Wednesday, February 29, 2012

Lompat

Bismillah...

Hari ini, tahun lompat. Maka esok bermulalah bulan baru. Betapa pantasnya masa berjalan. Tiada banyak perubahan yang berlaku. Masih begini..

:(

Saturday, February 25, 2012

4

Bismillah...


Sudah empat tahun aku bekerja di Muar ni. 4 tahun dulu, situasinya masih sama. Kesibukan untuk menghadapi Pameran Antarabangsa Perabot Malaysia mengiringi tarikh ulangtahun aku di sini. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, adat dalam kehidupan, ada manis, ada pahitnya.


:)


Ketika ini aku gunakan broadband Celcom yang baru saja didaftarkan. Dalam proses untuk menuruntarafkan Streamyx sedia ada.

Sunday, February 19, 2012

Ahad - Semua Orang Bekerja?

Bismillah...

Hari ni, aku ke pe jabat untuk meneruskan kerja-kerja aku yang terbengkalai semalam. Hari pameran dah semakin hampir, tapi barang-barang kami masih tak nampak rupa pun lagi.

Sedang aku tekun (tekun ke??) bekerja, seorang amoi datang ke workstation aku diiringi pak guard. Dia adalah jurujual! Boleh pulak dia jual kad kredit kat tempat aku tu. Entah apa yang dikelentong kat pak guard tu pun aku tak tau. Sibuk bercerita tentang produk nya. Aku terpaksa menolak, sebab aku tak der masa nak bersembang pasal kad kredit. Aku datang Muar nak siap kan kerja aku..

Hmmm.. Jurujual pun bekerja hari minggu. Ingat designer je yang kerja.. :)

Monday, February 13, 2012

15 Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik

Bismillah...


15 Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik. TAHUKAH KAMU SEMUA?


Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.


Cara tunaikan tawaf di Kaabah,Mekah




1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.


3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.


4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.


5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.


6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.


7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..


8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.


9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.


10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.


11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.


12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.


13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.


14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.


15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sunday, February 12, 2012

Nikotin Percuma?

Bismillah...

Akhbar hari ini melaporkan bahawa kerajaan berhasrat untuk memberikan nikotin percuma kepada perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok. Keputusan ini diambil apabila statistik menunjukkan peningkatan jumlah perokok dan pengidap penyakit tidak berjangkit (NCD) akibat tabiat itu.

Sekali lagi rakyat ditaburkan dengan barang percuma..

Jika kita mengimbau beberapa tahun lepas, kerajaan melalui kementerian kesihatan mengumumkan pemberian kondom percuma bagi mengekang penyakit HIV/Aids. Apakah kesannya? Aku percaya, kesannya tidak banyak berubah. Penyakit HIV/Aids terus menular dan tabiat rakyat tetap tidak berubah. Masih mengamalkan seks bebas tanpa sebarang perlindungan.

Jadi, adakah dengan memberi nikotin percuma, mampu mengurangkan jumlah perokok dan pengidap NCD itu? Aku percaya, jawapannya TIDAK.

Untuk berhenti merokok memerlukan azam yang sangat kuat. Apa tah lagi jika tabiat itu sudah lama diamalkan. Dan jika keazaman yang kuat sudah wujud dalam diri perokok untuk berhenti merokok, maka nikotin percuma itu tidak diperlukan. Ada sesetengah pendapat mengatakan kalau  mahu berhenti merokok, perlu berperingkat-peringkat. Tidak boleh serta-merta. Pada aku pandangan ini tidak berapa tepat. Sewajarnya, jika mahu berhenti merokok, hanya perlu berhenti. Jangan fikir mahu buat perlahan-lahan. Sudahnya sampai akhir hayat lah tak berhenti merokok. Jika sudah ada keazaman, berhenti beli rokok, berhenti meminta rokok kawan. Lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan kita lupa hendak merokok. 

Di samping itu, kerajaan juga seharusnya mengawal kemasukan rokok ke negara ini. Bukan yang diseludup sebaliknya yang diimport secara sah. Kurangkanlah mengimport rokok dari luar. Tiada maknanya menyuruh rakyat berhenti merokok tapi sebaliknya terus menawarkan rokok pelbagai jenama. Jangan fikirkan sangat soal cukai yang dapat dikutip, sebaliknya fikirkan tabiat rakyat yang semakin ramai yang merokok.

Jika masih mahukan cukai rokok terus banyak dikutip, tak perlulah sibuk-sibuak buat kempen berhent merokok, beri nikotn percuma, beri ceramah dan sebagainya...

Jangan buat kerja sia-sia!

Thursday, February 09, 2012

Perjalanan Yang Jauh

Bismillah...

Hari ni aku berjalan jauh. Dari rumah di Jasin ke pejabat di Muar. Tapi hari ini duit dah habis. Jadi lepas balik kerja, aku ke Bangladesh untuk mengeluarkan duit. Hmmm.. Jauh  kan aku gi keluarkan duit. Sampai kat Bangladesh. Dalam bilik mesin ATM tu memang bangla je.. Orang Malaysia ada dua orang. Bau pun bau bangla! Cadang nak keluarkan 4 angka, tapi macam tak confident je. Masing-masing usyar aku semacam je. Lagi satu, silap-silap hari bulan keluar duit bangla lak, tak pasal-pasal je. Takkan aku nak belanja duit bangla kat Malaysia nanti, kan? Lepas keluar duit, aku cepat-cepat cabut. Risau lak jadi mangsa rogol nanti.

Agak-agak, bila bank kepala rimau nak buka cawangan kat Malaysia , ek???

Sunday, February 05, 2012

Salam Maulidurrasul

Bismillah...


Nabi Muhammad SAW bersabda,


"Sesiapa yang bersalawat ke atasku, nescaya Allah akan bersalawat  10 kali ke atasnya..."




.........




Kebanyakan orang bercuti. Tapi aku bekerja untuk menyiapkan rekaan terbaru untuk pameran bulan 3 nanti.. :)


Tahniah kepada warga Muar kerana baginda sultan telah mengisytiharkan bandar Maharani sebagai bandar DiRaaja.


Kerja kuat-kuat!


Friday, February 03, 2012

Baru

Bismillah...


Kini kami menggunakan medium ini untuk sistem teknologi maklumat kami. Yang lama masih digunakan, khasnya untuk membuat kerja-kerja grafik. Agak janggal rasanya kalau buat grafik pakai medium baru ni.


:)