Saturday, March 27, 2010

Ulang Tahun

Bismillah

Hari ini sudah lima tahun.
Tahniah!

Semoga bahagia dalam mencari damai yang abadi..

Wassalam


..........

Ada sesiapa yang padam lampu? kita orang terlupa daaaa...

Tuesday, March 23, 2010

PC OK

Bismillah..

PC dah ok dah. Hantar ekdai member. Free lagi. Adjust sikit je..

So, boleh buat kerja sudah...

Sunday, March 21, 2010

PC Rosak, Kerja Tak Siap

Bismillah..

Sejak semalam PC aku tak boleh on. Entah apasal entah. Kerja yang aku bawa balik semalam, terbengkalai. Tak siap. Dalam laptop ni, tak ada software AutoCAD. Maka, abaikan aje la kerja-kerja aku tu.
Mulai besok, ada training lagi. 4 hari. Sah-sah la kerja aku bertindih-tindih tak siap ni. Order lak dengar khabarnya makin rancak. Berdedai-dedai masuk sejak pameran perabot hari tu.
Dalam masa yang sama, rekaan untuk pameran seterusnya harus difikirkan. Macam mana nak buat rekaan kalau yang lepas punya tak siap-siap lagi..

Isk...isk...isk

Thursday, March 18, 2010

Tamat

Bismillah

Hari ini, tamatlah training untuk team 1 yang dianjurkan oleh pihak syarikat untuk para designer. Minggu depan team 2 pulak. Tapi ada ura-ura beberapa designer team 1 akan join dengan team 2 untuk pengukuhan. Tapi aku awal-awal dah cakap. Tak mau join. Dek kerana training ni, kerja aku banyak terbengkalai. So, abaikan aje. Aku nak buat kerja aku.

Bos sengal cam hamaps je. Sikit-sikit tanya orang macam mana nak buat. Trainer pun macam boring je nak layan. Semua buat tak betul. Semua tak faham..

Ingatkan bagus sangat!

Monday, March 15, 2010

Training Lagi

Bismillah

Minggu ni, aku training lagi. Training software inventor, customize level.
Boring la...
Cikgu asyik silap je. Kita org pun dah pening dah..

Sudahnya hari ni ilmu tak masuk pun..

Asyik pusing-pusing je

Tuesday, March 09, 2010

Kembali

Bismillah

Selepas lebih seminggu rakan-rakan berada di KL, hari ni mereka mula kembali ke pejabat.
Boss sengal pun mula masuk hari ni. Apa-apa hal pun, dia akan memulakan hari kerjanya dengan membebel semua orang.

Dengan aku, ada dia berani?
Kerja dia aku cover nih!

Monday, March 01, 2010

Jemputan

Bismillah

Sesiapa yang ada kelapangan pada 2 - 6 Mac 2010, sudi-sudikanlah datang ke PWTC, KLCC atau MAEPS, Serdang untuk melihat pameran perabot.

PWTC & KLCC - Malaysia International Furniture Fair (MIFF) 2010
MAEPS - Export Furniture Exhibition (EFE) 2010

Masa - 9.30pg - 6.00ptg