Sunday, May 26, 2013
Tuesday, May 14, 2013
Training
Bismillah....
Ada training tadi. Tapi training apa ntah.. aku pun tak tau. Datang training duduk baris belakang, buat benda lain. Sekupang pun tak masuk kepala. Besok pun ada training lagi. Sambung yang tadi punya. Tapi training apa ntah...
Blur....
Sunday, May 05, 2013
Malaysia Memilih
Bismillah...
Dengan rezeki yang diberikan, aku telah selamat membuang undi. Alhamdulillah. Aku yakin, undi aku bukan undi rosak :) Bersih tanpa sebarang kekotoran termasuk dari dakwat kekal.
Tiada apa-apa yang berlaku selama aku berada di pusat membuang undi. Cumanya ada seorang pengundi komplen yang kertas undinya tidak kelihatan cop di sebelah kiri. Tapi kemudiannya, kerani SPR mencop sekali lagi kertas undinya. Tiada masalah kot.
Perihal dakwat kekal, apa ke halnya kata boleh tahan 3 hari. Lepas aku balik mengundi, aku mandi sebab nak solat zohor. Dah luntur dah. Ni ambil wudhu sembahyang Asar, petang ni mandi, ambil wudhu Isya, confirm bersih pagi besok.
Tunggu keputusan je. Insyaallah, sesiapa pun yang terpilih menjadi kerajaan, itu adalah ketentuan Allah. Dan aku yakin, Allah telah merancang yang terbaik untuk negaraku ini. Cumanya, nak ingatkan lah, bila dah berkuasa, kena la buat kerja.
Wednesday, May 01, 2013
Seribu
1000
Bismillah....
Diam tak diam dah entry ke 1000 dah ni. Alhamdulillah. :)
Sempena entry ke 1000 yang serentak dengan hari pekerja, maka kami mengucapkan
SELAMAT HARI PEKERJA
Semoga segala usaha yang dilakukan untuk syarikat/organisasi akan mendapat keberkatan dariNya
PEKERJA PEMANGKIN TRANSFORMASI NEGARA (macam robot transfomer tu ke? boleh tukar-tukar)