kot!Mereka gemar melakukan sesuatu yang dianggap berbaloi untuk dilakukan!

Tuesday, July 14, 2009

Kerja Bertimbun

Bismillah

Kebelakangan ni, kerja aku bertimbun-timbun. Tak tau yang mana 1 nak buat dulu. Library cabinet aku dah kena reject. Kena design baru. Dalam pada masa yang sama, pejabat CEO kami di Bangsar buat ubahsuai, dia nak letak perabot syarikat kami. Jadi terpaksa la design. Dah siap design kena buat spesifikasi la pulak.

Spesifikasi untuk rekaan yang lepas banyak lagi tak siap. Kena kejar juga walaupun belum ada tempahan untuk rekaan tu. Tapi aku memang tak suka pun rekaan tu. Tak menarik. Heh.. Itu perabot pejabat.

Tadi ada meeting dengan penjual software Solid Edge. Software 3D. Tapi persembahannya tak menarik. Aku keluar awal. Tak minat nak dengar. Kerja aku banyak lagi tak siap.

Pening.. pening


...

Tahniah kepada Pas kerana mengekalkan kerusi DUN Manik Urai. Dahku jangkakan begitu. Kini masa untuk bekerja untuk rakyat!

Sunday, July 12, 2009

Bisnes Lagi

Bismillah...

Ada orang offer aku jadi pengedar One Drop Perfumes. Heh!

Ada sesapa nak beli? Tapi aku tak ambil stok pun lagi. Boleh order dulu.

Persiapan hari raya la nanti.

Friday, July 10, 2009

Peristiwa dan Amalan di Bulan Rejab

Bismillah

Petikan dari akhbar Utusan Malaysia

BULAN Rejab, bulan ketujuh mengikut susunan kalendar Islam telah mencatatkan satu sejarah yang amat penting apabila Allah Taala telah memerintahkan umat Islam mengerjakan solat lima kali sehari semalam.

Berbanding dengan ibadat lain seperti zakat, puasa dan menunaikan haji - perintah bersolat telah diterima secara langsung oleh Rasulullah SAW dan ia berlaku ketika baginda menjadi tetamu Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab (tahun ke 11 baginda dilantik sebagai Rasul).

Rasulullah menerima perintah itu ketika berada di Sidratul Muntaha iaitu perhentian terakhir baginda ketika naik ke langit bertemu dengan Allah.

Perintah yang diterima sejak 1,430 tahun lalu itu kemudian terus diamalkan sehingga hari ini. Solat dilakukan sama ada secara berjemaah mahu pun bersendirian - tetapi masih terdapat umat Islam langsung tidak mahu menunaikan ibadat tersebut.

Bagi umat Islam pula Rejab merupakan bulan suci kerana di dalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj iaitu peristiwa perjalanan malam Rasulullah dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa (Israk) dan kemudian baginda naik ke langit dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha (Mikraj).

Selain peristiwa Israk Mikraj, bulan Rejab turut mencatatkan beberapa peristiwa hijrah pertama para sahabat ke Habsyah (Ethiopia). Antara sahabat yang terlibat dengan hijrah itu ialah Saidina Uthman ibn Affan r.a dan isterinya Ruqayyah iaitu anak Rasulullah. Penghijrahan itu bertujuan menyelamatkan akidah di samping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.

Peperangan Tabuk juga berlaku pada bulan Rejab iaitu pada tahun kesembilan hijrah. Peperangan ini menguji umat Islam kerana ia berlaku pada musim panas. Dengan pertolongan Allah SWT, tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

Bulan Rejab juga mencatat sejarah kelahiran Imam As-Syafie atau nama penuhnya Muhammad Idris. Tokoh ini lahir pada 150H pada bulan tersebut. Beliau adalah salah seorang daripada empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie.

