Thursday, April 30, 2009

Hari Pekerja

SELAMAT HARI PEKERJA
SEMOGA PEKERJAAN ANDA DIBERKATI

Wednesday, April 29, 2009

SMS

Bismillah..

Baru sekejap tadi boss sengal SMS. Dia nak tumpang kereta aku pagi besok.

Ceh!! Dah balik dah si singal nih.

Habis laaa...

Tak der can lagi nak honey moon.

(Terus tak der mood nak up date blog.. cehh!!)

Sunday, April 26, 2009

Busy

Bismillah

Thursday, April 23, 2009

MECD & Ekuiti Bumiputera - Kenapa Melayu Gelabah?

Bismillah...

Sejak kebelakangan ini, ada sedikit kegusaran di kalangan umat Melayu apabila kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib mengumumkan pemansuhan MECD. Suatu kementerian yang banyak berjasa kepada umat Melayu. Di bawahnya ada institusi pendidikan, tabung ekonomi dan pelbagai lagi. Pemansuhan kementerian tersebut dikatakan akan menjejaskan 'kehidupan' umat Melayu di buminya sendiri.

Tidak lama selepas itu, Datuk Seri Najib mengumumkan pengliberalisasian 27 sub sektor perkhidmatan yang merangkumi bidang pengangkutan, perniagaan, kesihatan dan sosial, pelancongan, pengkomputeran dan yang berkaitan. Yang 'janggalnya', pengliberalisasian ini tidak terikat dengan syarat ekuiti bumiputera. Ini bermakna pelabur-pelabur luar yang mahu melabur di sini tidak perlu mencari rakan kongsi di kalangan syarikat bumiputera sebagai syarat pelaburan di dalam bidang-bidang tersebut. Sekali lagi, tindakan ini dikatakan menyekat peluang ekonomi kepada umat Melayu.

Apa yang Melayu mahukan sebenarnya?

Baru-baru ini kerajaan dah sediakan saham amanah sebanyak 1.665 bilion unit untuk bumiputera. Tapi yang terjual tak sampai 8 juta pun. Yang dah ada ni, kenapa tak rebut? Kenapa tak mau gunakan?
Hak orang lain habis terjual. Bila mereka untung besar, mula la Melayu kata kerajaan tak adil, ikut telunjuk orang dan sebagainya.

Sebelum ini pelbagai kemudahan tersedia untuk bumiputera. Di bawah MECD, Mara mengeluarkan pelbagai pinjaman untuk para pelajar. Tapi apabila tamat belajar, liat pula membayar balik.

Kerajaan juga memperuntukan dana melalui agensi-agensi MECD. Tapi banyak juga yang tidak digunakan. Dalam hal ini banyak sebab kenapa perkara ini berlaku.

Antaranya promosi, birokrasi dan mungkin juga sistem perlaksanaan.

.............

Tapi walau apapun hujah yang diberikan, perkara yang paling asasnya adalah sikap umat Melayu sendiri. Melayu tidak mempunyai jatidiri yang kuat berbanding kaum-kaum lain. Perhatikan budaya kaum Cina. Bagaimana mereka berniaga, berpolitik dan bersosial.

Melayu juga tidak tau bersyukur. Betapa besarnya nikmat yang diberikan kepada umat Melayu, tapi bagaimana pula umat Melayu mensyukurinya. Sedar atau tidak, nikmat itu telah ditarik sedikit demi sedikit.

Kita kata Yahudi itu zalim. Tapi bagaimana perpaduan di kalangan mereka.

Kita kata Islam menganjurkan perdamaian.

Betul ke kata-kata kita tu?

Wednesday, April 22, 2009

Pekerja Asing

Bismillah

Bulan 2 yang lalu, hampir 100 orang pekerja asing di syarikat aku telah ditamatkan perkhidmatan mereka. Ini kerana pada ketika itu kami tidak dapat banyak order dan syarikat telah mengalami sedikit kerugian.
Tetapi sejak pertengahan bulan Mac hari tu, syarikat kami telah dapat banyak tempahan, khususnya untuk produk terbaru kami (eheemmm..). Dan tembahan semakin bertambah sejak beberapa hari yang lalu. Kini syarikat kami mengeluh lagi. Alasannya kali ini adalah kami kekurangan operator. Untuk mengambil pekerja asing yang baru adalah mustahil kerana kerajaan telah membekukan kemasukan pekerja asing yang baru.

