40:1
Baru-baru ni, aku terbaca tentang nisbah pengundi baru antara bukan Melayu dan Melayu. Dan amat mengejutkan, kajian itu menunjukkan bahawa orang Melayu kurang berminat untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih. Angka yang diperolehi adalah 40 bukan melayu berbanding hanya 1 melayu.
Apa jadi dengan Melayu?
Ada terbaca tentang seorang pensyarah universiti menafikan tulisan Tun Dr Mahathir tentang nilai majoriti orang Melayu. Sehingga sanggup mendakwa yang mantan Perdana Menteri itu seorang yang tidak matang befikir.
Nisbah 40:1
Mana majoriti?
Kepada umat Melayu, tak kisahlah apa pun fahaman politik kalian, asas pemiilihan kerajaan adalah melalui pilihanraya.
Tak guna kalau kalian menyalak sana sini, baring-baring atas jalan, kata parti ini tak betul, parti itu betul, tapi anda sendiri tak mengundi..
Sama la seperti anjing
Anjing yang menyalak bukit.