Wednesday, August 30, 2006

Menanti Detiknya

Sebentar lagi, Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke49. Kemajuan yang dicapai amatlah membanggakan. Namun, masih tertanya dihati, sejauh manakah kemampuan, keupayaan dan kejayaan umat Melayu di buminya sendiri.
Umat Melayu hanya menang sorak, aku bimbang, di kemudian hari, kampungnya tergadai.
Renung-renungkan dan selamat beramal

Tuesday, August 29, 2006



Semoga Berbahagia...

Thursday, August 24, 2006

Audit 5S

Bismillahirrahmanirrahim
Hari ni, giliran department aku kena audit 5S. Beberapa kelemahan wujud. huhuhu.. Paling kaw2 kena, habuk.. terselit kat tingkap & meja server. Lupa nak lap kat situ. Terus kena potong markah. Drawer senior pun kena tolak markah sebab dalamnya berterabur (lu, sound orang supaya clear dalam drawer, tapi lu sendiri kena potong markah.. kecoh lebih!.. ) Drawer aku gak best.. Lelain OK. Sticker gempak (penggunaan perkataan yang tepat), isi fail sama dengan label, cari dokumen dalam tempoh tak sampai 30 saat (20 saat aje), susunan majalah buku2 paling canggih... kekeke... best..best..bestt... tengok la sapa buat kan... wa tak kecoh2 beb..... hehe.. Bos cakap ada harapan menang ni..
Actually, apa itu 5S?
  1. Seiri - Structurise
  2. Seiton - Systemise
  3. Seiso - Sanitize
  4. Seiketsu - Standardise
  5. Shitsuke - Self Discipline

Lelain, pagi tadi junior kena tahan dengan Ms VGM, lambat datang kerja, time orang ada assembly lak tu... Tapi budak ni kerek semacam je. Menyampah pun ada. Sibuk la kata kau belajar tinggi2. Tak nak tolong budak worker buat packing, berdiri je macam mandur. Kau ingat, kau belajar kat Poly tu, dah kira bagus sangat ke?? Tu tak canggih beb, tu cabuk je....

Aduhai.. macam-macam hal laaa..........

Monday, August 21, 2006

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Datin Siti Nurhaliza Taruddin & Datuk Khalid Mohd Jiwa. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

Friday, August 18, 2006

Lawatan TYT Tun Khalil Yaakub


Bismillah...
Hari ni, Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakub solat kat masjid kampung Tanjung Minyak. Seingat aku, dah 3 kali dah Tun datang ke masjid tu. Dari masjid lama, hingga la masjid baru. Dan sekarang masjid Tanjung Minyak dikenali sebagai masjid Tun Khalil Yaakub.
Aku tengok Tun nie suka sangat pakai kaler terang2..:) What everlah. By the way, sebagai rakyat aku menyanjung tinggi kepimpinan beliau....

Thursday, August 17, 2006

Kerja Half-Day

Assalamualaikum
Hari ni, secara rasminya aku mendaftar syarikat aku menyertai The 3rd Malay and Islamic World Trade Exposition (MAITREX). Expo ni akan berlangsung dari 10-12hb September 2006 di MITC. Ini lah pertama kali aku menyertai expo untuk Kesidang Teguh Enterprise. Sebelum ni aku terlepas beberapa expo seperti karnival Jasin & karnival konvokasyen KUTKM. Sekali dapat, level international punya, alhamdulillah.
Matlamat aku menyertai ekspo ini adalah melebarkan jaringan dan rangkaian perniagaan. Off couse la, mendapatkan keuntungan dari segi jualan juga. Tapi, expo ni memberi peluang untuk aku bertemu dengan usahawan Melayu/Islam dari pelbagai negara... hmm.. mudah2an aku memperoleh apa yang aku nak.. amin
Lepas lunch aku ke pejabat Mara negeri sebab submit borang latihan keusahawanan. lepas tu, pergi Maybank dan Bank Rakyat. Menabung.. hahahaha...
Lepas selesai segala urusan, aku balik rehat kat rumah. Kerja kat office banyak lagi aku tak siapkan.. huhuhuhuhu..

Thursday, August 10, 2006

Hari-Hari Yang Menekan

Dengan nama 4JJ1 yang maha pemurah, lagi maha mengasihani

Hari ini, aku mengalami tekanan yang sangat hebat. 81103 aku mengalami masalah. Saiz lubang yang sepatutnya 10mm aku buat 8mm. Setelah campur tangan VGM aku, semuanya settle. Tapi aku jadi tak best sepanjang hari. Item terpaksa masuk line production balik, korek lubang lagi. Namun, VGM aku letakkan kesalahan kat production. Tak try dulu sebelum packing. Dah nak packing baru test pasang. uhuhuhuhu... sedih betul.
So, hari ni, rasa sejuk sangat (ikut konsep hot FM, kalau best, hangat, kalau tak best suam2 kuku, aku tak best sungguh, kira tahap beku la kott...)
Next? Semalam dapat surat dari Bank Islam. Alhamdulillah, dapat gak statement untuk akaun bank Kesidang Teguh. Pas tu surat dari PUNB, dah panggil untuk kursus Prosper Sizwazah. Satu lagi surat dari Maybank, kekekeke... card credit lambat bayar, tu warning letter la tu..:)
OK..that's all for today...

