Lambat
Bismillah...
Agak lama juga aku tak update blog aku ni. Nampak macam dah kekurangan idea (malas berfikir?) untuk mencoretkan apa-apa sahaja.
Sebenarnya, sejak kebelakangan ini aku sangat sibuk Kerja di pejabat tak pernah habis. Ye la, kalau dah habis, tak payah la dtg kerja lagi, then company tak payah la bayar gaji.. Tapi Masalahnya kerja aku sekejap buat ini, sekejap buat itu, maka semuanya sangkut-sangkut. Tapi kali ni, order dari satu customer ni aku tak keluarkan apa-apa spec lagi. Masa meeting aku promised 19hb, tapi hari ni dah 23hb. Banyak pula masalah tu... Aduhai.. Makin teruk pulak aku rasa kerja aku kat sana.
Mulai beberapa hari lepas, aku dah buat perangai lama. Bawa balik kerja ke rumah. Nak check drawing anak buah aku.. huhuhuh...
Pening la jadi designer ni. Hari tu dengar hot fm, ada topik kalau diberi peluang tukar kerja, kerja apa yang hendak dibuat..
hmm.. aku nak kerja receptionist. huhuhuhuh.. angkat telefon je.. Macam best je... Tapi handphone aku banyak missed called.. Pas tu bukan nak return call.
Ahhh.. dah! Nak check drawing.. Hmm.. hari ni kat Melaka ada program Janji Ditepati..
Apa plak janji tok najib kat Melaka ek??
Banyak jalan dah ditar baru.. haaa.. as usual, BN punya style.. Tu nak election la tu.. huhuh