Monday, June 27, 2011

Tukar Fesyen

Bismillah..

Saban hari, kami hanya memakai T-shirt ke pejabat. Tiada sekatan atau halangan tentang pakaian kami. Sehingga lah kami dapat seorang COO baru. Beliau mengeluarkan arahan supaya semua pekerja pejabat mengenakan pakaian yang sesuai. Dalam erti kata lain, kami tidak lagi dibenarkan pakai t-shirt, jeans, berseliper dan sebagainya.

Aku, sangat simple. Tiada istilah fesyen bagi aku. Cumnya, memang dari dulu aku tak pakai jeans. So kebiasaannya, aku hanya memakai t-shirt dan berseluar slack. Ketika memandu, aku biasanya memakai seliper. Sampai di parking kereta depan pejabat, aku akan sarungkan stokin dan safety boot aku. Tapi bila sampai kat workstation, selalunya aku akan buka semula stokin dan safetyboot lalu mengenakan seliper ASADI aku. Kalau tak pun, masa nak solat aku tukar. Itu rutin harian aku.

Setelah menerima notis tu, aku selak almari. Memang banyak kemeja. Tapi kemeja tu dan berapa tahun tak pakai. Bau ubat gegat ada la. So, tadi aku longgokkan yang mana rasa perlu dibasuh. Kemudian aku masukkan dalam besen, rendam... huhuh..

Lepas ni, kena iron baju la pulak... aiyakkk!!!

Dapat surat - naik gaji & naik pangkat.. hihihih

Thursday, June 16, 2011

Jun 2011 - Keadaan Tidak Stabil

Bismillah...Link

Bulan Jun ni, ramai staff di syarikat kami melepaskan jawatan masing-masing. Dalam department aku aje 4 orang. Huhu... hari tu aku kata 3 orang designer nak resign. Semalam, seorang lagi resign. Dia adalah manager aku. Dia pun tak boleh tahan memandangkan beberapa orang kuatnya dah resign.

Sepatutnya 2 orang designer tu last day mereka adalah 25hb ni, tapi salah seorang dari mereka dah diarahkan keluar hari ini. Tak tau apa sebab. So sempat la raikan dia kat Pizza masa lunch tadi. Sebelum ni dah buat farewell dah untuk mereka bertiga. Tapi sebab salah seorang dah last day, makan manager pun belanja la.

Seorang lagi last day nya ialah 30hb. Manakala manager ni 22hb.. huhuhuh..

Banyak projek terbengkalai la ni.. :)

Wednesday, June 08, 2011

Bhs SMS

Bismillah...

Bbrpa ari nie, sibuk cerita psl bhs sms dikalangan pelajar schol n univ. Dikatakn pelajar ari ni terikut2 dgn style penggunaan ayat n perkataan diruangan cyber di dlm penulisan nota n tesis mrk. Ini membimbangkn para pendidik krn dikhuatiri ianya akan menjejaskn ciri2 dan struktur bhs kebangsaan.

So, pakar bhs, apa yg harus dilakukan kini? Teringat kumpulan yang menentang PPSMI dahulu, sehingga membawa kpd suatu demonstrasi di KL. Nah, 'pejuang-pejuang bhs penentang PPSMI', apa idea korang? Takkan menyalak kat tepi jalan je? Ni la masanya nak sumbangkn idea yg kononnya lebih baik dr pentadbir skrg nih. Bg arr sebaris dua cadangan.

...

Pd aq, aq cadangkn agar mrk yg menggunakn perkataan n ayat sms dlm nota n tesis mrk, perlu dipotong markah mrk. Mungkin nampak funny, tp setidak-tidaknya tindakan diambil dr membiarkan perkara sebegini terus berlaku. Ianya bkn sahaja utk exam tahunan, tp juga exam di peringkat lebih tinggi spt PMR, SPM n STPM. Dan seharusnya, di kertas peperiksaan ditulis tentang larangan penggunaan bhs sms.

Manakala bgi cikgu2 yg ada fb, blog, tweeter dll, silalah menggunakan bhs yang betul dlm penulisan anda. Tak la nanti bebudak kata, cikgu pun pakai bhs sms, takkan kami tak leh. So, jgn la jadi ketam yg ngajar anak bejln. Aq pernah menegur seorang guru krn menggunakn bhs sms dlm fb nya, tp last2 aq balik yg kena sound. Dia kata, tak salah guna bhs sms asalkan massage nya sampai kpd pembaca. OK! u cikgu BM, so lantak arr. Ada aq kisah?

Begitu juga para menteri, org2 besar, tokoh2, gunakan lah bhs yg betul dlm blog, fb kalian. Jgn dok slhkan bebudak aje. Punca mrk jadi begitu sbb terikut tindakan org dewasa. Biasa arr, bapak kencing berdiri, anak kencing berlari.

Bebudak ke yg salah?

Sunday, June 05, 2011

Merokok Di Melaka

Bismillah

Dilaporkan bahawa 5 kawasan seluas 338 hektar di Melaka diwartakan sebagai zon bebas asap rokok mulai 15Jun nanti. Kawasan terbabit adalah:-

Bandar Warisan Dunia Melaka
Melaka Raya
Melaka International Trade Centre (MITC)
Pusat Bandar Alor Gajah
Pusat Bandar Jasin

Cuma diharapkan agar pelaksanaannya nanti dibuat secara tegas tanpa kompromi. Harap-harap kami tidak melihat walau sebatang pun puntung rokok!

Diharapkan agar peraturan ini nanti akan menjadikan udara di Melaka lebih bersih dan kurang asap rokok.

Dan kepada perokok, janganlah jadikan peraturan ini sebagai 'MEMBEBANKAN RAKYAT' lalu menghentam kerajaan. Dikatakan kompaunnya sebanyak RM300.00. Banyak tu. Boleh buat belanja dapur tu.