*tu la... buang lagi pekerja.. heh!! Ini pengajaran kepada syarikat yang lain. Jangan sesuka hati memberhentikan pekerja anda...

Monday, April 20, 2009

Merdeka?

Bismillah...

Mulai esok sehingga 28hb. boss kami tak ada. Dia akan ke Milan sebelum terus ke US. Makanya, kami dah pakat-pakat nak buat parti.. hehehe

Hari ini dia separuh hari. Jadi sebelum dia balik pukul 3 tadi, kami telah menerima pelbagai wasiat darinya. Dari pagi sampai pukul 3, kami meeting. Mula-mula meeting dengan team production, kemudian team marketing. Last sekali dengan team kami sendiri. Maka selapas dikaji-kaji sebenarnya pemergiannya kali ini tidak memerdekakan kami. Apatah lagi production tengah buat produk kami. Kami terima banyak order untuk produk terbaru kami.

Tapi sehingga habis waktu kerja, kerja aku satu pun tak siap. Dan yang paling penting, jam baru 515 petang, tapi aku dah shut down PC..

huh!

Sunday, April 19, 2009

Handbook That will Change Your Life

Bismillah

Health:

1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner
like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less
food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time for
prayer.
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2008.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk,
smile.

Personality:

11. Don't compare your life to others'. You have no idea what
their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control.
Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with
his/her
mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate
others
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn.
Problems
are simply part of the curriculum that appear and fade away like
algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Society:

25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.

28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your
family and friends will. Stay in touch.

Life:

32. Do the right thing!
33. Always speak the truth even if it leads to your death
34. GOD heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Last but not the least:

40. Please Forward this to everyone you care about.

Tuesday, April 14, 2009

Awas Perangkap Kad Kredit

Bismillah...

Sumber dari Berita Harian. Berhati-hati ketika menggunakan kad kredit anda.

HUTANG kad kredit mungkin kelihatan seperti isu yang agak kecil tetapi ia boleh menimbulkan masalah yang jauh lebih besar, jika penggunaannya tidak diuruskan secara cekap dan berhemat.

Ini berlaku terutama apabila pengguna hanya membayar bayaran minimum bulanan dan berbelanja sehingga ke tahap maksimum kredit mereka.

Masalah bertambah buruk jika pengguna yang sudah berbelanja sehingga ke tahap maksimum, menggunakan pula kad kredit yang ditawarkan oleh bank lain.


Ini adalah pendekatan salah yang diambil oleh berjuta-juta pengguna kad kredit sehingga menyebabkan mereka terjebak ke kancah hutang dan akhirnya diisytiharkan muflis.

Pengurusan kewangan sebegini juga telah memudaratkan banyak keluarga. Justeru, jika anda didatangi pegawai pemasaran yang menawarkan kad kredit terutama bagi pengguna yang pertama kali memohon, anda perlu memahami fakta dan prinsip penggunaan ‘wang plastik’ ini.

Pertama, anda perlu benar-benar memahami bagaimana kad kredit itu berfungsi. Sebagai pemegang kad kredit anda akan diberikan talian kredit dengan had maksimum yang boleh dicaj kepada kad.

Setiap kali kad itu dicaj menerusi sebarang perbelanjaan atau transaksi, kredit kita berkurangan.

Penyata bulanan yang diterima memberikan kita pilihan, sama ada untuk membayar baki sepenuhnya, atau hanya membayar bayaran minimum bulanan (sesuatu yang sangat tidak digalakkan).

Apabila kita membayar bayaran bulanan kepada bank yang mengeluarkan kad, had kredit maksimum dikembalikan.

Bagaimanapun, apa yang kerap terjadi, pemegang kad kredit hanya membayar jumlah faedah dan bayaran minimum ke atas baki pokok yang terhutang, dan tidak akan membayar balik baki sepenuhnya yang menyebabkan mereka terjerat dengan hutang.

Bagaimana seseorang itu boleh terperangkap? Bagi golongan muda, penyakit berhutang ini mungkin bermula dengan cara yang tidak diduga.

Di pusat pengajian tinggi, sebahagian besar daripada mereka diberikan kad kredit sendiri oleh ibu bapa sebagai pemegang kad tambahan.