Dalam bulan Rejab juga iaitu pada 27 Rejab 583H, panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi berjaya membebaskan kota suci Baitulmuqaddis daripada tentera salib selepas dijajah kira-kira 60 tahun.

Dalam memperkatakan bulan Rejab, kita juga tidak akan terlepas daripada membicarakan fadhilatnya hingga ada yang beranggapan ibadat pada bulan ini diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain.

Bagaimanapun, terdapat ulama menyatakan bahawa tanggapan seperti itu tidak benar kerana hakikat pahala dan ganjaran yang disediakan kepada orang yang beramal soleh hanya Allah sahaja maha mengetahui. Sungguhpun begitu, Allah telah berjanji bahawa mereka yang berusaha meningkatkan keimanan kepada-Nya akan mendapat ganjaran sewajarnya.

Seperti mana bulan-bulan yang lain, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat dan berpuasa sunat adalah antara ibadat terbaik untuk dilakukan.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan memperbanyakkan amalan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Kita juga digalakkan memperbanyakkan zikirullah dengan cara membaca al-Quran, berwirid, bertahmid dan bertasbih.

Justeru, kedatangan bulan Rejab ini harus dimanfaatkan sepenuhnya. Dengan cara itu diharap dapat menjadikan kita sebagai insan yang bertakwa di sisi Allah.

Thursday, July 09, 2009

Cuti

Bismillah

Hari ini, aku menjalankan tugas sebagai usahawan. Penat aku buat kerja design. Semua design tak menjadi. Jadi aku ambil keputusan untuk rehat sementara. Buat kerja lain pula.

Di samping itu, aku uruskan juga bil-bil kat rumah ni. Dan yang paling utama adalah renew lesen memandu.

Heh!

.....

Lembu

Kat kampung aku ni, ada lah orang bela lembu. Tapi lembu dia ni dibiarkannya berkeliaran keliling kampung. Sudahnya tanaman orang habis dikerjakan dek lembu-lembu dia tu. Dan yang paling menyakitkan hati, lepas makan lembu-lembu ni pula membuang segala isi perutnya di halaman rumah.

Kalau ikut nafsu aku ni, aku sembelih je lembu-lembu dia ni. Jual kat pasar!

Tuesday, July 07, 2009

Masalah

Bismillah

Semalam, aku tak boleh on PC. Bila on je, monitor aku keluar kaler. Kejap hijau kejap pink.

Heh..

Ingat hari ni nak hantar ekdai. Try on balik dah ok dah.

Pelik sungguh.

Thursday, July 02, 2009

Kaki

Bismillah

Minggu ni, kaki aku sakit.

Maklumlah, pakai kasut baru

heh!!

Dah


......................

A+ Kepada Melaka, Kota Warisan Dunia!

SETELAH sekian lama tidak keluar dari kota kosmopolitan Kuala Lumpur - yang penuh sesak dengan jalan-jalan berlubang dan sudah kurang serinya lagi, saya mengambil keputusan bercuti ke Melaka hujung minggu lalu.

Ke Melaka dengan memandu secara santai hanya memakan masa kira-kira sejam setengah. Tidaklah hebat sangat mengambil keputusan bercuti bersama keluarga ke negeri itu. Kali terakhir saya ke Melaka ialah kira-kira empat tahun lalu. Apa yang istimewanya Melaka? Tiada istimewa pun - asyik-asyik Kota A‘Farmosa, panjat Bukit St. Paul dan berjalan ke bangunan rumah kedai bercat merah di Jonker Walk menghala ke The Stadthuys. Di tepinya ialah Sungai Melaka yang mengalir lesu dan berbau tengit. Di sepanjang sungai itu berderetan bontot kedai-kedai lama Cina yang hodoh, kotor dan tiada apa yang istimewa pun.

