Bismillah..
Alhamdulillah, setelah genap sebulan menahan hawa nafsu, esok umat Islam akan merayakan kejayaan.
Sempena 1 Syawal ini, saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tulisan dalam blog ini menyinggung perasaan pembaca.
Dengan semangat lebaran ini, marilah kita bersatu demi mengharungi cabaran yang semakin getir sejak kebelakangan ini.
Berdoalah demi kesejahteraan umat Islam dan berpegang teguhlah kepada ajarannya.
Semoga Syawal ini akan memberi seribu rahmat kepada seluruh umat Islam khasnya di Malaysia, dan seluruh dunia, amnya.
Ya, Allah, rahmatilah umatMu, teguhkanlah iman kami terhadap agamaMu, satukanlah hati kami demi menentang anasir-anasir yang boleh mencemarkan maruah kami.
Sesungguhnya, kami hanya meminta pertolongan dariMu, kerana Engkaulah yang maha berkuasa atas segala kejadian di muka bumi ini.
Ya Allah, ampunilah kami yang terlalu banyak melakukan dosa terhadapMu. Engkaulah yang maha pengampun lagi maha mengasihani...
Amin