Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha penyayang
Sempena Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun jari 10, memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang tersinggung dengan tulisan dalam blog ini. Sesungguhnya, apa yang tertulis itu hanyalah luahan dari hati kecil ini tanpa mahu melibatkan mana-mana pihak. Namun, sesungguhnya segala luahan itu hanyalah ingin membawa kebaikan dan kesedaran kepada semua pihak.
Walauapa pun, yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Kepada yang ingin pulang ke kampung, pandulah dengan cermat, berhati-hati ketika memandu, berehat lah jika rasa keletihan.
Anda mampu mengubahnya

Monday, September 22, 2008

Kemusykilan Agama

Bismillah..

Aku menetap di Jasin, Melaka, Tapi bekerja di Muar. Ada sedikit perniagaan di Melaka.
Yang mana lebih afdal, membayar zakat fitrah di Jasin, atau di Muar.

Tuesday, September 16, 2008

Mari Tengok Perabot - Wardrobe

Bismillah..
Har ini layan perabot lagi lah ye. Wardrobe ni permintaan dari cik Marina Mansor. ehehe...
Ni bukan idea aku sebanarnya. Hanya ada sedikit rencah-rencah aje. Idea asal orang lain.





Sunday, September 14, 2008

Semalam 31, Hari Ini 32

Bismillah..
Hari ini usia aku meningkat lagi. Sudah 32. Alhamdulillah. Dah 32 tahun aku tengok dunia ni. Macam-macam peristiwa yang telah dilihat dan dilalui. Suka dan duka silih berganti.
Semoga diusia senja 32 ini, hidup aku akan lebih bermakna. Syukur dengan segala nikmat yang ada.
Walauapapun, raya tinggal lagi 16 hari :)

Tetap Bersinar Selama Ramadhan

Bismillah

Tek dari Erina Juliana. Terima kasih. Sememangnya aku senantiasa bersinar, walaupun di bulan Ramadhan. Lebih-lebih lagi awal pagi seperti sekarang. Masih awal, masih kenyang :D

Wednesday, September 10, 2008

Azan, Jawi, JAIS, UITM dan ba-alif-ba-ya

Bismillah..
Artikel dari akhbar Utusan Malaysia
JANGANLAH anggap apa yang saya tulis ini sebagai rasis atau berunsur perkauman. Dalam suasana negara yang dipenuhi dengan isu sensitif perkauman sekarang, tulisan ini hanyalah sebagai satu ingatan kepada kita semua, terutamanya umat Islam.

Saya amat tertarik untuk merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang membangkitkan mengenai ''ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan''.

Bagi saya petikan itu pelik bunyinya. Bagi saya ia juga amat serius. Tidak pernah dalam sejarah 51 tahun merdeka, rakyat Malaysia sedang menghadapi situasi seperti itu. Selama ini kita - Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain bangsa dan agama tidak pernah bercakap mengenai perkara itu. Kita hormat antara satu sama lain. Soal agama Islam terpelihara secara suci di dalam Perlembagaan negara. Justeru, petikan semacam itu tidak pernah terlintas langsung atau termimpi akan diucapkan.

Kini, ia berlaku. Ya benar, Dr. Khir bukan buat cerita mengarut. Ia benar-benar berlaku di Selangor. Orang Pas, yang kini mula menguasai jawatankuasa masjid dan surau di situ pun tercengang. Orang UMNO yang masih lagi menganggotai jawatankuasa surau dan masjid pun terkejut.

''Sampai macam itu sekali tindakan mereka," kata seorang AJK sebuah surau di Shah Alam kepada saya Jumaat lalu. Beliau ialah sahabat lama saya, yang kami bertemu selepas solat Jumaat, lalu mengajak saya bersembang.

Sembang punya sembang, tiba-tiba beliau menyentuh mengenai soal suraunya. Katanya, kira-kira tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor, seorang Exco kerajaan negeri itu, yang juga seorang Ahli Parlimen dari parti DAP membuat kunjungan ke suraunya. Yang peliknya, YB wanita itu datang pada waktu sebelum subuh.

Tanpa rasa malu-malu atau rasa bersalah, dia menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh. Katanya, ''hasil tinjauannya'' pada waktu subuh itu, cuma ada imam, bilal dan dua tiga orang sahaja makmum.

''Kalau ada macam itu jangan kasi bangun oranglah (dengan azan)...'' katanya kepada imam yang ada di situ.

Semua yang ada terus 'terkedu'. Mereka berpandangan antara satu sama lain. YB yang baru tiga bulan menjadi Yang Berhormat itu tahukah apa yang dia cakap. Tidak sensitif langsungkah? Tidak sedarkah dia, kira-kira 90 peratus penduduk di kawasan itu ialah orang Melayu beragama Islam.

Jika diambil pendekatan isu yang berlaku sekarang, saya ingin bertanya, siapakah yang rasis? Siapakah yang perkauman? Dr. Khirkah, sayakah yang menulis Cuit ini? Atau, YB wanita berkaca mata itukah?

Sambil menulis kolum ini, saya menelefon seorang rakan saya, yang juga seorang YB dalam Pakatan Rakyat. Dia mengakui memang berlaku. Hasil perbualan saya, beliau berkata: ''…bukan teruk lagi, dah jadi kurang ajar''.

Persoalan saya lagi, mengapa situasi seperti ini sudah mulai berlaku. Saya tidak mahu mengulas lanjut, biarlah pembaca budiman membuat analisis dan pernilaian sendiri.

Nak dijadikan cerita, tindakan YB wanita itu tidak habis di situ saja. Dia juga, dikatakan sedang 'memaksa' Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur.

Sekali lagi ini cerita benar. Ia disahkan sendiri oleh rakan saya, YB dari Pakatan Rakyat itu. Sebagai ganti untuk menurunkan tulisan jawi itu, dia menuntut dinaikkan tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi.