Petang Jumaat lalu, dari rumah saya di Shah Alam, saya mengambil lebuh raya PLUS dan memasuki ke tol Alor Gajah. Sampai di bandar Alor Gajah pada kira-kira pukul 8 malam, saya teruja melihat bangunan rumah kedai di pekan itu dipasang dengan jaluran lampu yang mengikuti bentuk bangunan itu. Pokok-pokok di tepi-tepi jalanan diselaputi neon-neon. Terdetik di hati, cantiknya. Pertama kali saya sampai ke situ pada waktu malam.

Sampai di Tanjung Kling, saya daftar masuk ke sebuah pusat peranginan menghadap Selat Melaka di Pantai Klebang dan bermulalah percutian saya di negeri Hang Tuah yang dibuka oleh Parameswara pada sekitar 1400 Masihi.

Melaka bagi saya bukan seperti empat tahun lalu. Ia sudah berubah. Tergerak di hati saya untuk menulis di ruangan ini kerana Melaka telah berubah. Ia berubah 360 darjah daripada beberapa tahun lalu.

Nampaknya semua orang buat kerja - kerja keras. Dari atas sampai ke bawah, dari orang atasan sampai ke orang bawahan semuanya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Melaka. Orang Melaka sangat berbangga dengan negeri mereka.

Kampung-kampungnya tersusun rapi dan tiada semak samun dan belukar yang menyakitkan mata seperti di negeri-negeri lain. Terus terang saya katakan Melaka lain dari negeri-negeri lain. Semuanya tersusun.

Layak saya takrifkan, Melaka ialah negeri termaju dalam lingkungan negeri-negeri di Malaysia yang masih lagi ketinggalan. Tidak hairanlah Melaka berani meletakkan motonya sebagai Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia.

Sepanjang jalan di Melaka dari Alor Gajah hingga ke Banda Hilir dan ke Air Keroh saya kagum melihat tiada sampah sarap bersepah yang menyakitkan mata, atau jalan-jalan berlubang yang banyak di Kuala Lumpur. Tiada tanda-tanda jalan yang mengelirukan. Semuanya sempurna.

Pada malam Sabtu, buat pertama kalinya saya menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot dari jeti di Dataran Quayside. Kawasan itu telah melalui transformasi yang amat menakjubkan. Gudang-gudang lama di situ telah diubah moden. Kesan-kesan kota lama yang diekskavasi dipelihara dengan baik.

Terpesona saya menyusuri sungai yang mengambil masa pergi balik selama 45 minit. Saya berasa seperti bukan berada di Malaysia, tapi di mana-mana di negara maju lain. Lampu-lampu berwarna-warni diperkayakan di sepanjang perjalanan itu. Sampai di satu tempat bot memperlahankan kelajuan bagi menyaksikan pertunjukan air pancut menari di tepi tebing sungai itu. Terlalu unik melihat rumah-rumah Melayu dihiasi cahaya lampu, yang bilnya ditanggung oleh kerajaan. Bagi saya apa yang dilakukan ini bukan membazir, tapi dibayar balik oleh pendapatan industri pelancongannya yang hebat.

Pak Hassan, pemandu bot kami bercerita mengenai kisah-kisah bangunan lama dan beliau mengimbau kami ke zaman silam Melaka yang terlalu kaya sejarahnya. Dari pokok Melaka di tepi sungai kepada projek membawa roda feri Eye of Malaysia dari Taman Tasik Titiwangsa, Menara Taming Sari yang menjadi tarikan terbaru hinggalah kepada pokok bakau yang dipelihara, yang pada siang harinya kita boleh melihat biawak makan - makanan yang turut dibiayai oleh kerajaan negeri.

Beliau yang juga bertindak sebagai pemandu pelancong, sambil memandu bot pelancong ala di Sungai St. Antonio, Amerika Syarikat itu bercerita bagaimana kerajaan negeri akan mengubah bahagian belakang bangunan rumah kedai itu menjadi bahagian hadapan menghadap ke muka sungai. Di tepi sungai itu akan dijadikan pejalan kaki dan kafe-kafe seperti yang terdapat di Venice. Tiang-tiang untuk projek monorel telah pun dibina. Kampung Jawa, katanya yang kelihatan usang akan diambil alih dan dimajukan oleh saudagar dari Arab.

