Monday, February 25, 2013

Ulangtahun

Bismillah...

Hari ini genap 5 tahun aku bekerja di syarikat ini. Dan setiap tahun, pada tarikh ini, aku sangat sibuk. Menyiapkan produk-produk untuk MIFF2013, di PWTC. Pameran akan berlangsung minggu depan. so, kepada sesiapa yang berkesempatan, sila la jalan-jalan di PWTC yer...


Cari aku? Tak jumpa la, pasalnya, saban tahun aku akan mengelak untuk ke sana. Lagipun kerja aku berlambak. Tak dan punya nak jalan-jalan cari pasal.

Selama 5 tahun ni, banyak sebenarnya pengalaman yang aku tempuhi. Pelbagai. suka dan duka. Dengan pengalaman yang sebegini banyak, aku dah rasa seperti sedikit bosan. Sebabnya bila aku menghadapi sesuatu situasi, pasti boleh selesai punya. Tak der orang nak kacau-kacau. So, boring la, kan? Suasana yang sangat statik....

Apa yang korang rasa kalau orang dok asyik kata.. u boleh buat punya, u kan expert!..?  Kalau tanya aku, aku dah boring dah! Tak der yang mencabar langsung

Dan bila berhadapan setuasi begitu, aku mula la berkira-kira nak berhijrah.. :)





Monday, February 18, 2013

Sembang Dengan Kawan

Bismillah...

Seorang kawan sangat taksub dengan sebuah parti Islam. Macam-macam keluar dari mulutnya. Kerajaan hari ini tak Islamik, tolak hudud, zalim dan sebagainya. Dia juga cerita, jika parti kesayangannya itu menang pilihanraya akan datang, mereka akan buat macam-macam yang berlandaskan Islam. Mana yang tak Islam akan ditukarkan.

Sambil sembang, dia hisab rokok. Berbatang-batang. Naik lemas aku dibuatnya.

Hmmm... Aku kata, sebelum ubah orang lain, lebih baik ubah diri sendiri dulu.

Wednesday, February 13, 2013

Hari Pertama

Bismillah...

Memulakan kerja selepas 4 hari bercuti. Dalam perjalanan, aku teragak-agak samada betul ke hari ni mula kerja. Sebab aku perhatikan, jalan raya masih lengang. Sampai area office, lengang, kereta yang parking pun sebiji dua je. Rasanya, hari ni aku la yang paling awal masuk office. Masih ramai yang bercuti rupanya. So, rasanya aku nak balas dendam ni. Isnin aku cuti!... ahaha



Saturday, February 09, 2013

Cuti Tahun Baru Cina

Bismillah..

Bermulanya cuti panjang (4 hari tu kira panjang la untuk orang yang jarang bercuti) untuk perayaan Tahun Baru Cina. Banyak juga kerja-kerja terbengkalai. Lepas raya nanti kena balun habis-habisan la sebab MIFF bermula awal bulan depan. Banyak produk kami yang belum nampak bayang lagi. Huhuhu....

By the way, untuk 4 hari ini.. Ezad fokus yang awak sedang becuti.. fokus...fokuss!!!


ahaks.. tahun ular air ni, ada apa ek??

Wednesday, February 06, 2013

Surat Dan Cuti

Bismillah...

10 haribulan ni, roadtax kereta aku tamat tempoh. Hari tahun baru cina. Makanya aku mengambil keputusan untuk renew hari ni. Jadi, cuti la separuh hari.

Waktu pagi, department aku dapat surat kenaikan gaji. Alhamdulillah, walaupun tak berapa puas hati, tapi ok la. Saja je gempak kat boss tadi.. :)

Dapat E-book tentang emas. Jenuh nak baca ni.. :)