Thursday, June 30, 2005

Cabaran Baru

Assalamualaikum...

Hari nie, dapat news dari management. Anak Robert (anak saudara Datuk) akan training kat department aku Isnin nie. Satu bala lagi la nie. Yang sorang tu pun dah pening kepala. Nak train lagi sorang. Alahai.. sakit kepala otak aku macam nie. Nasib baik la tak lama. Dua minggu aje.
Aku dengar si mamat nie ada masalah kat sekolah. Malas belajar la kiranya tu. Tapi disebabkan bapaknya ada kilang. Sensenang je jadik boss. Best ek jadik orang kaya ni. Tak pe, Isnin nanti, tau la aku ajar budak Taiwan tu.. ehehehehe
Nest story, aku dah siapkan night stand untuk PB. So, ada dresser & chest lagi. Syok gak buat benda tu. Cuma masalah tang packing je la. Lelain tak der ape masalah pun.
So, tak der ape2 lagi

Nite all

Monday, June 27, 2005

Lama tak tulis

Bismillah...

Dah lama aku tak mencatatkan sesuatu dalam blog nie. Banyak copy & paste aje. Biasa la. Kemalasan berada pada tahap maksimum la kiranya.
Tapi, tak ada apa-apa yang menarik pun sebenarnya. Biasa2 aje. Hari nie merupakan hari yang paling sibuk bagi diriku. Maklum la, senior aku E.L, so terpaksa la aku cover semua. Kiri kanan kena asak tadi. Tapi alhamdulillah. Semuanya aku boleh handle.

Semalam aku sibukkan diri.Uruskan PC aku nie. Dah banyak sangat spyware yang timbul. So surf net, cari spyware remover. cari driver printer & scanner. Jumper printer punya je. Scanner punya mana entah. Ada kat KL lagi kot. Tapi masih boleh scan. Tapi tak boleh edit. Nak edit kena guna photoshop. Ala.. loteh den.

Next? Akademi Fantasia.. hmm... nanti la aku komen benda nie. Kemenyampahan aku semakin meluap2 lak ngan rancangan tu. Besok2 la aku tulis pasal nie

Nite

Thursday, June 23, 2005

Ungkapan Dari Seorang Doktor Teragung

~MUSUH utama orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Ini kerana kemajuan satu-satu bangsa bergantung kepada nilai hidup bangsa itu... kalau baik nilainya, mereka maju, kalau baik nilainya tapi tidak diamalkan, bangsa itu tidak dapat maju. Yang akan halang orang Melayu maju ialah pegangan nilai yang tidak baik.

~KEPUTUSAN paling sukar nak buat ialah ketika krisis mata wang kerana (cara yang kita nak gunakan atasi masalah itu) bertentangan dengan amalan seluruh dunia. Saya sendiri takut kalau-kalau keputusan itu salah.

~SAYA tidak benar diri saya dipengaruhi oleh cerita-cerita yang sampai pada saya. Saya juga ada toleran yang tinggi. Saya tak harap orang yang saya kenal perfect. Ada yang tak perfect... saya sendiri tidak perfect. Saya tak pernah tukar staff saya sejak dari Tun Hussein. Saya terima semua. Kalau (mereka) buat (kerja) tidak kena, kita cuba cari jalan nak buat (atasi).

~KITA mesti ada permulaan. Tidak salah belajar dari orang lain ketika mula-mula. Misalnya Proton, mula-mula dulu 18 peratus saja kandungan tempatan, tapi sekarang dah hampir 100 peratus. (Malah) sekarang, Proton dan cipta sendiri (enjin) dan buat ujian sendiri. Kita perlu lalui proses... ini ambil masa. Kita kena ada pengetahuan. Kita kena mula dengan satu tapak, jadi kita kena ada permulaan. (Masalahnya) semua kita nak cepat, nak mudah. Tidak ada jalan mudah dalam dunia ini.

~TIDAK ada apa yang tidak boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia jika mereka bersungguh-sungguh mahu melakarkan kejayaan dalam bidang apa sekali pun dengan satu cita-cita, iaitu mengangkat maruah bangsa.

Wednesday, June 22, 2005

Masih Tak Settle Lagi?

Hari nie, aku dapat berita yang mirror 736 pulak bermasalah. Aku ingat, project tu dah tutup buku dah. Hampeh tol.
Hari niew, aku memulakan drawing baru. Buat armoire pulak. Susah la pulak benda tu. Tak kisah la. Layan je bak kata Farah Fauzana pun.
Nicky? Aku tak tau nak cakap apa. Rasa malas nak layan dah. Lantak la. Macam tak paham je ape yang aku ajar. Tak paham tak nak tanya. Tak sangka. Ada jugak puak tu yang perangai cam nie. Lagi teruk dari sawo matang.
Masih tunggu surat dari Kak Siti. Ntah bila nak sampai dah. Lambat la pulak.
Nite

Tuesday, June 21, 2005

Angguk-Angguk, Geleng-Geleng

Angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut telunjuk
Iya-iya, saya-saya, kiri kanan, ikut saja

Angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut telunjuk
Iya-iya, saya-saya, kiri kanan, ikut saja


Kita tunduk pabila diketuk
Biarkan terhantuk tak usah dipujuk
Relakan dipatuk ingat pesan atuk
Sabar, sabar, sabar, sabar!

Tak apa, tak kisah, tak rugi, tak mati, tak ambil peduli
Berserah dan pasrah biar dada didabik, adat pasang turun naik
Didera, dijajah terus kita dipenjara
Jadi hamba, jadi kuli, jadi batu diam diri
Kita tunggu, kita lihat, kita nanti, kita perhati
Jangan merungut biar bertangguh, diam akur kita mesti patuh
Acuh tak acuh, endah tak endah, buat lawak bodoh selamba
Biar kita melopong, biar kita menganga
Biar mereka buat apa mereka suka, biar saja
Jangan melawan, jangan membantah, janganlah degil kena ikut perintah
Kena banyak diam biar apa orang kata, kita tawa dalam duka
Kecut takut, kalut, kolot, terkunci mulut, terkatup, tertutup
Kalah sabung menang sorak, senduk nasi tinggal kerak

"Dik mari dik"
"Ye kak"
"Nama adik siapa?"
"Mia"
"Adik tahu nyanyi tak?"
"Tahu'
"Mari ikut akak nyanyi sama-sama"

Angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut telunjuk
Angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut telunjuk
Iya-iya, saya-saya, kiri kanan, ikut saja
Iya-iya, saya-saya, kiri kanan, ikut saja

Tolak tambah kali ganda hitung kira skala nisbah
Maju mundur tinggi rendah berapa jumlah nilai bangsa

"Kak sekupang ke, dua kupang ke, tiga kupang?"

