Wednesday, February 25, 2009

Ulangtahun Pertama

Bismillah

25.02.2008

Aku melapor diri sebagai Pereka Perabot di sini.

25.02.2009

Genap setahun aku bekerja di sini. Macam-macam pengalaman yang aku perolehi. Kebanyakannya aku dah lalui masa aku mula-mula menceburkan diri dalam bidang perabot ni pada tahun 2006.

Dengan pengalaman tu, aku berkongsi dengan semua orang di sini.

Nak mereka cipta, bukan susah. Nak memenuhi citarasa semua orang, itu yang susah. Cabaran yang paling sukar yang aku hadapi di sini ialah memenuhi citarasa CEO kami. Dia seorang yang sangat 'bercitarasa tinggi' (kononnya), tapi dalam pada masa yang sama, dia mahu produk kami berharga murah.

HOD aku?

HOD aku ni sengal sangat. Dia seorang yang sangat kelam kabut. Dengan sikap dia yang macam tu, menyusahkan kami semua. Design dia bukan la bagus sangat, tapi selalu berlagak mengatakan dia punya design tu menepati citarasa pengguna. Kami para designer ni dengar je la. Belakang, kutuk dia cukup-cukup. Pada kami, design dia tu layak masuk longkang je. hehe

Kadang-kadang kerja yang dia buat tak betul, jadi aku dan seorang lagi senior designer akan bantai dia cukup-cukup. Bukannya apa, sebelum production belasah kami, lebih baik kami belasah HOD kami dulu.. hehe

Walau apa pun, aku suka juga kerja di sini. Bukannya apa, sebab bos aku tu tak berapa nak cerdik. So aku boleh belasah dia selalu..

ahaks

Dikesempatan ini aku ingin mengundang kalian semua ke Malaysian International Furniture Fair 2009 (MIFF'09) yang akan berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur dari 3-7 Mac ini.

Datang la beramai-ramai ye.. :)

Sunday, February 22, 2009

Telanjang

Bismillah

Sebenarnya aku nak tulis pasal isu telanjang ni. Tapi..

type..
delete..
type..
delete..

blur...

mungkin sebab banyak sangat tengok gambar telanjang kot...

Wednesday, February 18, 2009

Upin dan Ipin

Bismillah..

Jom layan Upin dan Ipin




Saturday, February 14, 2009

Rebat Tunai

Bismillah...

Hari ni, aku gi ambil rebat tunai aku. ehehe.. Alhamdulillah..


Dengan wang sebanyak ni, nak buat apa ek?

hmmmmm...

SIMPAN UNTUK HARI TUA LAH!

Wednesday, February 11, 2009

Sekadar Hiburan

Bismillah

Hanya sekadar hiburan. Orang kitakan sukakan hiburan, sampai lupa tanggungjawab mereka. Maka berhibur lah...

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kenapa Nuar lompat lambat,
Senjata dah makan diri

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Bila tewas bisng kiamat
Lupa dia yang memulai

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Nak jadi parti dihormat,
Tadbir tiada otak, tembak kaki

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
999 tanah lama sangat
Macam hidung ditarik babi

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Poket Nger dan Nga sendat,
Nizar boneka nangis sendiri.

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Bila ditegur angkuh sangat
Nizar tak ambik peduli

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Nizar kena terima hakikat,
Bila tak ada majoriti

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Apalah PAS bising sangat
Di Perak cuma 7 kerusi

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
ADUN memang pilihan rakyat
Jawatan MB Sultan beri

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Sultan Azlan amat cekap
Helah Nizar tak sidang lagi

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kenan Sultan tak dapat,
Lupa kata serah pada duli

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Jangan derhaka tak bertempat
Akhirnya akan makan diri

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Jangan mintak Pilihanraya Cepat,
PR derhaka, rakyat tak bagi

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Parti Islam jangan sesat
Tak baik fitnah, benci, maki

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Sabar dan ajak taubat
Kalau bijak, berpeluang lagi

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kalau nak kuasa sangat ,
Islam Melayu jangan diketepi

Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kalau nak selamat,
Jangan dibohong Anwar lagi.