''Yang ekstremnya, YB wanita itu siap bawa 'sample' berserta spesifikasi papan tanda jalan tulisan Cina dan Tamil itu untuk ditunjukkan kepada pegawai DBKL," kata rakan saya itu lagi.
Seperti yang saya tanya di atas tadi, tidak sensitifkah YB wanita itu? Jawapan saya ialah, dia memang sengaja tidak mahu sensitif.

Melihatkan kepada senario ini, barulah kita tahu, siapa sebenarnya yang 'menyuapkan' ke mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain. Sekarang kita juga tahu siapa yang 'memegang tali' untuk menyuruh Khalid membuat kenyataan supaya pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu.

Yang jelas kita semua tahu, siapakah orang itu yang 'berkobar-kobar' membangkitkan isu babi Sepang, sebaik saja dia melangkah kaki menduduki bangunan SUK Selangor, tempoh hari.

Dan, sekarang baru kita juga tahu, suasana bercelaru yang sedang berlaku - yang terbaru mengenai isu perkauman atau rasis itu memang dirancang - secara sengaja, oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat suasana negara dan rakyat Malaysia tidak tenteram.

Akhir kalam, semoga Allah menyelamatkan kita semua. Amin.
............................
Fikir-fikiranlah perkara ini. Jangan jadi bangsa yang melukut di tepi gantang. Agama yang kononnya suci kini diperkotak katikkan akibat dari perpecahan umatnya sendiri.
Sekali agama yang kononnya suci ini dibuat sebegini rupa, selamanyalah akan begini. Sebabnya umatnya tak reti nak bela agama sendiri. Mana 'para ulama' yang dahulu melaungkan slogan membangun bersama Islam? Apa sahaja yang 'puak sekular' buat semua tak betul, semua tak Islamik. Tapi hari ini teman sebantal memperlekehkan agama sendiri, takkan terkedu kot. Munafik! Mungkin betul la kot, zaman dah berubah, dunia dah maju. Dah tak payah azan dah, dah boleh makan babi dah, orang lain dah boleh memperlekehkan agama sendiri dah. Apa ada hal, 16 September bakal menjelma. Boleh dapat kuasa lebih lagi. Boleh lawan hukum tuhan pulak gamaknya.
(mungkin ada yang kata, ini akhbar pro-kerajaan, memang la cerita keburukan pembangkang. Tapi aku lebih percaya artikel ini dari artikel yang kata ada orang nazak dan lumpuh, tapi beberapa hari kemudian orang tu masuk tv dan menafikan artikel tersebut. Dah tu, umat agama yang kononnya suci ni pulak, masih buta hati, tak tau beza mana hak mana batil - bebal la tu).

Sunday, September 07, 2008

Bintang & Gaya Hiasan

Bismillah
Tadi aku beli Anjung Seri keluaran September 2008. Ada sebuah artikel yang menarik yang aku nak kongsi bersama.
Dalam ruangan Bintang & Gaya Hiasan, tulisan Haslinda Hassan - Virgo, Tidak Tahu Duduk Diam.
Entry sempena bulan kelahiran warga September :)
Virgo menguasai ekologi. Justeru itu, bahan dan warna alam amat sesuai dengan kediaman mereka. Golongan ini bahagia dikelilingi hidupan organik seperti batu, tanah, kayu dan fabrik. Mereka juga menyukai gaya ringkas walaupun memiliki citarasa hebat dan halus sebagai seorang yang sangat mengutamakan kesempurnaan. Hakikatnya, sentuhan pengaruh ketimuran atau asia dilihat bersesuaian sekali dengan virgo.
Mengenai pemilihan perabot, Virgo menyenangi yang ringkas daripada rekaan lama seperti shaker. Malah, mereka cenderung memilih kerusi berbanding sofa. Kata mereka, ini supaya semua orang ada tempat duduk sendiri, jadi kediaman Virgo lazimnya penuh dengan kerusi. Virgo juga seorang yang rajin sehingga mampu menghasilkan perabot sendiri, selain turut menggemari kerja-kerja pemasangan. Lambang Virgo yang berkait rapat dengan kerja dan perkhidmatan jelas terbukti pada kediaman mereka yang sentiasa dalam keadan bersih, kemas dan tersusun. Semua barangan tersimpan elok di tempatnya. Virgo akan membuat kerja sehingga selesai dan tidak akan berhenti rehat selagi belum siap.
Oleh itu tidak hairanlah Virgo lebih senang berumah kecil dan memiliki barangan peribadi seringkas yang boleh. Bagi Virgo, masa untuk bersantai amat sukar diperoleh kerana mereka jenis yang tidak tahu duduk diam dan mereka sentiasa berharap untuk pulang ke rumah yang bersih bagi menghilangkan ketegangan.
Rona tanah adalah warna Virgo seperti hijau pekat, perang, krim, biru. biru tua dan ungu, juga warna gandum. Dalam pemilihan fabrik pula, Virgo lebih selesa dengan yang bercorak kecil berbanding polos, jalur dan flora.
Moto : Saya menganalisis
Inspirasi : Sentiasa bergerak
Ragam Suasana : Sentuhan alam
Lain-lain artikel yang menarik boleh dibaca dalam Anjung Seri keluaran September 2008 - Promosi nampak!!

Wednesday, September 03, 2008

Layan Perabot Je

Bismillah..
Tak larat nak taip banyak-banyak. Dah makan nasi, mee goreng, cempedak goreng, dah sembahyang tarawikh (cabut awal, ada ceramah kat masjid. Malas nak dengar), makanya kita layan perabot je la ye.
Aku dah malas, dah mengantuk....
Dapat bantal pun best nih