Sawah sebendang, ladang sebidang, tanah sekangkang, pohon sebatang
Kerana wang, semua hilang, hanya tinggal sehelai sepinggang
Yang Jenin, yang Lebai, yang Pandir, yang Luncai
Yang angannya tinggi, yang dibuai mimpi
Yang sawah terjual, maruah tergadai

Sabar, sabar, sabar, sabar!

Angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut telunjuk
Iya-iya, saya-saya, kiri kanan, ikut saja

Angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut telunjuk
Iya-iya, saya-saya, kiri kanan, ikut saja

Kita tunduk pabila diketuk
Biarkan terhantuk tak usah dipujuk
Relakan dipatuk ingat pesan atuk
Sabar, sabar, sabar, sabar!

Samseng

(Dialog)
Ya.. ok jugak la… kita makan kat sini la senang…Duduk la..duduk la… duduk2…
Hei!! Asal ko makan tempat aku ni
Hei!! Ko siapa hah!!
Ni tempat aku apsal ko duduk kat sini
Mana ada nama ko…….ni tempat ko…
Woi!! (2x) ko siapa hah!!! Ko siapa hah!!!
Sekrang ko nak aper (3x)
Jgn carik pasal
Woii!!! (4x) (ramai2)
Kurang ajar ….
Woii!!! (5x)……. (ramai2)

Samseng (4x) ini bukan zaman samseng
Samseng (4x) bukan zaman samseng2
Samseng (4x) tiada tempat tunjuk samseng
Samseng (4x) ini bukan zaman samseng

Sudah banyak yg ku lihat didepan mata,
Pecah botol, pecah gelas, pecah kaca, pecah kepala
Nak rebut kuasa, siapa gagah, siapa perkasa, siapa lagi ramai anggota
Mana tempat, bila masa, kita jumpa, satu lawan satu, engkau dgn aku
Buka butang, buka baju… hak..hik..huk..
Kita tunggu siapa yg akan jatuh dahulu
Yg menang akan jadi abg besar, tak perlu gusar, kiri kanan sentiasa ada org jaga
Bila berjalan kepak mula dibuka… jaga… jaga…
Jgn cuba merenung mata. Amaran untuk semua
(dunia ini dia yg punya)

Samseng (4x) ini bukan zaman samseng
Samseng (4x) bukan zaman samseng2
Samseng (4x) tiada tempat tunjuk samseng
Samseng (4x) ini bukan zaman samseng

Dan didepanmu berbaris peluang-peluang dan tidak mahu pun engkau rebutkan,
Berderet-deret sasaran namun tidak satu peluru pun ko lepaskan…
Kerana engkau hanya asyik berjuang entah untuk apa, dan demi siapa engkau juangkan,
Keberanianmu itu adalah himpunan puluhan anggota fei yong…
Yg sibuk melaungkan suku-suku pantun, serta tuturkan kata kosong…
Keberanianmu itu adalah tubuh-tubuh kaku saudaramu,
Bergelimpangan disimpang-simpang jalan yg telah engkau tewaskan…
Keberanianmu itu adalah wajah-wajah kamu yg berbinkan dan berbintikan sianu dan sipolan, terpampang dimuka surat depan, ruang-ruang koran patuh kaki dan tangan.. keberanianmu itu adalah anak-anak bangsamu dlm satu ikatan berkongsi kandang bergelar…. si banduan.

Apakah yg kan ko dpt hanya sorakan kuat naikkan semangat setelah bertemu hebat,
Engkaulah tuah engkaulah jebat, tiada siapa yg akan berani dekat,
Sampai bila ko nak jadi raja, membabi buta, bukalah mata,
suatu hari ko pasti akan jatuh takhta, kehabisan bisa baru ko sedar mana pergi tuah,
mana hilang jebat, mana kata semangat, mana kiri kanan dua, mana kata bersatu, mana isi dan kuku, mana sehidup semati, mana pergi… urgghh…. Semua janji…

Bukan aku hendak mengata tapi sudah nyata,
semakin bermaharajalela, semakin berleluasa
Satu demi satu bangsa ku menjadi layu, gugur dimedan perang ciptaan saudara2ku, bagaimana hendakku jelaskan pada generasi baru dunia maju tapi bukan kita nombor satu, dunia serba canggih tapi kita masih menagih, dunia pesat membangun tapi kita masih mengalamun, salah siapa lain makan nangka, lain kena getah, lain jadi cerita, lain jadi mangsa, kerana nila setitik rosak semua susu sebelanga.