Lagu ini ditulis oleh si bangau di dalam komennya di http://www.masterdedah.blogspot.com/

Sunday, February 08, 2009

Seluar Dalam

Bismillah

Hanya catatan ringkas...

Tadi aku pergi shopping center. Aku cadang nak shopping sikit. Antara barang yang aku nak beli adalah seluar dalam.

Masa aku belek-belek, adalah seorang sales person tu dok mengikut aku je...

isk!! aku nak pilih suar dalam pun tak senang.

Sudahnya... aku tak beli pun seluar dalam tu.

Saturday, February 07, 2009

Perak

Bismillah
Ada orang tanya aku, tak nak komen pasal Perak ke?

TERSERAH kepada Tuanku... Yakin Sultan Perak akan buat keputusan adil.’’

Tapi, bila keputusan sultan tidak berpihak kepadanya, dia mula derhaka dan tidak mahu melepaskan jawatan yang disandangnya selama 11 bulan itu.

Alasan apa?

Kerana kononnnya perintah sultan itu tidak mengikut lunas undang-undang.
Bukankah hak multak sultan untuk melantik dan memecat Menteri Besar? Ada dalam sejarah di mana sultan melantik Menteri Besar yang partinya tidak memperolehi majoriti?
Bukankah sultan melayu itu bijaksana orangnya? Hormatilah keputusan baginda. Kalau orang lain tak hormat sultan melayu, aku faham sebab mereka memang biadap. Tapi bila bangsa sendiri yang menghina sultannya, sedih aku.

Kalau puak sana memerintah, ada harapan Malaysia ni jadi republik. Heronya jadi presiden la. Sama macam Amerika - mana ada raja. Presiden la paling power.

Melayu kat Malaysia ni dah tak ada apa-apa dah. Ibarat melukut di tepi gantang saja lagaknya. Tapi masih tak sedar diri.

Sibuk merempit tak tentu hala
Sibuk berdemonstrasi membabi buta
Sibuk bermaksiat tak kira tempat dan masa

Apa yang tinggal pada melayu? Orang lain tengok perangai Melayu ni macam tengok cerita komedi.

Melayu naik mahkamah - mereka ketawa
Melayu mati merempit - mereka ketawa

Melayu bergaduh sesama sendiri - mereka ketawa

Melayu merempat - mereka ketawa

Melayu tuntut hak sendiri - mereka ketawa


Di hati kecil mereka hanya berkata -Perangai macam orang utan, ada hati nak jadi 'tuan' aku? hahahahaha

.................................................

BN adalah lanun yang merampas kerajaan Perak dari PR

Dulu mereka kata ada 30 ahli parlimen BN yang akan masuk kandang PR. Dan ketika itu mereka kata, mereka akan membentuk kerajaan persekutuan (tanpa membuat pilihanraya?).

Tapi baru-baru ini, 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri (sahaja?) keluar kandang, tapi tak masuk pun kandang BN, hanya duduk tepi kandang BN sahaja. Mereka dah menggelupur macam ayam kena sembelih.
Macam negara ni dah tak ada demokrasi (?? - ADUN BN masuk PR - demokrasi, kan?). Semua orang salah..


BN salah
Sultan salah
SPR salah

Siapa yang betul?
Mereka dan konco-konco mereka sahaja yang betul

yang adil
yang demokratik
yang islamik
yang akan masuk syurga

Pencacai-pencacai mereka buat apa?
Pencacai-pencacai inilah yang berarak usung sepanduk

Dengan kain pelikatnya
Dengan ketayapnya

- Kau orang ni tak pergi kerja ke? Besok lusa kau kena buang kerja, anak bini kau makan apa?

