Thursday, January 29, 2009

Mengapa Kamu Bertudung Hari Ini?

Seperti yang terlapor dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini


SAYA bekerja di salah sebuah hotel bertaraf lima bintang di Pulau Langkawi yang pengurusannya beribu pejabat di luar negara.

Namun, sekarang saya sudah berhenti kerja disebabkan masalah isu pemakaian tudung.

Sebelum berhenti kerja, saya telah dipanggil ke pejabat Pengarah Sumber Manusia lalu diberi amaran dengan pertanyaan ''mengapa kamu memakai tudung hari ini (5 Januari 2009)?''

Saya sempat merakamkan perbualan yang melibatkan Pengarah Sumber Manusia (beragama Islam), Pengawal Kewangan (bukan beragama Islam) dan diri saya sendiri.

Saya berasa kecewa kerana Puan Pengarah itu adalah seorang Muslim dan sepatutnya beliau harus membela tuntutan agama.

Beliau memarahi saya kerana tidak berbincang terlebih dahulu untuk memakai tudung.

Namun, saya berkata, saya telah menghantar emel kepada Puan Pengarah Sumber Manusia (pada 26 Disember 2008) untuk meminta kebenaran memakai tudung, tetapi emel saya tidak dibalas.

Persoalannya, adakah kita perlu berbincang dan meminta kebenaran terlebih dahulu untuk memakai tudung, sedangkan kita hendak melakukan apa yang dituntut oleh agama?

Adakah kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam patut mengetepikan agama kita untuk kepentingan organisasi global itu.

Perasaan saya tertekan dan bingung memikirkan kenapa saya yang bekerja sebagai Engineering Secretary, yang tidak langsung mempunyai interaksi dengan tetamu hotel tidak dibenarkan memakai tudung.

Pada pendapat saya, sebagai seorang wanita Muslim di Malaysia sepatutnya isu tudung ini tidak lagi menjadi satu isu.

Yang menghairankan saya, ada juga kakitangan lain yang memakai tudung, tapi kenapa saya yang kena? Alasan yang diberi ialah mereka merupakan kakitangan yang sudah lama bekerja di situ.

Sebagai seorang wanita Muslim, saya terasa begitu terhina dan malu apabila disoal oleh seorang wanita rakyat Malaysia yang beragama Islam "mengapa kamu memakai tudung hari ini?"

WANITA LAGENDA

Langkawi


........................................

Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya. Dalam pada masa yang sama ianya tidak melarang agama-agama lain diamalkan secara bebas.
Tapi kenapa hak umat Islam diperlekeh?

Dalam kes Wanita Lagenda, aku percaya, asasnya adalah sumber ekonomi. Betapa ekonomi negara ini telah dipegang oleh puak yang satu ni. Jadi mereka mempunyai hak untuk membuat peraturan walaupun kadangkala peraturan itu menyinggung puak lain. Depa peduli apa?
Dan mereka beranggapan, jika Wanita Lagenda tidaka mahu 'menanggalkan tudungnya', mereka boleh cari pengganti yang lain. Apa ada hal. Hari ini, semua orang mau kerja maaa...

Sungguh malang Melayu dan agama meraka. Dek kerana kelemahan sendiri, puak lain ambil kesempatan.

*Sesungguhnya agama lain akan terus menerus memusuhi agama suci ini*

Hari ini, mana lebih penting, agamakah? atau perut?

Kini

Bismillah



Teringat zaman muda-muda dulu. Kira dia orang ni dulu pujaan hati la. Ramai di kalangan kami yang tergila-gilakan dia orang ni (dulu lah. sekarang apa ke jadahnya). Tapi nama dah lupa dah. Maklum la, RAM dah kaput.

Layannnn

Monday, January 26, 2009

Selamat Tahun Baru Cina

SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG MENYAMBUTNYA.

SEMOGA TAHUN SELADANG LEBIH MAMBAWA KEMAKMURAN KEPADA KALIAN.

Sunday, January 18, 2009

Sebelum Tidur - Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)

Bismillah...

Rasullullah berpesan kepada Aisyah ra:

"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara, iaitu:-

  1. Sebelum khatam Al Quran
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir
  3. Sebelum para mukmin meredhai kamu
  4. Sebelum engkau laksanakan haji dan umrah
Bertanya Aisyah, "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasulullah tersenyum dan bersabda'

"Jika engkau tidur, bacalah surah Al- Ikhlas tiga kali, seakan-akan engkau khatam Al-Quran."

Bismillahirahmannirahim

Qulhuallahuahad
Allahusamad
Lam yalid walam ulad

(3 x)

"Bacalah selawat ke atasku dan nabi-nabi sebelumku, maka kami akan memberi syafaat di hari kiamat."

Bismillahirahmannirahim

Allahumasolliala syaidina Muhammad wa ala ali syaidina Muhammad

(3 x)

"Beristigfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meredhai kamu."

Astagfirullahal adzim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyuum wa atubu ilaih

(3 x)

"Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, maka seakan-akan kamu
telah mengerjakan haji dan umrah."

Bismillahirahmannirahim

Subhanallahi Walhamdulillahi walaa ilaha illallahu allahu akbar

(3 x)

Tuesday, January 13, 2009

Kemerdekaan

Bismillah...

Mulai tengahari esok sehingga 2 Februari, department aku akan mendapat kemerdekaan. Ini kerana bos sengal kami akan berangkat ke Germany untuk pameran di sana. Lebih 2 minggu tu!
Kalau bos sengal korang tak ada, apakah aktiviti yang akan dirancang?

Kalau aku la, ada la beberapa aktiviti yang berlegar dalam kepala aku ni.

- Borak dgn amoi pakai skype
- Kutuk bos kami habis-habisan
- Rampasan kuasa
- Pesta seks...

Thursday, January 08, 2009

Boikot

Bismillah...

Apa sumbangan kita demi membantu saudara seagama kita di sana?

Kecam?
Kutuk?
Tunjuk perasaan?
Boikot barangan barat/Israel?

Lagi?

Mereka boleh buat lebih dari itu, walaupun umat mereka tak ramai. Sebab, mereka mempunyai rangkaian yang saling lengkap melengkapi.

Umat kita, punya la ramai, Minyak ada, ilmu ada, tapi tak bersatu. Semua ikut telunjuk kuasa asing. Merdeka hanya pada nama. Dalam minda, semuanya terjajah..