Mungkin pelajar berkenaan yakin bahawa mereka akan bergaji tinggi tidak lama lagi iaitu selepas tamat pengajian dan mampu membayar hutang itu dalam jangka masa yang singkat.

Malangnya, ramai graduan yang terpaksa berdepan realiti bahawa masa depan mereka jauh berbeza daripada apa yang dijangkakan iaitu hutang terus meninggi tetapi tidak dapat ditandingi kenaikan dalam pendapatan.

Selain itu, bukan orang muda saja yang mendapati diri mereka terperangkap dalam situasi begini.

Malah, orang dewasa yang berfikiran cukup matang juga tergoda dengan kemudahan kredit ini apabila membeli barangan baru yang diiklankan menggunakan kad kredit.

Dalam situasi lain pula, mereka yang tiada pekerjaan juga boleh terbabas dalam hutang kredit kad apabila menggunakan kad kredit sebagai kemudahan untuk menyara keperluan seharian.

Namun, apabila mereka mula bekerja semula, mereka sedari bahawa kad kredit mereka sudah mencapai had maksimum dan sekali gus pembayaran balik menjadi satu bebanan yang besar.

Jika anda tidak mahu terjerumus dengan kancah hutang kad kredit ini, langkah pertama adalah menganalisis pendapatan dan perbelanjaan bulanan.

Jumlah perbelanjaan anda dan tolakkan daripada pendapatan. Inilah baki pendapatan yang boleh anda gunakan setiap bulan.

Langkah kedua pula hentikan menjalankan transaksi menggunakan kad kredit. Bekukan penggunaan kad kredit anda dan bayarlah barang yang perlu dibeli secara tunai.

Kemudian senaraikan hutang kad kredit yang masih ada dengan mengenal pasti kad yang mengenakan caj kewangan yang paling tinggi.

Mungkin anda berpeluang untuk pindahkan baki daripada kad berfaedah tinggi ke kad yang menawarkan kos yang lebih rendah.

Seterusnya, susunkan kad anda mengikut kadar caj kewangan, gunakan baki pendapatan untuk membayar balik kad yang paling mahal itu.

Setelah hutang kad termahal selesai, tutupkan akaun itu dan musnahkan kad itu.

Kemudian ubahkan tumpuan kepada kad yang seterusnya; teruskan langkah di atas sehingga semua hutang anda sudah habis.

Sebaik saja hutang kad kredit anda luput, hanya simpan beberapa kad saja - dua atau tiga untuk penggunaan yang boleh dikawal.

Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit barulah anda boleh mempertimbangkan cara penggunaan kad itu dengan betul.

Kad kredit ini sebenarnya adalah alat pengurusan wang yang sungguh berkesan, jika digunakan dengan waras.

Kita harus melihat kepada pengguna yang berjaya menguruskan kewangan mereka dengan kad ini.

Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap bulan.

Bayangkan kad kredit itu sebagai wang tunai yang disimpan setiap bulan bagi barang yang dicaj.

Dengan itu, anda tidak akan dikenakan kos. Kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan kewangan yang amat berguna bagi anda.

INFO: Petua tambahan yang boleh membantu

  • Ingat, kad kredit bukan wang percuma.

  • Hanya simpan satu atau dua kad.

  • Cajkan kad kredit anda hanya untuk barang yang anda mampu bayar.

  • Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah.

  • Bayar semua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar jumlah lebih daripada bayaran minimum bulanan anda.
  • Monday, April 13, 2009

    Pokok Pisang Mengandung?

    Bismillah

    Sekadar kongsi dari email



    .................................

    Mari sertai aku dalam program BLOGSTARZ.

    Thursday, April 09, 2009

    Rahsia Surah Yassin Ayat Ke-58

    Bismillah

    Email dari seorang sahabat

    Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut:-

    SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insyaallah semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh, niatkan sebegini:-

    1. YA ALLAH YA RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
    2. YA ALLAH YA RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai Islam
    3. YA ALLAH YA RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat
    4. YA ALLAH YA JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat aku yang dapat ini
    5. YA ALLAH YA MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
    6. YA ALLAH YA ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku...

    ...........................

    Kabinet baru kerajaan Malaysia

    PERDANA MENTERI:
    Datuk Seri Najib Tun Razak

    TIMBALAN PERDANA MENTERI:
    Tan Sri Muhyiddin Yassin

    MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
    1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
    2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
    3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
    4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

    Timbalan-timbalan Menteri:
    1. Datuk Liew Vui Keong
    2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
    3. Datuk S.K. Devamany
    4. Ahmad Maslan
    5. T.Murugiah

    MENTERI KEWANGAN:
    Datuk Seri Najib Tun Razak
    MENTERI KEWANGAN II:

    Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
    Timbalan:
    1. Datuk Chor Chee Heung
    2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

    MENTERI PELAJARAN:
    Tan Sri Muhyiddin Yassin
    Timbalan:
    1. Datuk Dr Wee Ka Siong
    2. Dr Mohd Puad Zarkashi

    MENTERI PENGANGKUTAN:
    Datuk Ong Tee Keat
    Timbalan:
    1. Datuk Abdul Rahim Bakri
    2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

    MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
    Tan Sri Bernard Dompok
    Timbalan:
    1. Datuk Hamzah Zainudin

    MENTERI DALAM NEGERI:
    Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
    Timbalan:
    1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
    2. Jelaing anak Mersat

    MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
    Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
    Timbalan:
    1. Datuk Joseph Salang Gandum
    2. Senator Heng Seai Kie

    MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
    Datuk Peter Chin Fah Kui
    Timbalan:
    Noriah Kasnon

    MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
    Datuk Seri Shafie Apdal
    Timbalan:
    1. Datuk Hassan Malek
    2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

    MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
    Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
    Timbalan:
    1. Datuk Dr Hou Kok Chung
    2. Datuk Saifuddin Abdullah

    MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
    Datuk Mustapa Mohamed
    Timbalan:
    1. Datuk Mukhriz Mahathir
    2. Datuk Jacob Dungau Sagan

    MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
    Datuk Dr Maximus Ongkili
    Timbalan:
    Fadillah Yusof

    MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
    Datuk Douglas Uggah Embas
    Timbalan:
    Tan Sri Joseph Kurup

    MENTERI PELANCONGAN:
    Datuk Dr Ng Yen Yen
    Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

    MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
    Datuk Noh Omar
    Timbalan:
    1. Datuk Johari Baharum
    2. Datuk Rohani Abdul Karim

    MENTERI PERTAHANAN:
    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    Timbalan:
    Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

    MENTERI KERJA RAYA:
    Datuk Shaziman Abu Mansor
    Timbalan:
    Datuk Yong Khoon Seng

    MENTERI KESIHATAN:
    Datuk Liow Tiong Lai
    Timbalan:
    Datuk Rosnah Rashid Shirlin

    MENTERI BELIA DAN SUKAN:
    Datuk Ahmad Shabery Cheek
    Timbalan:
    1. Datuk Razali Ibrahim
    2. Wee Jeck Seng

    MENTERI SUMBER MANUSIA:
    Datuk Dr S.Subramaniam
    Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

    MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
    Datuk Ismail Sabri Yaakob
    Timbalan:
    Datuk Tan Lian Hoe

    MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
    Datuk Kong Cho Ha
    Timbalan:
    Datuk Lajim Ukin

    MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
    Datuk Seri Sharizat Jalil
    Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

    MENTERI LUAR:
    Datuk Anifah Aman
    Timbalan:
    1. A.Kohilan Pillay
    2. Datuk Lee Chee Leong

    MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
    Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
    Timbalan:
    Datuk M.Saravanan


    Tahniah! Diharapkan anda berkhidmat dengan cemerlang. Berkhidmatlah dengan ikhlas.

    Wednesday, April 08, 2009

    Cuti Umum Untuk Negeri Johor

    Bismillah..

    Hari ini adalah cuti umum bagi negeri Johor bersempena Hari Keputeraan Sultan.

    Daulat Tuanku

    Walaupun bercuti, tapi aku terpaksa membawa pulang beberapa set lukisan untuk aku periksa. Ini gara-gara masa meeting semalam, aku janji dengan production yang aku akan submit semua dokumen pada hari Sabtu. Dan pada ketika itu, aku lupa yang hari ini adalah cuti!

    Aiseyyy.. salah planning daaaa...

    Apa-apa pun aku nak kongsi artikel ini untuk tatapan kalian. hehehe.. Jangan ghairah noooo...