Andaikata benarlah ada 30 ahli parlimen yang akan masuk PR, apakah kalian akan terus usung pemimpin kalian ke Istana Negara untuk angkat sumpah sebagai Perdana Menteri?

Sudah pasti YA - sebab itu lah cita-cita kalian.

Tapi..

Itu tindakan tak demokratik
Itu tindakan lanun
Itu tindakan tidak mengikut undang-undang

kami boleh saman Agong kalau hal ini terjadi. Kami juga akan saman 'kerajaan lanun' kalian tu.

Tapi, orang-orang kami masih berakal. Kami tak akan

melalak tak tentu pasal
berdemonstrasi tepi jalan
pakat hentak kereta orang sesuka hati

Dan kami juga percaya yang pemimpin kami tak akan berebut untuk datang lebih awal ke pejabat - semata-mata nak duduk atas kerusi empuk tu..

Ini tindakan budak hingusan..


berebut nak duduk tepi tingkap masa dalam bas
berebut nak duduk 'tempat best' dalam kelas

........................................................

Kepada PR, apa adahal. Kalian ada 30 orang dalam tangan, BN baru dapat 3 - Itu pun ADUN, bukan Parlimen. Jadi, buktikan! Sebelum satu lagi negeri pakatan, barisan rampas. Kena cepat beb... dalam politik, kalau asyik main bontot je.. kau orang nanti kena membontot!

Mari lihat, siapa yang lebih cerdik main politik.

Kepada barisan, kau orang pulak jangan nak bercanda sangat. Takat 3 orang baru duduk tepi kandang. Kalau mereka boleh lompat kandang kau orang, mereka juga boleh lompat pergi kandang sebelah...

Ingat!!
Mereka ada '30 orang ahli parlimen BN' yang dah bersetuju nak lompat parti tau!

Kepada bekas Menteri Besar
Selamat bersara. Cukup-cukup la tu. Kau pun bukan licik sangat pun. Jadi balaci boleh la. Hari ni cakap lain, besok cakap lain. Belajar berpolitik dulu. Dalam politik, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Kepada Menteri Besar yang baru
Tahniah, dan selamat bertugas. Dalam ramai-ramai Menteri Besar, kau adalah orang yang paling banyak bebanan. Imej Perak dan sultan tercalar teruk. Lebih baik kau pulihkan mereka. Tapi sebelum tu, kena la pastikan yang EXCO-EXCO kau nanti bersih sebersih-bersihnya.

PR 11 bulan, kau orang pulak sampai bila? Itu yang sedang kami perhatikan....

Friday, February 06, 2009

SUKMA

Bismillah

Aku baru tahu yang Sukan Malaysia (SUKMA) akan diadakan dibumi Hang Tuah ni. Itupun selepas aku layar-layar di ruang siber. Terbaca berita tentangnya. Dah ada website pun.

Maka kepada peminat SUKMA, ehehe.. silalah layari website ini jika ada kelapangan.

Monday, February 02, 2009

Bayangkan Kuala Lumpur Tanpa Sistem Rel

Artikel dari Utusan Malaysia, 2.2.2009

IBU negara masih bercuti hari ini setelah semalam warga Kuala Lumpur (KL) serta Putrajaya dan Labuan menyambut Hari Wilayah Persekutuan. Suasana di ibu kota tidaklah 'kelam kabut' atau 'kalut' seperti yang melanda politik Perak Darul Ridzuan. Mengambil sempena kedamaian sambutan Hari Wilayah Persekutuan semalam diharapkan juga kekalutan politik di Perak tidak akan menjejaskan sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang bermula esok. Di Kuala Lumpur, bermula Sabtu lalu menjelang Tahun Baru Cina sehinggalah semalam, warga kota boleh menarik nafas lega apabila jalan raya tidaklah seteruk pada hari-hari biasa. Laluan lebih mudah apabila warga kota bercuti panjang sehingga hari ini. Apatah lagi cuti perayaan Tahun Baru Cina jatuh ketika gaji mula masuk dan mereka mengambil kesempatan pulang ke kampung dengan menambah cuti tahun sebanyak tiga hari - Rabu, Khamis dan Jumaat - mungkin hari ini mereka baru kembali ke ibu negara untuk mula bekerja esok.

