Thursday, December 31, 2009
Tuesday, December 29, 2009
Monday, December 28, 2009
Saturday, December 26, 2009
Rahsia Bulan Muharram
Bismillah...
Petikan dari Tazkirah
Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.
Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit
Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:
1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti
11 Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
baca Qulhuwallah sebelas kali.
12 Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Tuesday, December 22, 2009
Berkat Sayang dan Memuliakan Kucing
Petikan dari laman sesawang ABIM Melaka
Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.
Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.
Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.
Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.
Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.
Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.
Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.
Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.
Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.
Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.
Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin.
Sunday, December 20, 2009
Thursday, December 17, 2009
Salam
Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana menumpaskan Vietnam pada perlawanan akhir bola sepak lelaki akhir bagi membolehkan kita menerima pingat emas. Setelah menanti selama 20 tahun, barulah kita dapat mengecap nikamt selaku juara bola sepak Asia Tenggara.
Lepas tak tau la, berapa lama lagi kena tunggu.. hehe
Apa-apa hal pun, tahniah Malaysia
....................
Salam Maal Hijrah 1431. Apa azam tahun baru?
Sunday, December 13, 2009
Thursday, December 10, 2009
Di Hari Pernikahan
Jika tiada aral melintang, Insyaallah aku bakal menamatkan zaman bujang aku. Segala persiapan telah pun dibuat. Majlis pernikahan akan dilangsungkan di sebuah masjid selepas solat zohor.
Kini ahli keluarga sedang sibuk membuat persiapan. Barang-barang keperluan telah tersedia. Hanya tunggu pak bilal melaungkan azan zohor sahaja.
Dan ketika azan, kenapa ada assolatuhairuminan naum?
Hmmm....sekali azan subuh dah.....
Mimpi lagi... ceh!
Sunday, December 06, 2009
Program Hujung Minggu
Aku menuju ke MITC, Melaka. Tujuannya untuk mengunjungi PC Fair. Setiap kali mengunjungi PC Fair, perkara yang akan dialami adalah kesesakan. Memang penuh sesak dalam MITC tadi, khususnya ruang pameran PC Fair. Yang menarik bagi aku adalah, jika pameran sebegini, yang paling ramai hadir adalah belia-belia bukan Melayu. Belia Melayu ramai berkunjung ke pameran-pameran yang berunsur hiburan, setuju? Jadi tidak hairanlah jika sekitar ruang pameran itu, aku rasa macam berada di Hong Kong, tak pun China (macam pernah sampai la sangat :) )
Dalam pada masa yang sama, Melaka International Tourism Show juga sedang berlangsung. Maka aku pun ambil kesempatan mengunjunginya. Tapi ruang pameran ini agak kurang meriah. Bukanlah bermaksud kurang orang, tapi masih ada ruang-ruang yang selesa lagi.
Tiada apa-apa pun yang aku beli, aku bab-bab membeli belah ni kurang sikit. Jalan-jalan sambil cari peluang aje.
Wednesday, December 02, 2009
Rokok
Mulai Jun tahun hadapan, dilaporkan rokok pek 20 batang sahaja yang akan dijual. Alasan pihak berwajib adalah kerana pek bersaiz kecil mampu dibeli oleh kanak-kanak.
.............
Sesekali, kalau hendak mendidik orang, apa kata kalau kita guna teknik reverse psychology.
Dalam hal rokok ini, aku mempunyai cadangan sedikit berlainan dari kumpulan pihak berwajib.
Aku cadangkan agar, jual sahaja rokok pek kecil. Lagi kecil, lagi bagus. Contohnya dahulu ada pek 7 batang, maka wujudkan semula pek 7 batang tu.
Tapi, jual pada harga 7-8 ringgit sekotak.
Kalau pek 20 batang dijual pada harga rm10.00, maknanya sebatang baru 50sen. Tapi kalau pek 7 batang dijual pada harga rm7.00, maknanya sebatang harganya seringgit.
Mana lebih mahal?
Rokok ni sedap dihisap kalau sedang lepak dengan kawan-kawan, ketika menonton tv, ketika hujan ataupun layan blues sorang-sorang. Tabiat penghisap rokok ni, lagi lama buat perkara-perkara tersebut, lagi banyak rokok yang dihisap. Nah, dengan rokok 7 batang, lama mana pun mereka boleh lepak ramai-ramai. Nak-nak kalau ada di kalangan mereka yang 'kaki pau rokok member'. Nak lepak lebih lama, kena beli lebih banyak. Nak beli lebih banyak, kena bayar lagi mahal. Bayangkan kalau nak pergi kedai pun kena turun naik tangga, kena tunggang motor, berfikir 2-3 kali juga la kalau semata-mata nak beli rokok.
Tak gitu?