Thursday, April 26, 2012

Pelaris


Cara Mengenali KEDAI MAKAN atau PERNIAGAAN Yang Menggunakan Pelaris-


Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam Jin) atau tidak, baca Ayat Qursi sebanyak 7 kali di luar kedai makan tersebut.Sebaik2nya semasa dalam kereta lagi. Kemudian buka tingkap kereta dan tiup 7 kali ke arah kedai tersebut.Tiup perlahan-lahan ke arah kedai itu sampai habis nafas.


Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “Khadam JIn” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.


Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-


1) Al-Fatihah.


2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.


Ia berdasarkan hadith :


قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )


Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.


(Tolong sebarkan ilmu ini untuk amalan umat Islam yang lain)
Nota : Gambar Di atas Sekadar Hiasan Semata-mata.Tiada kena mengena dengan pelaris yang saya jelaskan ini.

Friday, April 20, 2012

Barang Baru

Bismillah...


Ini barang baru di rumah ini. Kami sedang menaiktarafkan sistem teknologi maklumat rumah kami. Juga sedang berkira-kira untuk meng WI-FI kan sistem internet.
Heh!


Thursday, April 19, 2012

Tension

Bismillah


Kadang-kadang, orang di sekeliling kita adalah punca tekanan. Begitulah yang aku alami. Kalau marah karang, merajuk. Kalau dibiarkan makin mengada-ngada. Kerja yang dibuat semua salah.


Sabarlah hati.. anak orang tu.....

Wednesday, April 11, 2012

Daulat Tuanku

Bismillah


Semoga sepanjang pemerintahan baginda, negara akan senantiasa aman.


Daulat Tuanku

Monday, April 02, 2012

Staff Baru

Bismillah..

Hari ini, department aku dapat orang baru. Seorang lelaki, sawo matang, graduan baru.

Dari pagi sampai waktu makan tengahari, aku tak layan dia. Sebab aku ada banyak benda nak buat. So, kawan-kawan lain ada la tegur. 

Waktu makan tengahari, lepas makan aku terus ke kilang pembekal besi kami. Tak jauh, area-area sini juga. Lebih kurang jam 215 (orang  masuk kerja lepas makan pukul 200) aku sampai office semula. Kawan-kawan aku menjerit, yang budak tu dah cabut...

Alahai......

Apesal entah. Aku tak der masa nak ambil tahu.

Sunday, April 01, 2012

April Bodoh

Bismillah...


Ada lagi umat yang menyambut hari April yang bodoh ni? Kesian...




Hari April Bodoh ini sebenarnya menghina umatmu...




Ada baca?