Mulai esok dan hari-hari seterusnya, KL akan kembali seperti biasa - sesak di sana sini - dan mungkin menjelang Jumaat depan, akan reda sekali lagi kerana warga kota dan di Lembah Klang bakal bercuti tiga hari kerana sambutan Thaipusam jatuh pada hari Ahad.

Kesesakan di KL bukanlah perkara baru dan Kementerian Wilayah Persekutuan tidak pernah berhenti untuk merancang pelbagai laluan bagi mengurangkan kesesakan. Maka tidak hairanlah, beberapa kawasan jalan raya yang sesak di ibu negara sedang diperbesar dan diubahsuai. Dan pada masa yang sama menimbulkan sedikit masalah kepada kelancaran kenderaan.

Bayangkan suasana di KL pada hari ini jika pusat pentadbirannya tidak dipindahkan ke Putrajaya. Bayangkan juga jika tidak ada sistem pengangkutan rel - komuter, transit aliran ringan (LRT) dan monorel.

Sukar untuk membayangkan KL tanpa sistem pengangkutan rel ini. Bayangkan mereka yang menggunakan LRT, komuter, monorel terpaksa memandu kereta sendiri memasuki ibu negara, menaiki bas atau teksi yang memenuhi setiap ruang di jalan raya. Jumlah kenderaan pula tidak mampu disekat untuk bebas bergerak di ibu negara.

Justeru sistem pengangkutan awam masih banyak yang perlu diperbaiki. Seperti yang diselak pada minggu lepas mengenai sistem pengangkutan komuter, Kementerian Pengangkutan atau pihak yang bertanggungjawab dengan sistem ini perlu melakukan sesuatu bagi memenuhi permintaan penumpang yang terus meningkat. Atau mungkin diserahkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memastikan KL benar-benar bebas daripada kesesakan dan muncul sebagai bandar raya moden.

Kita mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi semalam, bahawa kerajaan komited untuk memperbaiki dan membangunkan lagi sistem pengangkutan awam di KL walaupun rancangan awal RM4 bilion yang diumumkan untuk tujuan itu tidak menjadi kenyataan.

Dalam hubungan ini sokongan kementerian dan agensi tertentu amat diperlukan supaya seperti harapan Pak Lah, perkhidmatan yang diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan khususnya KL adalah perkhidmatan yang baik, cekap dan mesra.

Memang sistem pengangkutan awam di KL khususnya yang melibatkan bas henti-henti sudah banyak berubah. Tidak ada lagi bas Tong Fong, Foh Hup, Sri Jaya, Len Seng dan bas mini.

Sempena Hari Wilayah ini juga, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga perlu melihat semula laluan khas bagi pengangkutan awam - bas dan teksi - di laluan tertentu yang dulu digunakan seketika tetapi pada hari ini di sesetengah laluan boleh dikatakan ikut selera pemandu - siapa saja boleh memasuki laluan itu! DBKL, buatlah apa yang patut.

Kesesakan di KL tidak akan selesai sekiranya pengangkutan awam tidak cekap. Semua situasi yang berkait rapat dengan kelemahan sistem pengangkutan awam yang ada pada hari ini hanya menakutkan pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam. Bagi mereka, sistem yang ada tidak boleh dipercayai. Seperti yang dikatakan minggu lalu sistem komuter misalnya sering dihantui gangguan yang menakutkan - pengumuman tren mengalami kelewatan, tren dibatalkan, tren tertahan, tren terlalu padat dan macam-macam lagi yang merimaskan para pengguna.

