Menjolok Sarang Tebuan
Depan rumah kami ada sebatang pokok rambutan (sekarang tengah berbuah, siapa nak pi la gait sendiri).
Kelmarin kami terperasan ada sarang tebuan yang agak besar. Lalu mak kami menghubungi pasukan pertahanan awam (kementerian dalam negeri) untuk memusnahkan sarang tebuan tersebut. Tadi, dalam pukul 9 malam sepasukan anggota pertahanan awam datang. Kerja-kerja membakar dilakukan dalam masa tak sampai setengah jam. OK la tu..
Selepas siap kerja-kerja mereka, mak aku hidangkan dengan minuman. Lepas mereka balik, mak aku tanya, ada bagi upah ke tak?
Lalu aku terfikir, perlu ke aku beri upah? Kalau aku beri upah, dah macam rasuah pulak. Tapi kalau tak beri, rasa macam tak berterima kasih la pulak.. hmmm..
Orang gomen, boleh komen?