Membandingkan empat tahun lalu dengan apa yang ada hari ini, saya percaya semua kata-kata Pak Hassan itu. Apa yang beliau katakan itu akan menjadi kenyataan.

Beliau juga tidak lokek apabila membawa kami hingga ke kunci air yang dibina, bagi menunjukkan bagaimana sungai itu sentiasa dipenuhi air walaupun pada waktu air surut. Sebahagian daripada sungai itu ialah buatan manusia. Pada satu-satu masa, paras air sungai ialah pada ketinggian 14 kaki, cukup tinggi untuk aktiviti pelancongan air yang aktif dijalankan di sungai itu. Di tebing sungai seberang dari jeti Quayside, projek pembinaan hotel lima bintang sedang rancak dijalankan.

Terlalu bernilai cerita-cerita yang disampaikan oleh Pak Hassan, pesara kakitangan Jabatan Perikanan Klang itu. Perjalanan menyusuri sungai itu terlalu berbaloi dengan harga tambang RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. “Letih tapi seronok, hari ini saja saya dah bawa lebih 15 trip,” katanya puas.

Keesokan hari (Ahad) sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami sekali lagi singgah di Banda Hilir dan melawat beberapa tempat lazim di situ. Ternyata semuanya amat memuaskan. Bersih sungguh. Tindakan kerajaan Melaka membangunkan Dataran Pahlawan, misalnya amat bijak sekali. Di atasnya ialah padang yang bersejarah itu, di bawah ialah bazar dan mall perniagaan. Perlu direkod di sini, hanya dua perkara yang sedikit menghampakan. Pertama, kesesakan trafik di tengah bandar raya. Dan kedua, harga makanan di restoran kampung Melayu yang terlalu ‘mencekik darah’ - walaupun asam pedasnya memang sedap.

Selain itu, ternyata pentadbiran Melaka berjaya mengubah sebuah negeri itu menjadi pusat tarikan pelancongan yang berjaya. Pembangunan Melaka yang asalnya dimulakan oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik, kini dirancakkan oleh ketua menteri yang kreatif dan inovatif, Datuk Ali Rustam.

Kita syorkan para pentadbir negeri, perancang bandar yang terlalu kerap ke luar negara untuk melihat negara orang, melakukan lawatan sambil belajar ke Melaka. Contohilah pengurusan taman dan sampahnya yang dilihat terlalu tersusun. Perancangan infrastruktur pelancongannya yang begitu sistematik.

Jika Melaka boleh mengapa Kuala Lumpur tidak boleh? Mengapa Sungai Klang dibiarkan lesu dan kotor sedangkan ia boleh dijadikan laluan river cruise dari KL ke bandar diraja Klang; sama seperti yang berlaku di Sungai Melaka? Mengapa Padang Kota Lama di Pulau Pinang terlalu membosankan - dengan gerai mee sotong di tepinya masih daif sama seperti puluhan tahun lalu? Mengapa Pasar Siti Khatijah di Kota Bharu yang diberi nama Bandar Raya Islam terlalu kotor dengan tikus-tikus mondok yang menjijikkan?

Melaka tidak cainnotophobia (disebut: kain no to fobia). Pemimpinnya tidak takut atau fobia kepada pembaharuan atau tidak takut mencipta sesuatu yang baru.

Tidak perlu menamakan ia sebagai Islam atau tidak, atau pun ditadbir oleh seorang ulama atau tidak. Ia semuanya datang dari seorang pemimpin yang berfikiran kreatif dan mahu melihat kecantikan untuk membangunkan negerinya.

Walaupun Melaka sebuah negeri kecil, tapi hati orangnya waja. Syabas Melaka!