Saturday, August 05, 2006

10 Syarat Jadi Imam

sumber : Bicara Agama, Utusan Malaysia

1) Islam
Tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2) Berakal
Tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh
Tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud, “Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh.”
Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna.
Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)


4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.
Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.


5) Bersih daripada hadas dan kekotoran.
Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.


6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.
Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.


7) Keadaan yang bukan makmum.
Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:
i- Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.
ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.
iii- Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.
Kesimpulannya : al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.


8) Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada keuzuran.
Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.
Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.
Begitu juga pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.


9) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.
Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

10) Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.

Sekiranya seseorang yang bermazhab Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka solat makmum itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu tadi.

Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam yang bermazhab Syafie adalah makruh.

Thursday, August 03, 2006

Kabinet Mahu Blog Internet Dipantau

PUTRAJAYA: Semua blog dalam internet akan diawasi dengan lebih rapi, manakala pemiliknya dikenakan tindakan jika menyiarkan bahan berunsur hasutan, fitnah atau bercanggah dengan undang-undang.
Mesyuarat Kabinet semalam memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk mengawasi semua blog dalam internet serta mengambil tindakan sewajarnya.
Menterinya, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata walaupun kerajaan tidak akan menyekat atau menapis kandungan internet seperti dijanjikan ketika penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC), pemilik blog atau penulisnya yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan.
"Mana-mana penulis blog sama ada bergelar Datuk atau tiada Datuk, akan diheret ke mahkamah jika melanggar undang-undang. Kita boleh ambil tindakan mengikut undang-undang jenayah, Akta Hasutan atau apa saja,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini.
Kelmarin, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan tidak boleh membiarkan internet menjadi alat menyebarkan perkara tidak betul kerana ia akan mencetuskan kekacauan sehingga memberi kesan terhadap ekonomi dan pembangunan negara.
Berikutan itu, Perdana Menteri mahu pihak yang menyebarkan fitnah serta membuat hasutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau internet ditahan serta disoal siasat.
Abdullah menegaskan tidak ada negara yang membenarkan sesuatu kebebasan diberikan secara mutlak sehingga membolehkan mana-mana pihak mengatakan apa saja yang disukai. Isnin lalu, Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kewujudan media internet termasuk blog yang semakin berleluasa dan ditulis secara liar.
Mengulas lanjut, Dr Lim mengakui memang sukar untuk mengambil tindakan terhadap penulis blog dari luar negara, tetapi tindakan boleh dikenakan ke atas penulis blog tempatan.
Lim berkata, pada mesyuarat Kabinet semalam Perdana Menteri juga bersetuju supaya tiada penapisan terhadap kandungan internet, tetapi percaya ada jalan lain untuk bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
“Anda perlu pertahan undang-undang. Kandungan (blog), jika berunsur hasutan, maka mereka boleh didakwa
"Kita akan mengawasi semua blog dengan rapi," katanya.
Beliau berkata, pihak yang menyebarkan khabar angin atau berbentuk hasutan melalui SMS pula akan dikenakan tindakan sebaik usaha mendaftarkan semua kad prabayar siap akhir tahun ini.
Nota Tapak Kakiku
Wah, sesapa yang yang tulis yang bukan2 kat internet ni, dah boleh didakwa. Hmm.. ada harapan juga la, sesiapa yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul juga akan diheret sama. Ye lah, bukankah DBP mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kepada pihak yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul? Lepas nie, nampaknya blog2 dari Malaysia akan jadi lebih skima.
Tapi elok juga, pihak berkuasa ambil tindakan terhadap blog2 yang tak baik tu. Blog ni kan boleh dibaca oleh manusia di seluruh dunia, so bila dah tulis yang bukan2, for sure la org luar akan mengganggap perkara tu betul. Hmm.. aku sokong tu..:) Tapi jangan la terlalu tegas terhadap blog2 yang agak keras pandangannya. Bagi aku, pandangan keras itu (bukan hasutan/fitnah - perlu bukti kukuh) sangat baik khususnya kepada pihak2 terbabit. Satu lagi, blog2 yang ada plagiat tu, akan kena tindakan juga ke? hehehehe.... aku biasa copy & paste je.. kira plagiat la tu kan? hehehe.. ampun kan saya Pak Lah:)
Next?
Tak der dah... aku nak buat kerja la. Banyak benda nak kena buat nie.. bisnes, bisnes..bisnes:)

Tuesday, August 01, 2006

Pelawat Yang Pertama


Bismillah...

Hari ni aku rasa bangga dengan diri sendiri. Ye lah.. dalam berbilion umat kat atas muka bumi nie, aku jadi orang pertama yang lawat laman web ni.

Aku dah cuba nak masuk laman web ni, tapi asyik error je. Tapi hari ni, lepas jumpa pegawai perhubungan antarabangsanya, akhirnya dapat gak masuk. No 1 lak tu..hehehe.. kagum betul la aku dengan tindakan diri sendiri.

Hm... aku jumpa pegawai perhubungan antarabangsanya adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang suatu expo yang akan di adakan di MITC. Insyaallah, kali ni pasti berjaya setelah beberapa expo melepas. Insyaallah, dengan perkenalan ini, sales aku akan meningkat lagi. Seronoknya bisness!!! Kalau tau cam ni, keluar2 perut lagi aku dah nak jadi usahawan dah..:)