Sunday, November 29, 2009

Selamat Kembali Bertugas

Bismillah

Setelah cuti raya, maka tibalah untuk kita sama-sama membanting tulang mencari rezeki.
Yang merantau, mungkin hari ini telah kembali ke kota. Berhati-hati ketika memandu.

Aku,
Masih bercuti dari tugas-tugas rasmi.

heh!

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

Bismillah

Selamat Hari Raya Aidil adha

Semoga Allah memberkati kita semua.

Sunday, November 22, 2009

Proses Meroboh

Bismillah

Rumah kedai ini adalah milik sebuah keluarga cina. Mereka menyewa di tanah kami. Seketika dahulu, kedai runcit inilah tempat penduduk kampung mendapatkan barangan keperluan harian. Tapi hari ini tidak lagi...

Setelah beberapa tahun bangunan ini kosong, proses merobohkan bangunan ini pun dimulakan.
Maka, tiada lagilah bangunan ini di masa hadapan...

Friday, November 20, 2009

Lagi Seorang

Bismillah

Hari ini, seorang lagi product designer (jr) resign.

Terima kasih atas perkhidmatan anda

Wednesday, November 18, 2009

Depa Ngeteh Bersama, Sesama Kita Bemasam Muka

Bismillah


Apa yang tersurat, mungkin tak sama dengan apa yang tersirat. Walauapa pun, mereka masih boleh minum bersama. Cuma kita di kalangan rakyat sahaja, kadang-kadang lebih sudu dari kuah.

Sanggup bercerai berai, buang saudara semata-mata gua bulan, lu dacing.

Monday, November 16, 2009

Tolak Tawaran

Bismillah

Aku telah menolak tawaran tersebut.
Maka, aku memberi tumpuan kepada tugas-tugas aku.

......

Tahniah kepada Anwar Ibrahim di atas perlantikan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.

Penasihat?

Semoga negeri Selangor bertambah makmur...




Thursday, November 12, 2009

Dapat Tawaran

Bismillah

Aku dapat tawaran untuk mengikuti kursus hiasan dalaman. Tapi aku hanya menerima email mereka hari ini dan harus ke kursus itu pada hari Isnin ini, sehingga hari Jumaat. Tempatnya di Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama, kerja di pejabat bertimbun lagi. Mana mungkin aku berkejar menyiapkan kerja aku dalam tempoh dua hari ini.

Dilema sungguh!

Saturday, November 07, 2009

Kurang 1 Nak Jadi 10

Bismillah

Dah den kobaan, nogori kan monang piala malaysia tu.
Sekarang dah duo kosong...

Hoben Jang Hoben

...

Besok aku kerja. Kontena nak keluar hari Isnin, tapi barang tak complete lagi. Kena support production la pulak...

Sunday, November 01, 2009

Sekolah 1 Aliran?

Bismillah

Boleh ke?

Rasanya boleh kot. Tatkala sesetengah orang dok sibuk tentang hak dan kesamarataan, tiadanya ketuanan sesuatu bangsa, penghapusan hak istimewa kaum-kaum tertentu, maka sekolah juga seharusnya tidak ada sekolah jenis itu, sekolah jenis ini. Yang ada hanyalah sekolah kebangsaan. Pabila sekolah 'jenis-jenis' ini dihapuskan, seluruh rakyat tak kira warna kulit akan berada di sekolah yang sama, menggunakan bahasa yang sama dan melakukan segala aktiviti bersama.

Persoalannya, tatkala mereka sibuk dengan ketuanan rakyat, sanggup ke mereka menghapuskan sekolah 'jenis-jenis' ni?

Jangan dok sibuk nak hak orang lain, tapi hak sendiri tak mau dikorbankan.

Walau apapun, terpulang la kepada rakyat. Kalau nak 1 aliran, kerajaan boleh bagi. Nak pelbagai aliran pun kerajaan boleh bagi. Kerajaan sekarang, katanya memahami denyut nadi rakyat...


.......

Hoben Jang Hoben!!