    Artikel ni aku petik dari http://serikandicinta.multiply.com


    12 TITIK GHAIRAH LELAKI

    1.BELAKANG TELINGA

    Ada lelaki yang begitu sensitif dikawasan belakang telinga Jangankan dicumbu malah disentuh saja sudah membuatkan lelaki kegelian . Saat dicumbu ghairah lelaki akan mulai memuncak.Gesekan lidah akan menimbulkan rangsangan yang hebat.Kerana terlalu suka kadang kala lelaki akan memiringkan kepalanya bagi membuka peluang kepada pasangan untuk menjelajah lengkuk yang terletak dibelakang telinga.

    2. TELINGA

    Cuba teka kenapa pasangan anda seting mencumbui atau menjilat telinga anda Jawapannya ialah keran asi dia berharap anda akan memberi perhatianyang sama pada telinganya. Menurut penulis buku How to Be A Great Lover, hormon lelaki iaitu testosteron sangat mempengaruhi kepekaan daerah sekitar telinga. Maka tidak hairanlah jika rangsangan pada telinga lelaki lebih berkesan berbanding telinga wanita. Lelaki akan naik ghairah apabila cuping telinganya dikulum atau dihisap.

    3. BAHAGIAN BAWAH TULANG TENGKORAK

    Menurut ahli terapi pakar urut profesional biasanya akan mengelak kawasan urat nadi dan saraf yang tidak berotot. Kerana kawasan ini adalah daerah berbahaya dan pantang tersentuh. Daerah ini sangat sensitif terhadap sentuhan . Kulit dibahagian ini lebih nipis kerana banyak saraf yang berkumpul. Oleh itu lelaki mudah terangsang apabila disentuh. Sentuhan pada daerah berbahaya yang berada dibawah tulang tengkorak ini bolen membangkitkan ghairah. Usapan ringan di daerah ini dapat menambah keintiman anda dengan pasangan.

    4. BAHAGIAN BAWAH LENGAN

    Ramai yang mengakui sentuhan ringan di daerah ini iaitu dari pergelangan tangan hingga siku cukup untuk
    merangsang ghairah. Tetapi sentuhan yang terlalu cepat dan kasar tidak akan menimbulkan sensasi erotis. Ciuman pada daerah ini akan menambahkan lagi rangsangan dan sudah pasti gejolak seks anda meluap- luap.

    5. PANGKAL LEHER

    Gigitan kecil ala vampire dibahagian otot besat yang terbentang dari leher hingga kebahu juga boleh memancing ghairah seksual lelaki . Ketegangan pada otot menambahkan lagi nikmat gigitan. Malahan ia kakan membuatkan anda berasa seolah-olah tidak sabar untuk melayar bahtera

    6. ATAS BIBIR

    Bahagian muka paling sensitif terletak diatas bibir. Disitulah terletaknya hujung saraf perasa. Sentuhan selembut mana pun mampu membuat anda dalam keadaan aduhai.Apatah lagi bagi lelaki bermisai nipis. Bahagian ini boleh diusik dengan lidah. Sentuhan-sentuhan lembut seperti bulu ayam atau apa saja benda berbulu dan lembut akan membuat sentuhan lebih bermakna.

    7. KULIT KEPALA

    Antara sebab lelaki suka ke salon ialah kerana ketagih urutan di kepala.. Semua lelaki termasuk yang botak akan menyukai urutan dibahagian kepala , kulit dibahagian kepala sangat nipis dan menyimpan terlalu banyak sarang perasa. Untuk melakukannya cuba berbaring di riba pasangan dan minta dia ramas kepala anda. Ghairah anda dijamin akan menjalar.

    8. PUTING

    Puting lelaki amat sensitif tetapi ia sering diketepikan. Walhal sentuhan pada puting dapat mempercepatkan
    proses orgasme. Ia disyorkansupayan pasangan anda meletakkan sebelah tangannya pada dada anda sambil jari jemarinya bermain-main lembut putting dada anda, manakala sebelah tangannya lagi mengusap lembut bahagian perut. Sudah tentu ghairah anda menggebu. Tapi ingat ! walau apa pun yang dibuatnya pada puting anda pastikan ia tidak deperlakukan denga kasar kerana ia akan menjejaskan ghairah.