Samseng (4x) ini bukan zaman samseng
Samseng (4x) bukan zaman samseng2
Samseng (4x) tiada tempat tunjuk samseng
Samseng (4x) ini bukan zaman samseng

Monday, June 20, 2005

Blogging adds touch of spice to cyberspace

Feared, courted and mocked, blogs are making their presence felt, especially among the young. CHOW KUM HOR surfs the "blogosphere" to find out if there is more than hype to the four-letter word.
AN otherwise ordinary vacancy advertised in a local job-market portal created a buzz in cyberspace recently. Local technology websites, online chat rooms and e-community boards were thrilled by the novel idea that a company had taken out an advertisement looking for a blogger.
"See, mom! Blogging is a JOB, not a hobby," a blogger posted. Another described it as "the dream job". At least one technology website carried it as a news item.
Like their counterparts in developed countries, young adults in Malaysia are increasingly hooked on making their online journals accessible to the millions of Netizens the world over.
The term "blog", made up of "web" and "log", refers to "entries" or "logs" in the World Wide Web, where anyone with a computer and an Internet connection can publish their two cents’ worth on just about any topic under the sun.
From a personal rant on things like the quality of food in the cafeteria, blogs have are now almost on par with the mainstream media, especially in the United States.
In last year’s presidential elections, bloggers went head-to-head with the giants of publishing and TV. The Democratic and Republican Parties invited bloggers to their conventions on the same level as journalists.
In Malaysia, blogs are chiselling their way into the strongholds of newspapers and television.
"Typically, the average Malaysian blogger is a male between 20 and 40 years old from the middle class," says Aizuddin Danian who owns and manages Project Petaling Street (PPS) (www.petalingstreet.org).
PPS, dubbed a "blogtal" (blog portal), is an online voluntary endeavour that lists Malaysian-maintained blogs and provides updates on the latest postings.
So far, some 1,400 blogs are registered with PPS — a small fraction of Aizuddin’s estimate of at least 10,000 Malaysian bloggers based locally and abroad.
Given the borderless nature of cyberspace and the proliferation of companies offering free blogging services (like the popular blogger.com), it is impossible to keep track of all these Internet scribes.
The more popular Malay- sian blogs, such as "Aisehman" and "TV Smith", engage in socio-political commentary. Less known endeavours like "project 8-triple-5", where the blogger assumes the identity of his car, have a niche following.
By and large, the bloggers of the more established websites are identifiable individuals — people with known names and traceable addresses the authorities can come a-knocking when something goes wrong.
And then there are those who hide behind the web of anonymity, stirring sensitive sentiments and inciting hatred in their postings.
Former journalist and now Universiti Kebangsaan Malay- sia professor in media and communications Dr Safar Hashim says anonymity is one reason why blogging has caught on here. The casual activism that the Internet readily lends itself to is another, he adds.
One recent example was spinal cord injury victim Peter Tan (himself a blogger), whose wheelchair was damaged when he flew from Penang to Kuala Lumpur. Through an extensive network of links within the blogging fraternity, the case prompted surfers to flood the airline company with pleas for action.
But for many, it is the bloggers’ originality and linguistic flair that make them go back for more.
One blogger, for example, pens his sarcastic take on the idiosyncrasies of Malaysians with the opening remarks: "There are two things infinite, the universe and human stupidity, although I am not too sure about the former."
Jokes aside, from the business perspective, blogs can help corporations reach their stakeholders, says public relations practitioner K.H. Lim.
In the United States, big companies like Boeing, General Motors and Sun Microsystems have started blogs written by senior executives.
Think-tanker Ibrahim Suffian from the Merdeka Centre says Malaysian blogs, including those bordering on the political, have matured in a short space of time.
Bloggers are also beginning to get the recognition previously reserved for the bricks-and-mortar institutions, like being invited for TV talk shows.
When movie-maker Yasmin Ahmad’s acclaimed Sepet was threatened with the Censorship Board’s scissors, Ibrahim says the blogging community kicked up such a fuss that the board backed off.
In the end, a compromise was struck, with the final outcome acceptable to both parties. (Incidentally, Yasmin blogs at Yasminthestoryteller.blogspot.com.)
Such influence has drawn the authorities’ attention. Earlier this year, another blogger, Mack Zulkifli, was interviewed by the police who wanted to "understand the latest development of blogs".
Aizuddin says the notion of Malaysian bloggers operating from dimly-lit cybercafes hatching plots and spinning rumours is inaccurate.
"We are subject to the same rules as other people, like journalists. Most bloggers registered with PPS are known. In fact, some resort to self-censorship," says the 29- year-old manager of a bank who has been blogging for four years.
Internal Security Deputy Minister Chia Kwang Chye, who is one of the more IT-savvy politicians around, says it is sometimes impossible to nail down surfers who post anonymous comments. He cautions bloggers to exercise care and surfers not to get carried away with their postings.
Umno Youth’s Datuk Norza Zakaria is more ambivalent, saying the party does not want to fall into the trap of giving undue credibility to reckless blogs.
He adds that Umno is not against blogs per se, but bloggers who spread lies and malice online.
Despite the hype, Safar feels Malaysian-run blogs are nowhere near replacing the traditional media in terms of outreach and influence — at least for now.
"A lot of people have not even heard of blogs. Maybe 20 per cent of the population has and most of them are urbanite and relatively young."
Besides, the number of socio-political blogs are few and far between, as the young are generally more inclined to subjects like the latest Hollywood movies or the "coolest" personal digital assistant in the market.
CIMB Securities’ head of economics Lee Heng Guie says until and unless blogs come across as a credible and reliable source of information, the traditional media have nothing to fear.
"My take is blogs now complement, instead of compete, with newspapers and TV."
But given the rising influence of blogs in more developed countries, and its draw among the young here, the "blogosphere" could well be where the next big thing in free speech takes place.

Friday, June 17, 2005

Kerja Lagi

Bismillah...

Jumaat, hari nie, aku langsung membiarkan si nicky buat kerjanya. Sesekali aku menjeling, dia masih membuat benda yang sama. Benda yang aku beri 2 hari lepas. Dia pulak langsung tak bertanya. Buat sendiri. So, aku pun tak ajar lah. Aku rasa, memang kena terminate adik assistant manager nih. Lantak lah. Aku nak cari orang lain. Simpan mamat tu buat semak mater ajer.

