Wednesday, March 27, 2013

Lapan

Bismillah...




Alhamdulillah.... Blog ini sudah berusia 8 tahun. Cuba mempertahankannya walaupun isinya entah apa-apa. Tapi, ini blog aku. Aku sayang dia. 

:)

Thursday, March 21, 2013

Lesen

Bismillah...

1/2 day kerja sebab nak uruskan beberapa perkara. Yang paling utama adalah memperbaharui lesen perniagaan aku. 2 bulan lewat. So kena kompaun RM40.00. Sekejap je urusan kat SSM ni. Gembira sungguh. Tapi lepas ni cadangnya nak guna online pulak. Lagi cepat la agaknya.. :)

Selesai di SSM, ke bengkel kereta, servis kereta aku. Pun kejap je orang tak ramai. Alhamdulillah. Jalan-jalan di bandar, singgah kedai member. Terus sangkut beli kamera. Huhuhu... 

Dah...

:)

Tuesday, March 19, 2013

Selamat Bersalin

Bismillah...

Alhamdulillah. Kini aku bergelar bapa. Isteriku telah selamat melahirkan anak kami yang pertama. Aku menyaksikan kelahiran anak kami. Betapa sukarnya seorang isteri untuk melahirkan anaknya. Apatah lagi, kelahiran pertama ini adalah di dalam kereta. Tak sempat untuk sampai di hospital.

Bahagianya aku bersama isteriku Fasha Sanda.

Apasal Fazura tak muncul dalam mimpi aku malam tadi?? Isk!


Sunday, March 17, 2013

Pedas

Bismillah....

Anak saudara kami berusia setahun lebih. suatu petang ibunya membeli roti. Ada pelbagai inti. Ada inti sardin, kacang dan lain-lain. Aku makan sardin.

Anak saudara aku mintak... aku suapkan. Kejap tu dia meraung. Rupa-rupanya roti tu pedas untuk budak usia setahun lebih. Aku makan selamba je... dia pulak pedas..

sorry.. :)

Friday, March 08, 2013

Kerja

Bismillah

Minggu ni, kebanyakan orang di pejabat kami menumpukan perhatian kepada MIFF 13 yang sedang berlangsung. Namun, aku tetap berkejaran menyiapkan spec untuk setiap produk baru kami. Banyak perubahan contruction yang aku buat. Ikut suka aku je.. :) Tapi berita dari booth kami, sales tak memberangsangkan. Minggu depan siap sedia la untuk menerima tembakan dari CEO kami.. huhuhu...

Design kami teruk rasanya.... huh!