    9. TAPAK TANGAN

    Tapak tangan antaradaerah yang sangat sensitif untuk dirangsang. Urat-urat kecil dibahagian ini begitu peka dengan geselan atau urutan. Jika diurut pada bahagian ini anda akan berasa cukup ghairah seolah-olah anda ingin melakukan hubungan seks ketika itu juga.

    10. JEJAK CINTA

    Jejak cinta terletak diantara pusat hingga ke rerembut kemaluan. Kawasan ini jika ditekan secara perlahan-lahan akan membangkitkan sentuhan erotis. Ia boleh dilakukan dengan gerakan melingkar menggunakan seluruh jari( ini boleh dicuba sendiri )

    11. TULANG TONGKENG

    Kedudukan tulang tongkeng terletak pada bahagian paling bawah tulang belakang. Daerah ini akan memberi kenikmatan tersendiri jika disentuh dengan lembut. Mengurut daerah ini dengan losyen boleh memberi kesan yang luar biasa kepada anda.

    12. TULANG PINGGUL

    Bahagian ini banyak terdapat saraf-saraf perasa kerana letaknya berdekatan dengan alat kelamin. Nafsu akan bergelora apabila kawasan ini diramas atau digigit.


    Blog Baru - Blogstarz

    Bismillah...

    Ini adalah blog terbaru aku. Belum ada apa-apa perancangan tentangnya. Tapi mungkin lebih kepada blog perniagaan.

    Kepada yang berminat untuk turut serta, boleh hubungi aku. Serendah RM99.00 sahaja.

    ...................................................

    Sedikit pasal politik tanahair

    Tahniah kepada calon-calon yang menang dalam pilihanraya tadi.

    Masing-masing dapat semula kerusi yang kosong hari tu. Jadinya, berkhidmatlah kepada masyarakat anda dengan ikhlas.

    Jadi, mungkin kita akan dikejutkan dengan RAHSIA BESAR oleh seseorang tentang seseorang. Jangan mungkir janji tau! Tuhan marah!

    Sunday, April 05, 2009

    MITC - Karnival Halal 2009

    Bismillah...

    Hari ini, keluar dengan family. Tempat yang dituju adalah MITC, Ayer Keroh, Melaka. Menyaksikan Karnival Halal 2009. Lepas karnival, kami lepak rumah adik kami di Bukit Katil.

    Sambil membeli-belah, sempat juga aku jengah kot-kot ada peluang perniagaan. Ada la 2-3 produk yang menarik. Tapi yang paling menarik ialah

    BLOGSTARZ.MY

    Ada sesiapa yang boleh bagi info tentang ini?

    Saturday, April 04, 2009

    Nasi Goreng Telur Mata

    Bismillah...

    Makan nasi goreng dengan telur mata memang sedap.... Nyum..nyum.. nyum..

    Kak, nasi goreng, telur mata 1..

    Air?

    Teh ais

    ....

    Seketika kemudian..

    Air sampai

    kemudian...

    Telur mata sampai

    Tak lama kemudian...

    Nasi goreng sampai

    ....

    Makan.. makan.. makan..

    Bila nasi goreng dah nak habis, baru terperasan, aku lupa makan dengan telur mata..

    ceh!!

    Friday, April 03, 2009

    Terima Kasih Pak Lah, Tahniah Najib

    Bismillah..

    Pak Lah

    Terima kasih diucapkan di atas sumbangan tuan terhadap negara ini. Walaupun hanya 5 tahun sebagai Perdana Menteri, sumbangan tuan amatlah besar dan amat-amat dihargai.
    Semoga persaraan tuan, akan memberi lebih ruang untuk tuan berehat bersama keluarga tercinta. Kami berdoa agar tuan senantiasa diberkati Allah dan bahagia selamanya.

    Jasamu akan terus bersemi di sini. Terima kasih Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi




    Datuk Seri Najib

    Tahniah atas perlantikan tuan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Semoga perlantikan ini akan memberi lebih keinsafan kepada tuan terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada negara. Setelah para perwakilan memilih saf dalam parti, untuk bekerja bersama tuan, kini masanya untuk tuan memilih ahli-ahli kabinet yang boleh bekerja untuk rakyat.

    Semoga di bawah kepimpinan tuan, negara akan lebih makmur dan lebih berjaya. Di doakan agar tuan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah.

    Satukanlah Malaysia ini...
    ...........

    Aku tetap menyokong kepimpinan negara ini.