Hari ni, apply cuti. Isnin nak cuti. Nak settlekan beberapa hal. Nak masuk duit dalam RHB. Besok, aku perlu struggle siapkan packing untuk Founder. Rasanya boleh siap kot. Kacang je tu... Harap2 besok tak der orang kacau

Chow Chin Chow

Meniti Arus: Amanat Haji Hadi halangan penjenamaan semula Pas

Bersama Abd Rahman Sulaiman
KEPEMIMPINAN baru Pas yang diketuai Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa, nampaknya begitu komited untuk mengubah imej parti itu bagi membolehkannya lebih diterima orang Melayu, pengundi muda dan golongan bukan Islam.
Mereka berpendapat hanya inilah cara yang masih ada jika parti itu mahu terus relevan dan bercita-cita untuk memerintah Malaysia pada suatu hari nanti.
Komitmen ini jelas terbayang dalam ucapan pemimpin kanan Pas ketika Muktamar Tahunan ke-51 parti berkenaan di Kota Bharu baru-baru ini. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan yang mereka keluarkan dan perlantikan beberapa tokoh muda ke jawatan penting parti selepas persidangan itu.
Perlantikan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar, sebagai Setiausaha Agung baru tentu mempunyai tujuan tersirat, di samping pengiktirafan terhadap kemampuan beliau.
Kamarudin di kalangan rakan rapat dikenali KJ, bukan saja seorang intelektual, tetapi juga mudah mesra dengan setiap orang tanpa membezakan kedudukan dan mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan organisasi.
Rakan karib bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini pernah menjadi Setiausaha Politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba, Ketua Bahagian Umno dan Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Dalam reaksi awal pelantikannya, Kamarudin mengaku akan memanfaatkan segala pengalamannya, termasuk ketika berada dalam Umno untuk membentuk imej Pas sebagai parti yang layak untuk memerintah negara.
Beliau menyebut mengenai betapa Pas perlu ‘mempunyai dasar dan imej yang sesuai untuk melayakkannya memerintah negara ini.’
Soal pembentukan imej baru ini begitu banyak ditekankan dalam Pas akhir-akhir ini. Ia diulang-ulang bukan saja ketika muktamar, tetapi juga selepas muktamar.
Nasharuddin pada satu temu bual selepas memenangi jawatan timbalan presiden, menyifatkan pemilihan kepemimpinan baru Pas sebagai ‘turning point’ untuk merawat kelesuan parti itu selepas pilihan raya umum lalu.
“Kita akan melonjak dari sini menuju ke depan bersama rakan barisan alternatif. Dalam konteks dalamannya, kita memperkasakan jemaah manakala luarannya ialah untuk pakej semula Pas,” katanya.
Nasharuddin berkata, di kalangan ahli Pas ada semacam satu lonjakan semangat baru dan ramai menelefon beliau untuk menyatakan rasa gembira dan hasrat mahu menyumbang untuk perjuangan parti.
Begitulah ghairahnya ahli dan pemimpin baru Pas dalam usaha mereka mahu mencorakkan semula imej parti yang sudah banyak terjejas akibat kesilapan sendiri itu.
Pemimpin Pas seolah-olah baru menyedari kelemahan ini pada hal seperti dijelaskan dalam ruangan ini minggu lalu, orang luar dan sesetengah ahli Pas sendiri sudah lama menyedarinya.
Tetapi bak kata pepatah Inggeris, It's better late than never. (Lebih baik terlambat daripada langsung tidak berbuat apa-apa).
Soalnya sekarang ialah mampukah kepemimpinan baru Pas menonjolkan imej lebih positif, khususnya kepada orang bukan Islam dan orang Islam yang bukan ahli parti itu tanpa meminda dasar dan perlembagaannya?
Jawabnya mungkin boleh dan mungkin tidak, terpulang kepada cara dan pendekatan diambil selepas ini. Tetapi menurut pandangan Tun Dr Mahathir Mohammad, Pas tidak akan berubah kerana walau pun pemimpinnya bertukar, mereka mempunyai pemikiran yang beku.
Pemimpin Pas tentu sekali marah dengan pandangan ini, tetapi untuk berlaku adil kepada Dr Mahathir dan untuk kebaikan Pas sendiri, pandangan yang disuarakan bekas Perdana Menteri itu sebenarnya mewakili persepsi kebanyakan orang luar parti itu, khususnya orang bukan Islam.
Bagi kebanyakan orang di luar Pas juga, parti itu dilihat sebagai tidak mempunyai dasar tertentu untuk membangunkan negara, tidak konsistan dan tidak berpijak di bumi nyata.
Pemimpin pentingnya pula dilihat sebagai tidak ikhlas, sombong, jumud, kasar, tidak bijak, tidak mesra dan sentiasa mencari kesalahan orang lain tanpa menyedari kelemahan diri sendiri.
Ada pengulas pernah menulis bahawa dalam keadaannya sekarang atau sekurang-kurangnya sebelum pertukaran pimpinan baru-baru ini: “Pas is not selling a dream; it's selling a nightmare.” (Pas bukan menjual mimpi, ia menjual sebuah mimpi ngeri).
Tidak pula diketahui sama ada pemimpin Pas menyedari persepsi buruk orang luar itu. Tetapi bagi kebanyakan orang Melayu di negara ini, mereka tidak boleh mengampunkan Pas berhubung peristiwa solat dua imam, perbuatan mengkafirkan orang Islam lain dan keengganan penyokong Pas makan sembelihan orang lain yang pernah melanda beberapa tempat di Terengganu dan tempat lain di negara ini satu masa dulu.
Keengganan pucuk pimpinan Pas menarik balik Amanat Haji Hadi - satu dokumen yang dicetak dan diedarkan di seluruh negara secara meluas pada 1980-an – memburukkan lagi keadaan.
Dokumen itu memetik ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dibuat di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April, 1981.
Antara lain, Hadi dipetik sebagai berkata, Pas menentang Umno bukan kerana namanya Umno, tetapi kerana Umno mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir dan mengekalkan peraturan jahiliah.
Disebabkan itu, perjuangan menentang Umno adalah jihad dan jika mereka mati dalam perjuangan itu, mati mereka adalah mati syahid.
Kesan daripada apa yang dikatakan amanat ini di kalangan orang Islam di negara ini cukup menggerunkan sehingga pada 1986, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terpaksa bersidang untuk membincangkannya.
Jawatankuasa itu memutuskan bahawa apa yang dikatakan Amanat Haji Hadi itu bercanggah dengan Islam.
Laporan risikan mendapati apa yang dikatakan amanat itu ada hubung kaitnya dengan peristiwa Memali di Kedah pada 19 November 1985 dan penangkapan kumpulan ajaran sesat al-Maunah di Bukit Jenalik, Sauk, Perak pada Julai 2000 dalam erti kata penjenayah terbabit benar-benar yakin perbuatan mereka menentang kerajaan dengan menggunakan senjata adalah jihad dan jika mereka mati, mereka mati sebagai suhada.
Oleh itu soal ini soal prinsip yang boleh menjejaskan akidah orang Islam, Pas tidak boleh mendiamkan diri begitu saja mengenai apa dikatakan amanat itu. Pemimpin baru Pas harus memikirkan cara terbaik untuk memisahkan diri mereka daripada amanat itu sebelum mengambil langkah lain untuk memulihkan imej parti mereka.
Dari satu segi, ini prasyarat terpenting untuk membersihkan imej dan menjenamakan semula Pas, di samping perkara berkaitan dengan dasar dan perlembagaan yang disebutkan di atas tadi.
Pemimpin parti itu juga perlu menghapuskan tabiat gemar membuat kenyataan bercanggah dan mengelirukan yang bukan saja tidak membantu memperbaiki, malah merosakkan lagi imej parti mereka.
Untuk memberi keselesaan kepada orang bukan Islam, Pas tidak perlu menekankan soal bentuk seperti cara pemimpin dan anggota mereka berpakaian. Sebaliknya, perkara yang lebih mustahak ialah isinya.
Pas juga perlu mengajar anggotanya di kampung supaya senyum dan jangan menganggap orang lain yang di luar kalangan mereka sebagai kotor.
Adalah penting persepsi buruk terhadap Pas ini dikikis dulu sebelum parti itu memikirkan imej baru yang hendak ditonjolkan. Apa pula imej baru yang hendak ditonjolkan belum juga diketahui.
Setakat ini, belum ada tanda-tanda apa mereka hendak lakukan selain pelawaan untuk berdialog dengan Umno mengenai Islam Hadhari yang dibuat secara terbuka.
Bagi kebanyakan pemerhati politik, ini satu kesilapan strategi pertama dilakukan pemimpin baru Pas. Jika mereka benar-benar ikhlas, mereka tidak sepatutnya membuat pelawaan itu secara terbuka, lebih-lebih lagi mereka menolak secara terbuka juga pendekatan Islam Hadhari yang diambil kerajaan.
Tidak hairanlah kenapa sehingga kini Umno masih membisu terhadap pelawaan itu. Sebagai sebuah parti orang Islam terbesar di Malaysia sekarang, tentulah tidak bijak bagi Umno menyahut pelawaan itu, sekurang-kurangnya tidak secara terbuka kerana ia datang dari sebuah parti yang sedang kelesuan dan mencari-cari kekuatan baru.
Dalam istilah politik orang kampung, perbuatan ini samalah dengan menagih hayat. Tiada sebab kenapa sebuah parti yang menjadi saingan harus menyambung hayat sebuah parti lawan.
Apa juga penjenamaan dan imej baru yang hendak dibentuk tokoh muda Pas sekarang, mereka perlu memikirkan sedalam-dalamnya sama ada ia akan menguntungkan Pas atau sebaliknya dalam tempoh jangka panjang, bukan setakat pilihan raya umum akan datang saja.
Jika imej yang mahu diketengahkan itu sebuah parti Islam liberal, moden dan toleran seperti Umno, ia tidak akan memberi apa-apa kelebihan kepada Pas. Pas harus ingat bahawa saingan utamanya sekarang ialah Umno. Jika parti itu sama juga dengan Umno, maka kewujudan Pas akan menjadi tidak relevan untuk kepentingan orang Melayu.
Dalam keadaan demikian tentulah orang Melayu akan menuntut Pas dibubarkan saja dan semua anggota Pas dipujuk masuk Umno kerana Umno lebih kuat, punya trek rekod baik dan sudah banyak pengalaman dari segi politik sama ada dalam negara atau pada peringkat antarabangsa.
Kewujudan hanya sebuah parti politik Melayu di negara ini tentulah akan memperkuatkan lagi perpaduan Melayu dan sekali gus menyumbang ke arah peningkatan kedudukan ekonomi mereka.
Sebaliknya, Pas yang berwajah baru boleh juga mengambil risiko dan terus wujud sebagai parti pilihan untuk orang Melayu seiring dengan Umno dengan harapan orang Melayu akan beralih selera satu hari nanti.
Dalam keadaan demikian, Pas akan hanya berjaya jika orang Melayu bosan dan meluat dengan Umno dan parti bukan Melayu yang kini menjadi rakan Umno dalam Barisan Nasional (BN) hilang kepercayaan kepada Umno.
Sesungguhnya, ini cabaran masa depan yang hebat bukan saja kepada Pas, tetapi juga kepada Umno.

Tuesday, June 14, 2005

Kerja, kerja & kerja

Bismillah...

Hari nie, aku dah siapkan bunk bed. Completed. So, buat katil baru pulak. Aku rasa, tu kejap aje. Pacak-pacak je. Tak der lengkung2. Kacang je.
Hari nie jugak, aku bagi assignment drawing kat Zila. Suruh dia buat mirror. Sama group aku. Rasa tak jadi masalah kot.
Nicky? Hmm.. aku tak tau nak cakap ape. Macam budak tadika. Suruh buat A, A tu je la yang dia buat tak reti2 nak nak teruskan yang lain. Bila dah check A, suruh buat B. Dah siap, aku check semua. A pulak salahhhh.. Alllaaa.. sakit kepala layan mamat tu. Rasa nak hentak je ngan mirror yng dia buat tu.
Lain? Tarak laaa...

Monday, June 13, 2005

Makin Sakit Hati

Hari nie, hati aku betul2 sakit disebabkan si Nicky tu. Mengalahkan mudah tadika. Kalau ikut amarah aku tadi, aku dah benam2kan muka dia dalam baldi.
1 yang aku suruh buat, 1 tu je yang dia buat. Dah la tu salah la pulak. # kali ulang benda yang sama hari nie. Aku ingatkan sawo matang je yang lembap... dia pun sama jugak. Malah lagi teruk!!
Betul2 aku sakit hati hari nie... Rasa nak fired je tadi... tension aku!!!

Friday, June 10, 2005

Hanya 2 Bulan

Perbincangan dengan VGM tadi sedikit sebanyak bagi semangat kat aku. Tapi isu penting yang kami bincangkan adalah pasal budak baru tu. So, VGM bagi tempoh 2 bulan. Kalau dia tak tunjukkan peningkatan, secara automatiknya, kita org terminate la budak baru tu. Aku janji ngna VGM, dalam tempoh tu, aku akan ajar dia. Aku akan sabar. Kalau tak jalan, dengan kuasa yang ada kat aku.. i just say... NO, so VGM akan terminate la dia.
Aku harap2.. lepas dua bulan, aku berani kata NO..
ehehehe

Nite

Wednesday, June 08, 2005

Istilah Komputer Bahasa Malaysia

Beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer.
Istilah
Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client: pelanggan
Contoh
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.
Translated
"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

Ciri-ciri Netter Sejati

Dari hasil soalselidik mengenai tanda-tanda seseorang itu merupakan netter sejati ialah:

1. Mas kawin yang anda minta di hari pernikahan adalah seperangkat komputer dan modem. Tunai !
2. Loceng di rumah anda tercatat "Click Here to continue"
3. Pintu bilik mandi anda tercatat "This site contains Adult Material, please verify your age"
4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen yang datang.
5. Mimpi anda selalu berawal dengan http://www.
6. Anda menggunakan search engine untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.
7. "Unable to locate your server !," kata anda ketika menerima salah panggilan.
8. Anak-anak anda diberi nama Salim.gov agar kelak dia jadi Pegawai Daerah; Noraini.org agar kelak jadi wanita aktif; dan Harun.edu agar kelak dia jadi mahasiswa sejati.
9. Suara dengkuran anda mirip dengan bunyi Handshake modem.
10. Anda susah menggerakan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.
11. Anda menonton filem "The Net" .... 63 kali.
12. Ketika kereta anda menyondol kereta lain di simpang jalan, yang pertama anda cari adalah butang "UNDO".
13. Isteri anda meletakan rambut palsu di atas monitor anda untuk mengingatkan anda seperti apa ia kelihatan.
14. Anda memberi nama anak anda Eudora, Netscape dan Mirc. Dan kalau anda lebih demokratik anda akan memberi nama anak anda Linux.
15. Anda memperkenalkan diri sebagai : youremail@yourdomain.com
16. Anda membuat tatoo di badan anda yang berbunyi "This body best viewed with Internet Explorer 5.5 or higher."
17. Anda akan mengakses http://www.xxx.com bila tengah bosan dengan pasangan anda.
18. Anda meninggalkan kaunter tiket kereta api dengan berkata "request time out !!!"
19. Ketika hidup anda mengalami kekecewaan, anda akan berasa sangat menyesal mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan butang Ctrl-Alt-Del.
20. Anda yang membaca blog ini sampai habis.

Tuesday, June 07, 2005

Kondom & Jarum Percuma

Bismillah...

Hari nie, aku nak komen sikit pasal berita nie. Sebagaimana semua sedia maklum tujuan pemberian tersebut adalah untuk mengurangkan jangkitan wabak HIV/AIDS di kalangan penagih dadah. Pada pandangan aku, pemberian kondom & jarum percuma kepada penagih dadah bagaikan memberi galakan kepada mereka supaya terus menjebakkan diri dalam penagihan dadah. Ia merupakan langkah yang 'tidak tepat' untuk membendung wabak penyakit tersebut. Datin Paduka Dr Marina Mahathir (anak kepada idola aku - sesungguhnya banyak benda yang aku tak bersetuju dengan anak idola aku yang sorang nih), beliau memberitahu ulama Iran bersetuju dengan kaedah tersebut (dan telahpun dilakukan di Iran). Ulama Iran berpendapat (menurut anak idola aku ni lah) "jangan memudaratkan diri dan jangan memudaratkan orang lain" dan "bertoleransi dengan kemudaratan kecil bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar".
Memang benar, kita tak boleh memudaratkan diri & memudaratkan orang lain. Tapi, dengan melaksanakan program tersebut (kondom & jarum percuma), ianya akan menambahkan lagi kemudaratan kepada penagih dadah tersebut. Adakah wajar, kita 'turun padang' dan memberikan kondom & jarum tersebut kepada penagih dadah yang berlambak kat lorong-lorong belakang di ibu kota? Bagi aku, dari kita jumpa & berikan beda tersebut, adalah lebih wajar kita tahan mereka & letakkan mereka di pusat pemulihan. Jauhkan mereka dari benda-benda tu semua. Bimbing mereka dengan memberi ceramah & kaunseling. Ini tidak, diberinya pulak 'benda sedap' tu lagi... Memang la jahanam orang tu (yang sememangnya majoriti dari mereka adalah kaum kulit sawo matang). Apatah lagi, untuk mengelakkan wabak HIV/AIDS itu menular, memerlukan usaha yang berterusan. Menteri Kesihatan kata, kementeria akan jalankan projek printis selama 6 bulan. Adakah selama 6 bulan kita akan dapat melihat dengan jelas statistik wabak itu akan meningkat atau menurun? Jika tidak menunjukkan apa-apa perubahan, apa yang akan dilakukan? Hentikan program tersebut? Maknanya, selama 6 bulan kementerian telah melakukan kerja yang jelas sia-sia & membazir. For sure la matlamatnya takkan tercapai. Mereka yang menerima benda-benda tu, sudah tentu tidak memerlukan wang & sumber lain untuk mendapatkan bekalan tersebut. Pendek kata, mereka juga menerima SUBSIDI. Sama seperti petani yang menerima baja, pelajar yang menerima biasiswa & kenderaan di jalan raya yang menggunakan minyak (sungguh makmur bumi ini... semua pihak menerima subsidi). Kalaupun matlamat untuk menyekat penularan wabak HIV/AIDS tercapai dengan program ini, sudah pasti penagih akan terus menagih. Bukankah dadah itu MUSUH no. 1 negara? Pasti!! Mereka akan terus menagih. Sebab? 'Galakan' & pemberian subsidi dari kerajaan.
Untuk menyediakan benda-benda tu (kondom & jarum) juga memerlukan dana dari kerajaan. So dari manakah kerajaan mendapatkan dana tersebut. Of couse lah, dari duit pembayar cukai (yang dikutip secara sedikit paksa). Confirm bukan dari duit poket Dr Chua Soi Lek atau Datin Paduka. Kalau dari poket dia orang, aku tak la hairan sangat. Kata bekas Ketua Pengarah Penjara, kos pemberian 'subsidi kondom & jarum' lebih murah dari kos menyediakan pusat-pusat serenti. Mungkin benar, tapi bagi aku, program di pusat penjara adalah lebih mulia. Di situlah di adakan ceramah, kaunseling & bimbingan.
Setakat ni, kerajaan Selangor & Terengganu menentang. Melaka menyokong. Hmm.. nampaknya aku tak sehaluan dengan Pak Ali dalam hal nie.....

Monday, June 06, 2005

Terjemahan Suara Ahli Pas

Oleh: Zulkiflee Bakar (Wartawan Utusan)

Pada hari kedua Muktamar Tahunan Pas Ke-51 yang merupakan hari pengundian, siaran televisyen litar tertutup memaparkan gambar Setiausaha Agung Pas, Nasharuddin Mat Isa dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agak lama ketika Pengerusi Tetap, Abu Kassim Abdullah bercakap mengenai proses pengundian.

Ternyata ia bagaikan isyarat awal bahawa itulah gandingan baru Pas, apabila Nasharuddin dipilih menjadi Timbalan Presiden Pas yang baru bagi menggantikan penyandang jawatan, Senator Hassan Shukri.

Keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilih, Yahya Othman kira-kira pukul 4.30 petang menamatkan segala debaran sejak hari pertama muktamar, apakah pemilihan yang berlaku akan memenuhi impian ahli-ahli Pas untuk melihat perubahan terjadi dalam parti itu?

Kejayaan Nasharuddin, 43 sememangnya sudah diduga sejak awal lagi, apabila kekalahan teruk dalam pilihan raya umum lalu telah memaksa Pas memastikan kepimpinannya berubah biarpun Abdul Hadi mengekalkan jawatannya.

Sebagai pemimpin muda yang dilihat berwibawa dan mampu membantu Pas menyusun strategi, ahli-ahli Pas tidak mahu melepaskan peluang untuk meletakkan Nasharuddin di tempat sewajarnya.

Justeru mereka membuat keputusan menyahut seruan pucuk pimpinan supaya Hassan disingkirkan bersama-sama seorang lagi pencabar iaitu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Penyertaan Hassan dan Abdul Halim kali ini dilihat lebih kepada prinsip, ``biar kalah dalam perjuangan, jangan kalah sebelum berjuang,'' itulah prinsip kedua-dua ulama ini yang dilihat oleh ahli-ahli Pas tidak akan berupaya membawa cabaran yang bakal dihadapi oleh Pas.

``Bagi saya kekalahan Hassan dan Abdul Halim tidak mengejutkan, sebaliknya sudah dijangka kerana ahli-ahli Pas memahami bahawa kalau mereka hendak melihat parti berubah, orang nombor dua perlu disandang oleh tokoh muda yang berwibawa seperti Nasharuddin,'' kata seorang pemimpin Pas Kelantan.

Keputusan itu juga sekali gus menunjukkan ketegasan ahli-ahli Pas untuk memastikan perubahan berlaku dan mereka tidak mahu lagi melihat ia sebagai satu retorik, justeru mereka menterjemah kemahuan mereka melalui pengundian dengan menyuntik darah muda.

``Ini barulah perubahan, kita telah buktikan bahawa kita bukannya beretorik dalam soal ini. Kami bersyukur kerana para perwakilan menerima isyarat yang diberikan oleh pucuk pimpinan bahawa kita perlu mewujudkan kepimpinan yang berwibawa,'' kata seorang wakil rakyat Pas.

Walaupun Nasharuddin juga dari kelompok ulama namun berbanding Hassan, beliau dilihat lebih berfikiran terbuka dan mampu mengimbang imej Pas supaya tidak begitu `ulama'.

Sebenarnya, kemenangan Nasharuddin sudah menjadi sebutan sebaik-baik sahaja beliau mengumumkan keputusan untuk bertanding. Ini kerana pucuk pimpinan termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak awal-awal lagi memberi isyarat bahawa Hassan Shukri perlu disingkirkan dari kerusi timbalan presiden berikutan prestasinya.

Walaupun pada mulanya harapan diletakkan ke atas Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din untuk melaksanakan misi itu, namun beliau menarik diri dan ini meresahkan kepimpinan Pas untuk mencari pengganti beliau bagi mencabar Hassan.

Berikutan itu dengan `restu kepimpinan kanan' Nasharuddin menawarkan diri dan ia diikuti oleh Abdul Halim. Bagaimanapun kehadiran Abdul Halim masih belum mencukupi untuk menggugat Nasharuddin biarpun dari segi pengalaman Abdul Halim mempunyai kelebihan.

``Pas tidak akan berubah kalau muka lama terus dikekalkan, sebab itulah dalam memutuskan siapa yang paling layak, kami tidak melihat Hassan dan Abdul Halim perlu diberi tempat, begitu juga dengan Azizan bagi naib presiden.

``Kami yakin Nasharuddin mampu melunaskan tanggungjawab sebagai timbalan presiden dan mampu mewujudkan gandingan mantap dengan Abdul Hadi,'' katanya.

Kekalahan Hassan dilihat isyarat kepada Dewan Ulama bahawa suara mereka sudah tidak lagi dominan dan tidak ada restu mereka kepada ulama itu secara terbuka menyebabkan beliau gagal mencatatkan kejayaan.

Begitu juga sokongan yang dikatakan diberikan oleh Dewan Pemuda, ia juga tidak mencukupi untuk membantu Hassan, biarpun banyak isu yang dibangkitkan oleh Pemuda termasuk mengenai kelemahan Pas dianggap suara Hassan.

