Sunday, April 24, 2011

Obesiti Di Kalangan Murid - Kenapa Sekolah?

Bismillah..

Sejak kebelakangan ni, berita tentang obesiti di kalangan pelajar menjadi topik hangat sesama kita. Pelbagai peraturan dan undang-undang baru bakal dikuatkuasakan. Antaranya kantin perlu menyediakan makanan berkhasiat, perlu mematuhi peraturan menu harian dan juga melarang kantin sekolah menjual makanan rapu. Bahkan ada cadangan meminta sekolah menyediakan pegawai nutrisi di setiap sekolah bagi membantu pelajar menangani masalah berat badan. Ada juga yang melontarkan idea supaya melatih bakal-bakal guru di kalangan graduan dari bidang pemakanan.

Kebanyakan idea-idea itu adalah meminta pihak sekolah buat itu dan ini. Tapi bagaimana pula tanggungjawab ibubapa?

Di zaman serba pantas hari ini, kebanyakan ibubapa bekerja, dan ruang masa untuk menguruskan anak-anak semakin terhad. Bagi yang berkemampuan (rasanya suatu keperluan), mereka akan mengambil pembantu rumah untuk menguruskan rumah dan anak-anak mereka.

Dalam pada mengejar waktu, kebanyakan ibubapa hari ini menyediakan makanan-makanan ringan sahaja untuk keluarga mereka. Jadi tidak hairanlah pelajar-pelajar hari ini membawa bekal seperti nugget, burger, kentang goreng dan makanan-makanan yang dibeli dari gerai-gerai tepi jalan.

Waktu malam, kebanyakan ibubapa hanya sempat menyediakan hidangan-hidangan ringkas sahaja untuk makan malam. Lebih buruk pabila mereka hanya menyediakan makanan seperti pizza, ayam goreng dan burger untuk keluarga mereka.

Apakah ini tidak membantu proses obesiti terhadap anak-anak mereka? Kenapa pula kerajaan melalui sekolah pula yang perlu bersungguh-sungguh terhadap maaslah anak-anak? (Kalau aku kata kerajaan sekarang prihatin dan mengutamakan rakyat, mungkin ada orang marah pulak). Tapi itulah hakikatnya. Ibubapa sepatutnya lebih prihatin terhadap masalah anak-anak mereka.
Anak-anak seharusnya diberi ilmu pemakanan sejak mereka kecil lagi. Apabila telah dilatih di rumah, maka anak-anak akan lebih bijak memilih makanan apabila mereka berada diluar kawalan ibubapa mereka.

Jadinya di samping kerajaan, ibubapa uga perlu memainkan peranan untuk memastikan generasi muda Malaysia lebih sihat di masa hadapan.

.....

Hari Sabtu dan Ahad, KFC penuh dengan orang. Kebanyakan ibubapa membawa anak-anak berjalan dan beriadah...

mmmm... Malaysiaku

Thursday, April 14, 2011

Kembali

Bismillah...

Pak Long kami, Hitam Bin Md Elah kembali ke Rahmatullah..
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Monday, April 11, 2011

Tak Jadi

Bismillah...

Sepatutnya hari ni, kami berlima kena masuk training software. Tapi terpaksa ditangguhkan gara-gara cikgu yang mengajar sepatutnya mengajar kami mengalami kemalangan.

Tertangguh lagi.. hmmm

Tapi tak kisah lah. Aku masih boleh buat benda lain. Banyak lagi kerja yang tertangguh. Sebenarnya aku pun dah tak berminat nak belajar software tu. Ini kerana, cikgu tu pun tak capai tahap memuaskan pun masa mengajar kami..

heh!

Monday, April 04, 2011

Cuti

Bismillah

Hari ni cuti lagi. Uruskan segala hal berkaitan kewangan aku, buat sales sikit. Lepas tu layan anak buah aku.. huhuh..

Malam kelas bahasa manderin. Makin lama, makin sangap aku dibuatnya. Tapi tadi belajar menyanyi. huhu.. nak cari lagu dalam youtube. Besok le aku upload..

:)

...

Perut sakit lerrr...