Tuesday, December 31, 2013

Tahun Baru Masihi

Bismillah...

Sudah masuk tahun baru. Alhamdulillah. Tahun yang dikatakan semua akan naik. Maka kena la naikkan semangat untuk terus hidup. Kalau semua nak murah, kenapa masih mengharapkan kenaikan gaji... :)

Selamat Tahun Baru 2014. Semoga lebih bahagia dan gembira. Malaysia kan masih aman.. Apa ada hal.. :)


Monday, December 30, 2013

Cuti Tahunan

Bismillah...

Syarikat aku menetapkan hanya 8 hari je boleh bawa cuti ke taun hadapan. Hari tu (25hb) check dengan HR cuti aku ada lagi 11.5 hari. 

Erk!! Terkejut mamat.. Aku perlu habiskan 4.5 hari untuk elak cuti aku dipotong.

So aku isi form cuti untuk mula cuti 27hb. 26hb bos aku pulak MC... aku called dia inform aku nak start cuti jumaat. Tapi dia kata nak buat discussion dengan aku. So jumaat aku 1/2 day. petang baru start bercuti. 1/2 hari tu nampaknya kena burn la... masa turun tangga pun dok ada discussion lagi.. huhuhuh.. Keluar pintu office baru org tak kacau aku...

Hmm.. aku mula kerja balik hari rabu.. 1hb. Johor tak cuti new year. Dan company aku juga tak ikut titah printah sultan supaya cuti hujung minggu hari jumaat dan sabtu. Ok la tu.. Jalan clear hari jumaat..huhuhhu 

Selamat tahun baru yeh!

Tuesday, December 10, 2013

Lamanya

Bismillah... dah lama sangat aku tak update blog nih. Asyik pakai smartphone je. Terus lupa nak pakai laptop. Ngan Laptop je aku update blog... :) Agak sibuk sejak kebelakangan ni (mana pernah tak sibuk???). Baru balik dari IKEA. Dapat offer dari IKEA untuk produce produk mereka. Kalau dapat ni kenyang ni..kikikiki.. projek lain tak yah buat. Tapi jenuh la nak ikut spect mereka. Walau apa pun... harap semuanya berjalan dengan lancar. Cumanya sekarang ni aku jalan tak lancar, sebab lenguh kaki jalan keliling.. :)