Tuesday, November 20, 2012

Kemalangan

Bismillah..

Semalam aku mengalami kemalangan jalanraya. Lori di hadapan nak masuk simpang, tapi tak berhenti. Bergegar rasanya kepala otak aku ni. Kereta aku kemek tepi, lampu pecah.
Nasib baik yang lain-lain tak apa-apa.

Alhamdulillah.


Thursday, November 15, 2012

Maal Hijrah

Bismillah...

Salam tahun baru hijrah. Semoga tahun baru ini membawa seribu rahmat kepada umat Islam di Malaysia. Bersatulah untuk menempuh jutaan cabaran di masa hadapan. Banyak musuh-musuh Islam yang sedang berusaha untuk menghancurkan kita.

Wassalam

Tuesday, November 13, 2012

Ucapan Raya

selamat Hari Raya Deepavali kepada masyarakat India. Semoga raya kali ini membawa lebih banyak sinar bahagia di masa hadapan

:)

Thursday, November 08, 2012

Hujan

Bismillah...

Lama juga tak update blog ni. Hehehe...

sekarang ni musim hujan. Kat tempat kami, hari-hari hujan. Kalau tak pagi, hujan petang. Setiap hari begitu. Jadi, kat kawasan-kawasan rendah dah tentulah naik air bah. Kat tempat kami, setakat ni kat kampung Tehel je banjir. Kat tempat-tempat lain, khabarnya OK lagi.

Tehel ni kawasannya tak besar, disekelilingnya adalah tempat-tempat yang nama depannya adalah bukit. Maksudnya, sempadan kampung Tehel ni adalah Bukit Kajang, Bukit Katil, Bukit Beruang pun dekat. Jadi tu la agaknya kampung Tehel ni mudah kena banjir. Sebab air dari bukit-bukit tu melimpah kat kampung ni.

Tapi, menurut cerita kawan, Tehel ni pun sebenarnya ada guna nama bukit juga. Menurut sejarah (entah betul,entah tidak lah) kawasan tu adalah kawasan penanaman teh. Kalau tanam teh, tentu la di lereng bukit. Nak jadi cerita, ladang teh itu milik  mat saleh. Makanya kawasan tu disebut Tea Hill (Bukit Teh). Tapi desebabkan penduduknya adalah Melayu (Jawa pulk tu..kikiki). makanya sebutannya menjadi Tehel...

Sekian...

Hujan-hujan ni minum teh ngan biskut keras pun sedap... huhuhuh