Bismillah..
Lambakan pekerja asing di Malaysia kini dikatakan membimbangkan. Menteri Dalam Negeri berasa amat terkejut apabila melihat sendiri lambakan pekerja asing ini ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.
Menurut beliau, realiti lambakan itu tidak bertepatan dengan rekod warga asing yang dicatatkan.
.......
Pada hematku, kita terlalu bergantung kepada buruh luar. Banyak sektor-sektor tidak mampu dipenuhi oleh rakyat tempatan kerana dilihat pekerjaan-pekerjaan tersebut tidak memenuhi citarasa rakyat tempatan. Rakyat kita tidak mahu bekerja di bawah terik matahari. Orang kita juga tidak berminat untuk menjawat jawatan operator pengeluaran di sektor-sektor pembuatan. Apatah lagi jawatan pembantu rumah dan kawalan keselamatan. Natijahnya, sektor-sektor ini mendapat khidmat pekerja asing.
Dari 1 segi, ianya merupakan pembaziran tenaga tempatan. Bukan semua rakyat kita mempunyai pekerjaan. Masih ramai lagi yang menganggur. Dan di kalangan mereka ini dilihat terlalu memilih pekerjaan. Tidak mahu membuat jualan di luar kawasan, walhal mereka adalah graduan pemasaran. Tidak mahu berada di bawah terik matahari sedangkan mereka ini graduan kejuruteraan awam. Semua mahukan jawatan dalam bilik berhawa dingin. Ada juga yang sibuk isi borang SPA, JPA.. tak mau kerja swasta. Nak kerja kerajaan juga! Senang, terjamin, kata mereka...
Namun, disebalik sikap rakyat, masih ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan kerajaan tidak prihatin terhadap rakyatnya. Dikatakan kerajaan tidak menyediakan peluang pekerjaan yang cukup. Tambah mereka lagi, kerajaan sibuk ambil pekerja asing sehingga rakyat sendiri tidak bekerja. Adilkah?
Kepada rakyat khususnya graduan-graduan universiti, jangan terlalu taksub terhadap kerja di pejabat. Buatlah apa-apa pekerjaan pun asal ianya halal.
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah