Tuesday, February 28, 2006
Monday, February 27, 2006
Rahsia Membaca Surah Yassin
Seorang rakan telah menghantar email mengenai rahsia membaca Yassin. Di sini disenaraikan rahsia-rahsia tersebut.. wallahualam
BACALAH YASIN (Tapi wajib bertajwid dan mengikut adabnya) RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam> ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Sunday, February 26, 2006
Ahad.. Di Penghujung Februari 2006
Assalamualaikum...
Buat masa nie, aku percaya ramai orang sedang menatap TV3. Untuk melihat Anugerah Bintang Popular 2005. Aku sebenarnya kurang arif dalam bab-bab hiburan nie. Maklum lah, aku lebih banyak tengok skrin komputer dari skrin TV. Beberapa pemenang telahpun diketahui. Aku rasa, tak perlu la aku tulis kat sini. Para pembaca blog, sure lebih tau kat mana nak dapat info senarai pemenang kan???.. Mana lagi, di Berita Harian lah...
Hiburan bukanlah topik menarik bagiku. So, aku tak nak cerita panjang lebar pasal bab tu. Biarlah mereka yang arif dan yang mengikuti perkembangannya yang bercerita. Aku tumpang dengar aje. Aku nak cerita pasal sikap sambil lewa aku tentang masa (Sejak kebelakangan nie, aku terlalu bersikap sambil lewa).
Aku sebenarnya telah gagal mengisi borang untuk mengikuti Program Keusahawanan anjuran MARA yang mana tarikh akhir menghantar borang adalah 1 Mac 2006. Bukan sahaja gagal isi borang, gagal photostat sijil, gagal dapatkan pengesahan sijil dan gagal beli setem!!!.. Reason? Aku sangkakan 1 Mac lambat lagi sedangkan bulan ni hanya ada 28 hari sahaja....:(
Besok dah kerja balik. Rasa malas pulak dah nak bekerja:( Tak tau apesal sejak kebelakangan nie sikap malas ku makin menjadi-jadi...
Lelain, tak der la kot. Malas nak pikir...
Hopefully, Siti Nurhaliza menang la ye... Boring ngan mawi ler....
Chowzzz
Buat masa nie, aku percaya ramai orang sedang menatap TV3. Untuk melihat Anugerah Bintang Popular 2005. Aku sebenarnya kurang arif dalam bab-bab hiburan nie. Maklum lah, aku lebih banyak tengok skrin komputer dari skrin TV. Beberapa pemenang telahpun diketahui. Aku rasa, tak perlu la aku tulis kat sini. Para pembaca blog, sure lebih tau kat mana nak dapat info senarai pemenang kan???.. Mana lagi, di Berita Harian lah...
Hiburan bukanlah topik menarik bagiku. So, aku tak nak cerita panjang lebar pasal bab tu. Biarlah mereka yang arif dan yang mengikuti perkembangannya yang bercerita. Aku tumpang dengar aje. Aku nak cerita pasal sikap sambil lewa aku tentang masa (Sejak kebelakangan nie, aku terlalu bersikap sambil lewa).
Aku sebenarnya telah gagal mengisi borang untuk mengikuti Program Keusahawanan anjuran MARA yang mana tarikh akhir menghantar borang adalah 1 Mac 2006. Bukan sahaja gagal isi borang, gagal photostat sijil, gagal dapatkan pengesahan sijil dan gagal beli setem!!!.. Reason? Aku sangkakan 1 Mac lambat lagi sedangkan bulan ni hanya ada 28 hari sahaja....:(
Besok dah kerja balik. Rasa malas pulak dah nak bekerja:( Tak tau apesal sejak kebelakangan nie sikap malas ku makin menjadi-jadi...
Lelain, tak der la kot. Malas nak pikir...
Hopefully, Siti Nurhaliza menang la ye... Boring ngan mawi ler....
Chowzzz
Tuesday, February 21, 2006
Sunday, February 19, 2006
SOLAT AKHIR WAKTU
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ....
Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya
Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya Kisahnya?..
Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita. Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit di mana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga.
Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free" Sekatan tol tiada, tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk diinilaikan.
Tapi Jika sembahyang di akhir waktu tol free juga, tapi sekatannya MasyaAllah!! Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan. Tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka, jatuh berderai. Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita satu persatu dikutip. Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua.
Di langit kedua, samalah juga, bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi kawan kita. Tak dipedulinya. Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi jatuh berderai lagi. Dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan.
Di langit ketiga, kena basuh lagi malaikat posmen kita kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita, tak ade nilai. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka, tak sampailah amalan kita kepada Allah. Seolah-olah kita tak sembahyang juga. Maka, bersedialah kita menerima pembalasannya. Tak di dunia di akhirat pula. Hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa.
Ish!! Tak berbaloikan kita buat amal, tapi tak sampai. Dahlah tu, tak de nilai. Kena azab lagi nanti.
Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai ! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan. Biarlah kami gawat di dunia, agar kami tidak gawat lagi di hari akhirat kelak.
Amin.
Saturday, February 18, 2006
Februari 2006
Assalamualaikum...
2006 telahpun menjangkau bulan Februari. Terlalu cepat masa berlalu. Kadangkala, aku rasa seperti ditipu oleh masa. Benarlah, sesungguhnya, dunia ini penuh dengan tipu daya. Dan manusia tertipu dengan waktu. Aku semakin insaf. Tuhan, ampuni lah hambamu ini. Beberapa hari ni, keadaan kesihatan aku tidak berapa mengizinkan. Dengan batuk, demam dan selsema, sesungguhnya menyebabkan aku berada dalam keadaan serba tidak selesa.
