Friday, February 29, 2008

Binatang

titicaca dan aku mempunyai bintang yang sama. So tak yah la paste pasal zodiac lagi. Aku paste pasal lain lak...

fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 Quizzes - blog quizzes



Ini baru aku.. hahahaha

Sunday, February 24, 2008

Hari Baru

Bismillah..

Besok aku akan mulakan hidup baru. Memulakan kerja di Muar. Beberapa projek di Melaka diteruskan.

Hari ni hari penamaan calon. Pasal kempen pilihanraya akan diceritakan kemudian. Sekarang aku sangat sibuk. Walaubagaimanapun, aku ucapkan jutaan terima kasih kepada pucuk pimpinan kerana menggugurkan "YB tutup sebelah mata".

Harap YB baru ni, bakal memberi perkhidmatan terbaik. Sebelum ini beliau adalah Exco Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Banyak bercakap soal keusahawanan di negeri ini.

Tunggu hasilnya.

**apa masalah blogspot sekarang ni?**

Sunday, February 17, 2008

Kopi

Bismillah

Ni tabiat minum kopi. Aku curi dari salah sebuah blog.. hahaha... :)

You Are an Iced Coffee
At your best, you are: hyper, modern, and athletic

At your worst, you are: cheap and angsty

You drink coffee when: you're out with friends

Your caffeine addiction level: medium

Wednesday, February 13, 2008

Pak Lah Dapat Ilham

Bismillah...
Setelah sekian lama berteka teki, akhirnya hari ini Pak Lah membubarkan parlimen. Ini bagi membolehkan pilihanraya ke 12 diadakan.
Mari kita berkempen. Kempen untuk siapa, tak penting. Yang penting kempen. Kuasa memilih ada di tangan kita sekarang. Pilihlah dengan bijak, anda mampu mengubahnya.

**secara peribadi, aku tak suka YB Jasin sekarang, harap Pak Lah gantikan dengan orang lain**

Sunday, February 10, 2008

Bahana Nasi Minyak

Bismillah...
Kebiasaannya, bila tiba hujung minggu atau musim cuti, pasti banyak kenduri kahwin. Bila ada kenduri kahwin, sudah pasti ada nasi minyak. Nasi minyak dan kenduri kahwin tidak boleh dipisahkan.
- Bila nak rasa nasi minyak melaka?
Huh.....!!!!
Selepas makan nasi minyak, kepala aku sakit, badan aku lemah. Dari dulu lagi, aku agak kurang serasi dengan nasi minyak.
Jadinya, kalau aku ganti nasi minyak dengan nasi goreng, boleh ke?
hahahahaha......

Thursday, February 07, 2008

Gong Xi Fa Cai


Kepada semua warga Malaysia berbangsa Cina, aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Semoga tahun ini membawa tuah yang banyak.

Sunday, February 03, 2008

Setahun Sudah Berlalu

(payah banar nak download lagu ni, aku copy link dia terus.. lantak laa)
Gurindam dan irama
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa kesal kelmarin
Menjadi simfoni mendayu
Pada setiap malam minggu
Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari
Ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan ku beri
Kesepian memaksa
Ku lihat wajah di cermin
Terpandang parut di muka ku
Bekas cinta yang lama
Apakah tidakkan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang
Bermain di jiwa ini

Lagu ini tiada kena-mengena dengan aku. Cuma liriknya ada tertulis Februari muncul kembali. Dikalangan kalian, mesti ada peristiwa-peristiwa yang berlaku pada Februari tahun lepas kan? Sekarang, Februari muncul kembali. Apa pula peristiwa yang bakal berlaku dan menjadi kenangan pada Februari 2009, seterusnya 2010...2011.....
Begitu pantasnya masa berlari.