``Kita menghargai kesetiaan Hassan tetapi perubahan yang kita lakukan ini adalah demi untuk kebaikan Pas dan bukannya hendak menyingkirkan sesiapa. Bagi kita apa gunanya setia kepada parti kalau kita terus kalah dalam pilihan raya. Biarlah kesetiaan itu diterjemahkan melalui usaha kita memenangkan parti,'' kata seorang pemimpin Pemuda Pas.

Hasrat Abdul Hadi dan Nik Aziz untuk melihat perubahan berlaku dalam jawatan naib presiden juga turut menjadi kenyataan walaupun calon idaman Nik Aziz, Dr. Siti Mariah Mahmud gagal mencatatkan sejarah sebagai wanita pertama dalam Pas menjadi naib presiden.

Kekalahan Dr. Siti Mariah sekali lagi membuktikan kata-kata pemimpin sebelum ini bahawa masih belum masanya untuk wanita menduduki jawatan tinggi itu dan pencalonan Dr. Siti Mariah hanyalah satu gimik politik.

Ia sekali gus membuktikan walaupun Abdul Hadi dan Nik Aziz ingin memberi ruang yang lebih besar kepada kaum wanita namun seperti mana kata Dr. Siti Mariah beberapa jam sebelum keputusan diumumkan, ``ahli bawah mungkin merasakan belum masanya untuk memberi ruang kepada Muslimat menjadi naib presiden.''

Abdul Hadi memberi sokongan kepada Dr. Siti Mariah kerana mereka memahami realiti politik Malaysia bahawa parti itu memerlukan sokongan golongan berkenaan untuk mencapai kejayaan.

Apa pun, kemunculan semula Mohamad Sabu memenangi jawatan Naib Presiden bersama Husam Musa dan Datuk Dr. Hassan Ali - dianggap satu kejutan memandangkan sebelum ini beliau tidak begitu dilihat sebagai `pentadbir' sebaliknya penceramah.

``Saya sendiri tidak faham kenapa perwakilan memilih Mohamad Sabu tetapi apa yang saya tahu, beliau sentiasa bekerja kuat untuk parti,'' kata seorang pemimpin Pas Kelantan sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Pas berpendapat, kemenangan Mohamad Sabu kerana perwakilan tidak banyak pilihan dan beliau dilihat sebagai pengganti penyandang jawatan, Azizan Abdul Razak juga dari utara.

``Mereka tidak mahu Azizan dan mereka tidak bersedia mengundi Dr. Siti Mariah, oleh itu mereka mempunyai pilihan sama ada Mohamad Sabu atau Mahfuz. Dan ternyata pilihan mereka Mohamad Sabu kerana beliau dilihat agak popular dalam Pas. Tambahan pula, ini adalah percubaan ketiga beliau bertanding jawatan tersebut,'' kata seorang lagi pemimpin Pas.

Kegagalan Azizan mempertahankan kedudukannya sebagai naib presiden sudah dijangka memandangkan beliau dilihat `sekapal' dengan Hassan Shukri. Maknanya jika Hassan ditolak oleh perwakilan maka Azizan pun akan turut sama.

Dan ia menjadi kenyataan, Azizan tewas manakala seorang lagi penyandang Dr. Hassan Ali `diberi peluang terakhir' untuk membuktikan kewibawaan apabila dikekalkan untuk jawatan itu.

Tindakan Azizan yang merestui Badan Perhubungan Pas Kedah untuk mengemukakan usul menghalang wartawan daripada membuat liputan muktamar dilihat oleh perwakilan sebagai tindakan yang melambangkan `pemikiran yang tidak terbuka'.

Kemasukan Husam Musa pula dianggap keputusan tepat perwakilan yang melihat bahawa Husam dan Nasharuddin bakal menjadi gandingan kepimpinan masa depan Pas. Kedua-dua mereka masih muda, berpelajaran tinggi, berfikiran strategis dan berwibawa.

``Mereka berdua adalah pemimpin masa depan Pas sebab itulah perwakilan seolah-olah meletakkan Nasharuddin dan Husam dalam `satu pakej'. Kalau mereka mengundi Nasharuddin mereka akan memilih Husam,'' kata seorang perwakilan dari utara.

Apa pun keputusan yang dibuat telah membuktikan bahawa ahli-ahli Pas kini benar-benar bertekad untuk berubah dan mereka ingin memastikan kata-kata seorang pemimpin Pas bahawa sekarang adalah masa untuk `anak memanjat kelapa, setelah ibu bapa mereka menanamnya.

Begitulah juga Pas, mereka selama-lama tidak boleh bergantung kepada golongan tua untuk meneruskan perjuangan parti tersebut, justeru barisan pelapis yang terdiri daripada golongan muda diketengahkan dan mereka ini disambut dengan `permaidani merah' dalam pemilihan kali ini.

Sunday, June 05, 2005

Demam

Sejak hari Khamis hari tu, aku demam. Jumaat tak kerja. Ambik MC. Sabtu & Ahad duduk kat rumah aje. Tido.

Sekarang nie masih demam gak... (BUKAN DEMAM AKADEMI FANTASIA TAU..!!)

Wednesday, June 01, 2005

Budak Baru

Hari ni, ada seorang budak baru masuk department aku. Aku baru dapat tahu yang budak nie, budak IT. Lepas tu belajar autoCAD secara part-time. Aku rasa, sekali lagi aku dapat masalah. Masa buat kerusi tadi, dia tak tau TECHNICAL DRAWING!! Mampoz aku. Nak ajar autoCAD, then at the same time, nak ajar melukis. INGAT NI SEKOLAH KE??? Aku yakin, mamat nie tak tau melukis. Aku tengok sketching dia pun senget benget. Aduhaiii..!! Tak tau la berapa lama dia boleh tahan. Harap-harap, esok lusa berhenti la tu..:)

Sepanjang hari nie, tak der masalah yang menggangu. Bunk bed aku dah siap. Pagi besok nak print then suruh VGM check. That's all for today...