Bulan Februari ini merupakan bulan yang agak sibuk bagi kami di IED. 6 set bed room perlu disiapkan untuk Malaysian International Furniture Fair yang bakal berlangsung pada bulan March. Di samping itu, salah satu buyer kami memerlukan design baru untuk set bed roomnya. Setelah dihitung, ada 19 produk yang perlu disiapkan minggu hadapan. Berkejaran aku dan senior untuk menyiapkannya. Nak harapkan junior nan sorang tu, jangan harap lah. Dari suruh dia, baik suruh lembu ke.. kuda ke buat keje. Buat sakit hati je. By the way, satu dari design aku, bunk bed dah dapat order. Alhamdulillah..... 1 lagi ilham aku akan berada di rumah mat-mat saleh kat US tu....:)
Bercakap pasal junior IED tu, aku makin hari makin panas dengan mangkuk hayun sorang tu. Langsung tak boleh pakai. Namun, jauh di sudut hati aku berkata, sesungguhnya kaum nan satu tu tak jauh bezanya dengan puak aku. Tak der ape yang perlu di respect dengan dia orang tu. Kalau kita kuat bekerja, kita lebih baik dari mereka. Dan aku percaya, jika puak kita mendapat peluang, pasti mereka akan tunduk depan kita. Aku bukan nak membangga diri. Tapi itu yang berlaku. Walaupun belum semua yang tunduk, setidak-tidaknya ada yang tunduk.............
Paling penting, puak kita perlu menggunakan segala peluang yang ada, tidak cepat mengalah dan tegas membuat keputusan.
Lain-lain hal.... dalam dompet aku ada hanya kira-kira RM5.00 sahaja. ehehehehe.. Adohaii... rasa malas nak singgah town untuk jolok kad kat tembok ATM tu. Lebih-lebih lagi dalam keadaan tak sihat. Then, balik pun lambat sebab aku stay back kejap kat office, di samping hujan gerimis di waktu aku pulang kerja. Nasib baik besok cuti. Kena jolok gak besok nie, kalau tak, kering minyak kereta aku... uhuhuhuhu...
Wassalam.....
Monday, February 13, 2006
Sunday, February 05, 2006
Berita Dari Kampungku : Kerajaan Negeri Salur 20 Juta Setahun Kepada SRA
JASIN, 4 Feb : Ibu bapa disaran supaya memainkan peranan penting dalam mendidik dan membentuk akhlak anak-anak mereka supaya menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak dan justeru itu mereka lebih mudah untuk menerima teguran daripada ibu bapa masing-masing.
Katanya, guru-guru juga tidak ketinggalan dalam membantu membentuk sahsiah pelajar supaya mereka juga akan menjadi insan yang berguna kelak.
"Ibu bapa dan guru-guru perlu sentiasa berganding bahu membentuk sahsiah pelajar dan diharap pendekatan yang diambil dapat diterima kerana tanpa kerelaan daripada pelajar terbabit maka mereka sukar untuk dibentuk," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam (JAIM) Sempang Kerayong, di sini petang tadi (semalam).
Tambahnya, sekolah merupakan tempat untuk pelajar menyemai perilaku yang mulia sebagai persiapan menempuh pelbagai cabaran dan onak duri di kemudian hari.
Mohd Ali berkata, kewujudan Sekolah Rendah Agama (SRA) terutamanya di negeri ini dilihat sebagai satu usaha menyemai perilaku pelajar berlandaskan ajaran Islam yang menjadi asas kepada kehidupan, selaras dengan usaha kerajaan untuk menerapkan Islam Hadhari dalam kehidupan.
"Kewujudan SRA adalah untuk membantu para pelajar mendalami pengajaran Islam dengan lebih jelas biarpun pembelajaran agama Islam turut diadakan di sekolah biasa dan ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri untuk mengembangkan Islam di negeri ini khususnya di kalangan pelajar sekolah," ujarnya.
Menurut beliau lagi, tugas guru turut akan turut bertambah untuk melahirkan generasi yang mempunyai pendidikan bukan sekadar di peringkat duniawi sahaja malahan menjagkaui ilmu akhirat.
Selain itu katanya, kerajaan negeri turut menyokong sepenuhnya usaha yang dimainkan oleh JAIM di mana kerajaan telah menyalurkan bantuan kepada SRA sebanyak RM20 juta setahun bagi perkembangan dan kemajuan SRA ini dan akan sentiasa menyalurkan bantuan dari semasa ke semasa sekiranya diperlukan.
Pada majlis ini juga, seramai 14 orang pelajar cemerlang bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim pada tahun lalu telah menerima cenderahati yang telah disampaikan oleh Mohd Ali.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan negeri, Datuk Ramlah Abas, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Wira Ahmad Hamzah, Ahli Parlimen Jasin, Mohd Said Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Merlimau, Mohamad Hidhir Abu Hassan, ADUN kawasan Sungai Rambai, Datuk Abu Pit, Pengarah JAIM, Md. Yasir Mastakim dan Penasihat LEKAS SRA JAIM Simpang Kerayong, Hasnor Abdul Wahab.
New Link
Ada link baru yang aku add kat dalam webblog nie..
Di bawah entertaiment....
Semoga terhibur!!!
Di bawah entertaiment....
Semoga terhibur!!!