Sunday, May 29, 2011

Dari 5, Bakal Jadi 2

Bismillah..

Designer kami ada 5 orang. Tapi minggu lepas, 3 daripada kami dah bagi surat letak jawatan.
Bulan 7, hanya tinggal 2... huhuh

2 tu, termasuk aku lah..

Sunday, May 22, 2011

Runtuh Lagi

Bismillah

Kejadian tanah runtuh berlaku lagi. Kali ini melibatkan kediaman Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat. Dilaporkan 16 nyawa terkorban dalam kejadian itu.

Di dada-dada akhbar menceritakan retetan peristiwa, cerita dari saksi-saksi, perasaan mangsa dan saudara-mara sehinggalah komen dari pak-pak menteri. Pembaca juga disajikan dengan gambar-gambar berwarna yang diambil dari setiap sudut tempat kejadian.

Dan mula lah kedengaran arahan itu-ini dan cadangan begitu-begini. Percayalah, selepas ini ada akta baru. Dan peristiwa seperti ini mungkin akan berulang lagi.

Sebabnya, orang kita hanya tau bercakap, tiada tindakan susulan yang diambil.

Semoga mereka yang terkorban di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.. amin

Sunday, May 15, 2011

Hari Guru

Bismillah..

Hari Guru disambut esok. Semoga guru-guru akan terus menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi.

Bagi aku, guru hari ini terbahagi kepada 2 kumpulan besar. Mereka yang benar-benar minat dan cenderung untuk menjadi guru, dan satu kumpulan lain adalah mereka yang tiada peluang lain, ambil kursus pendidikan, kemudian menjadi guru - sekadar meneruskan kesinambungan kehidupan.

Tak kiralah di mana kumpulan anda, tapi gunakanlah peluang yang ada untuk mendidik anak bangsa.

Bukankah...

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA (?)

Semoga apa yang diusahakan akan mendapat keberkatan dariNya.


Cikgu SKT, STP, SMDB.. apa khabar kalian? :)

Friday, May 06, 2011

Software Training

Bismillah..

Selama 3 hari sejak hari Rabu hari tu, 5 orang designer meneruskan kursus software Inventor. Peringkat expert punya. Pening juga dibuatnya. Peringkat asas dan pertengahan pun goyang lagi. Ni suruh buat peringkat tinggi lak.

Kurus Inventor ni, sebenarnya dah lama dah. Kami mula peringkat asas sejak tahun lepas. Tapi disebabkan kami buat customize terhadap software tersebut, maka makan masa la nak belajar.

Tapi tadi hari terakhir. Dah tak der lagi dah lepas ni. Tunggu sijil je.. hehe

Sunday, May 01, 2011

Hari Pekerja

Bismillah...

Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja di Malaysia. Laksanakanlah tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah.

.............

Ada demonstrasi menuntut kenaikan gaji. Bagus lah. Nak tuntut kenaikan gaji boleh. Tapi kenaikan mestilah selari dengan prestasi kerja. Kalau setakat masuk pukul 8, pukul 8.30 dah pergi minum sampai pukul 9.30. Kemudian buka facebook, chit chat chit chat, sampai 12.30.. keluar lunch masuk pukul 2.. gebeng sana sini.. pukul 3.00 pergi minum.. pukul 5.00 balik rumah...

Logik ke nak naik gaji?