Jangan lupa pula Putrajaya. Sesuatu perlu dilakukan segera sebelum keadaan menjadi teruk. Pusat pentadbiran kerajaan itu yang dibangunkan dengan tujuan mengehadkan kemasukan kenderaan perlu diberi perhatian serius. Mungkin keadaan hari ini belum serius tetapi pada masa depan bagaimana? Adakah Putrajaya juga akan mengalami kesesakan seperti KL tanpa sistem rel yang boleh dipercayai?

Semua ini harus dirancang dan dicari jalan penyelesaiannya mulai sekarang. Tidak perlu menunggu kesesakan menjadi bertambah parah. Perancangan yang dibuat sudah ada tetapi bagaimana pelaksanaannya? Apa pun tahniah kepada empat rakan pemimpin media yang menerima anugerah Datuk dan Datuk Seri hari ini sempena Hari Wilayah Persekutuan.

.......................

Kisah aku dan pengangkutan di Kuala Lumpur

Aku mula merantu ke KL sejak tahun 1995. Masa tu duduk di Ulu Klang. Masa tu kat Ulu Klang tu, MRR2 dalam pembinaan lagi. Seingat aku tahun tu belum ada Intrakota, tapi jalan-jalan di KL tu dipenuhi oleh bas-bas mini pink/putih. Apesal pilih pink pun aku tak tau.

Selama 10 tahun menetap di Kay El, pelbagai pengalaman aku tempuhi. Pernah dari Puduraya ke Wangsa Melawati naik teksi, kena caj RM30.00. Masa tu, masih baru, tak tau bas apa nak naik.

Masa duduk di Wangsa Melawati, aku selalu menggunakan perkhidmatan bas mini nombor 20. Masa tu stesennya di Taman Permata Kepada yang tak tau, Wangsa Melawati tu sebelah Taman Permata je. Kadang-kadang boring tak der buat apa-apa, aku naik la bas tu dari Taman Permata sampai Pasar Seni. Sampai Pasar Seni aku tak turun, aku balik semula ke Taman Permata dengan bas yang sama. Masa tu, perjalan pun lama gak. Maklum la, jalan jem satu hal, bas pulak kejap-kejap berhenti (turun/naikkan penumpang).

Masa duduk di Sentul dan bekerja di Taman Permata, aku naik bas hijau dari Taman Melati. Dari Sentul ke Taman Melati aku naik bas mini no 15 kot.

Tunggu bas depan Bangkok Bank (ada lagi ke?). Sambil hisap rokok, aku tengok gelagat konduktor bas mini tu..

Chow Kit! Pertama! Sogo!

Chow Kit Pertama! Sogo!

Masuk dalam lagi.. masuk dalam lagiii!!

Antara dialog2 konduktor bas mini ketika itu :)

Lepas tu, khidmat bas mini diambil alih oleh bas Intrakota. Masa zaman bas Intrakota ni, aku jarang naik sebab dah biasa join kawan-kawan. Gi mana-mana pun naik motor ataupun kereta dengan dia orang je.

Akhirnya sistem rel. Zaman-zaman ni, aku dah pakai kereta sendiri. Tapi aku suka naik LRT. Selalu naik Putra LRT dari Taman Melati sampai Masjid Jamek. Transit naik STAR LRT lak. Kadang-kadang naik Komuter ke Shah Alam...

Kenapa aku suka naik LRT? Sebab paling utama adalah, kerusinya dibahagian tepi, apabila aku berdiri, aku akan berdiri depan aweks2, amoi2 pakai baju dedah dada lak tu.....

Tapi kalau aku duduk, bayangkan yang berdiri depan aku tu, aweks2, amoi2 pakai skirt pendek, baju lak nampak pusat

waahhh.. terasa sungguh lajunya LRT tu bergerak, sedar-sedar je dah sampai ke destinasi...

ceh!!


SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN