Tahun Baru
Selamat Tahun Baru kepada seluruh penghuni planet bumi...
....
Beberapa tahun lepas, aku bekerja di **KFC. Aku ditemuduga dan diterima bekerja oleh seorang perempuan, yang kemudiannya menjadi bos aku lah. Namun, jodoh kami tak panjang. Beberapa bulan selepas aku masuk, dia ditukarkan ke kilang yang lain (masih KFC, cuma tempat sahaja berbeza). Dia adalah seorang bos yang garang, suka maki orang, dan suka cari pasal dengan orang lain. Ramai yang anti kepadanya. Namun, apakan daya, dia adalah seorang manager dan dah lama bekerja disitu
Selepas dia berpindah, department aku diuruskan oleh seorang manager lelaki. Seorang yang tegas, tapi aku suka caranya. Seorang yang mahir dalam aspek teknikal, dan aku banyak belajar dari orang ini.
Selepas 2 tahun lebih, aku meletak jawatan untuk tukar angin, itupun selepas 2 kali aku menyerahkan surat perletakan jawatan. Manager lelaki itu sangat tidak mahu melepaskan aku.
Masa terus berlalu, kegawatan ekonomi menyebabkan KFC gagal bertahan. Lalu pekerja di sana mencari haluan masing-masing.
Baru-baru ini, x-bos lelaki itu telah menawarkan aku bekerja di tempat dia bekerja sekarang. Namun aku menolak tawaran tersebut, walaupun selepas 2 kali aku ditemuduga.
Itulah putaran alam..
29.12.2010 - aku dapat tahu bahawa x-bos aku yang perempuan tu, akan melapor diri di tempat aku bekerja sekarang! Dan yang lebih memburukkan emosi aku adalah dia jadi manager department aku!
How come???
p/s : **KFC bukannya syarikat makanan yang jual ayam tu ye...