Friday, July 27, 2012

Ponteng Lagi

Bismillah..


Hari ni aku half day lagi. Kes ponteng ni. Berang dengan seseorang dalam top management. Suka-suka suruh aku sign contract 2 tahun.
 Tu kes dah tak der orang nak buat kerja la tu....

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Bismillah..


Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama

Semoga ibadah puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...

Wednesday, July 18, 2012

Sawang

Bismillah...

Baru aku perasan yang blog ni dah lama tak berusik. Terlalu sibuk sangat kot sampai tak der masa nak update blog.. Huh! Ayat tak boleh blah...

Memang betul, sangat sibuk kebelakangan ni, sampaikan order 2 bulan lepas, baru minggu ni dapat buat spec nya. Mesti customer dah menyalak tu.. huhuhuh

Pejam celik, pejam celik.. dah nak puasa. Rasanya baru je raya tahun lepas, dah nak raya lagi. Bila dah nak raya ni, sibuk la manusia-manusia ni. Promosi raya lah, buffet ramadhan lah, pasar ramadhan lah, baju raya lah, kuih raya lah.. Macam-macam

Aku? Hmmm.. dok tengah fikir ni, rasanya tahun ni nak tukar duit awal-awal lah. Maklumlah, duit baharukan dah keluar. Sure laku macam goreng pisang panas punya...

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang beberapa hari lagi ni, aku susun 10 jari memohon ampun dan maaf. Halalkan segala-galanya...

Ok... Tahun ni, tak tukar langsir ye.. :)

Monday, July 02, 2012

Ponteng Separuh Hari

Bismillah...

sepatutnya aku dalam perjalanan ke pejabat sekarang ni. Tapi disebabkan kepala aku jem, aku nak cuti separuh hari. Nanti tengahari aku masuk pejabat la. Boleh je nak cuti terus, tapi disebabkan kerja yang berlambak, aku rasa masa ni tak sesuai untuk cuti.
Minggu lepas betul-betul buat aku sakit kepala. Dengan kerja yang bertimbun-timbun di tambah pula dengan perangai orang sekeliling, rasa nak mengamuk je. Yang tak berapa cerdik, berlagak pandai, yang dimanjakan naik lemak pulak.

Pagi tadi, Itali pula bungkoz, lagi la aku hangin! 4 biji pulak tu! apaaaa la lu!!!

Kacau...kacau!!!