Friday, February 25, 2011

25.02.. Datang Lagi

Bismillah..

25 Februari 2011..

Genap 3 tahun aku sebagai pereka perabot di syarikat ini. Alhamdulillah. Tapi petang tadi, kawan lama telefon. Recommend aku masuk syarikat baru.. Besok interview... huhuh

Resume tak complete lagi daaaa

Friday, February 18, 2011

Kenaikan



Bismillah..

Dapat surat kenaikan gaji dan bonus. Alhamdulillah..
Kenaikan 3 angka.

Usaha lagi....

Saturday, February 12, 2011

Harum semerbak

Bismillah..

Aku ke cawangan untuk membeli minyak wangi jenama ini. Best baunya. Ada pelbagai produk. Dari minyak wangi, ke haruman untuk rumah, aromatherapy dan penghalau serangga dan produk isi rumah...

Harum semerbak dah rumah kami.. huhuh


Friday, February 11, 2011

Kebosanan?

Bismillah...

Dah lama juga aku tak update blog ni. Bukannya apa, kesibukan yang sangat melampau sekarang. Kami sedang bertungkus lumus menyiapkan barang untuk pameran di Kuala Lumpur, bulan depan. Entah siap atau pun tidak barang-barang pameran tu nanti.

Dalam pada masa yang sama, tempahan juga perlu disiapkan. Kami dah wujudkan pelbagai rekaan untuk dipilih, namun pelanggan tetap mahukan pengubahsuaian juga. Itu yang kadang-kadang terpaksa bertengkar dengan sales person. Kami berharap sangat agar mereka jual produk=produk standard kami. Tapi mereka sibuk ambil order yang memerlukan pengubahsuaian. Weell, customers is always right... ye la sangat!

So, kenapa bosan?

Banyak faktor-faktor yang menyebabkan aku bosan di pejabat sekarang ni. Perkara utama, dah tentu la sebab 'my-ex'..
Kami semua dah kurang motivasi dah.. huhuh

Thursday, February 03, 2011

Gong Xi Fa Chai

Gong Xi Fa Chai kepada semua rakyat Malaysia
Semoga tahun arnab membawa lebih kemakmuran