Monday, August 31, 2009

Salam 1Malaysia

Bismillah

Dengan rahmatNya, hari ini genaplah ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 52. Semoga Malaysia lebih maju dan berjaya di masa akan datang.

Ya Allah, berkatilah negara kami. Jauhilah ia daripada anasir-anasir yang akan merosakkan negara kami. Jauhikanlah negara kami dari pengkhianat-pengkhianat agama, bangsa dan negara kami.

Amin

Friday, August 28, 2009

Hari-Hari Terakhir

Bismillah

Disebabkan hari pameran semakin hampir, kami dalam team R&D dan sample maker bertungkus-lumus untuk menyiapkan produk-produk kami. Walaupun ada beberapa masalah taknikal dihadapi, tapi ianya dapat ditangani dengan baik, walaupun tak sempurna.






Sudahnya, hari ni aku berbuka dalam kereta. Tak sempat sampai rumah..:)

Wednesday, August 26, 2009

Dah Dapat

Bismillah

Dapat parcel dari cik Babe
Katalog dari IKEA UK tu amat-amat dinantikan.
Baju merah yang wangi.. hehe..

Key-chain pun ada. Tapi tak masuk dalam gambar lak:)



Terima kasih banyak-banyak. Ipod bila nak bagi?

Heh!

Monday, August 24, 2009

Mari Tengok

Bismillah

Rekaan-rekaan perabot ini akan dipamerkan di Pameran Malaysia Furniture & Finishing Fair 2009 yang akan berlangsung di KLCC pada 4-7hb September nanti. Ada beberapa lagi rekaan yang akan dipamerkan.


Anda dijemput hadir beramai-ramai.

Namun begitu, pemilik blog tidak hadir kerana, seperti biasa, beliau dikuarantin di pejabat. Kalau beliau berlegar-legar di kawasan pameran, dikhuatiri akan diberi tawaran lebih menarik oleh pesaing-pesaing syarikat.

Kononnya la..


Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan

Bismillah..

Hari ni dan semalam, aku bercuti. Jarang-jarang aku bercuti lebih dari sehari. Macam kes semalam, dalam pukul 9 lebih boss sengal call aku.

Dia tanya, aku tak sihat ke? Ceh!!

Aku cuti la... Lepas tu dia gelak. Dia lupa!

Sengal la katakan...

Hari ni, kat rumah aje. Tak larat nak gi mana-mana..

heh!!

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Bismillah...

Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga ibadah kali ini akan mendapat keberkatan dariNya

Monday, August 17, 2009

Allazi Na Melayu

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu

Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu

Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Kumpul bebudak bantah ISA ke hilir dan hulu

Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu

Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu

Dah tentu dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!


*Kredit untuk blog rahmanahchongmuniandy.blogspot.com


...

Bila Melayu nak maju

Kalau asyik bertelagah beseteru

bawa-bawa la bersatu

kalau tak Melayu terus layu



Sunday, August 16, 2009

Sedikit Potongan Hadis

Bismillah

UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

Daripada Abu Sa'id Al Khudri r.a berkata: bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi s.a.w menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka?"

Friday, August 14, 2009

PC

Bismillah..

Hari Rabu lepas, aku hantar PC aku untu dirawat. Hari ni baru ambil. Alhamdulillah..
Dah OK. Aku hantar kedai biasa.

FOC!

heh

Sunday, August 09, 2009

Pengkhianat

ANWAR PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Wednesday, August 05, 2009

Tugas

Bismillah

Aku telah ditugaskan untuk membeli 'kerusi henjut' untuk baby. Senang je beli selepas dapat instruction dari kaum-kaum hawa dalam rumah ni.

Sampai rumah. Aku cuba pasang. Ceh!! berpusing2 aku cari kaedah nak pasang kerusi tu. Last2 terpasang gak. Selapas berpuluh2 kali kerusi tu aku pusing2 kan..

heh!

Monday, August 03, 2009

Pekerja Baru

Bismillah

Hari ni department aku dapat staff baru. Product Designer juga. Tapi fresh graduate. Degree dari universiti selatan tanahair.

Kita org dok bagi jangkaan berapa lama budak ni boleh bertahan. Memandangkan semua rakan-rakan kami lari adalah faktor boss sengal kami.

Aku agak, budak ni tak sampai sebulan...

Heh!