Friday, September 30, 2011

Kuota Yang Melemahkan?

Bismillah...

Datuk Seri Najib mengingatkan orang Melayu agar tidak terlalu bersandar kepada kuota semata-mata, sebaliknya harus ada keyakinan diri untuk berdikari dan berdaya saing. Beliau mengatakan bahawa itu bukan bermaksud yang beliau mahu menghapuskan kuota bumiputera.


......

Penghapusan kuota (kalaupun boleh dikatakan penghapusan) telah disebut sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir lagi. Beliau mengingatkan orang Melayu agar 'membuang tongkat' yang dikatakan punca kepada kelemahan orang Melayu.

Fikirkan secara rasional (bukan membuta tuli), kenyataan Tun itu ada kebenarannya. Dengan adanya kuota itu, maka umat Melayu fikir bahawa kehidupan mereka 'selamat'. Bila awal-awal lagi dah fikir 'selamat' maka kuranglah usaha yang dilakukan. Dan apabila kurang usaha maka, kuranglah produktiviti, tidak berkualiti dan hasilnya adalah kegagalan. Sudahnya, segala usaha umat Melayu ini diperlekeh dan dipersendakan.

Seorang pendatang dari tanah besar, tidak membawa apa-apa harta, malah tidak tau membaca dan menulis. Apabila tiba di sini, beliau menjadi kontraktor buat longkang, sedikit demi sedikit akhirnya memiliki taman di atas tanah tinggi - Orang kata, dia seorang yang gigih, mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya.

Tidak seperti umat Melayu, orang melihat kejayaan umat Melayu adalah kerana hasil bantuan kerajaan. Mereka dikatakan menerima pelbagai dana, subsidi dan kejayaan mereka adalah atas dasar hak keistimewaan orang Melayu. Tiada kelebihan diri sendiri yang memungkinkan dia berjaya. Semuanya atas bantuan kerajaan.

Jika umat Melayu yang berjaya itu diperlekeh oleh orang lain, mungkin kita faham sebabnya. Tetapi lebih memburukkan adalah apabila kejayaan umat Melayu itu diperlekeh oleh bangsanya sendiri - dikatakan kroni kerajaan. Bahkan difitnah, dsantau dan sebagainya. Sampai bilapun umat Melayu tak akan maju.


Maka, apabila kerajaan berhasrat untuk menghapuskan kuota, umat Melayu harus bersedia menerimanya. Jika tidak mahu dihapuskan, maka jadikanlah kuota itu sebagai 1 keistimewaan supaya kita boleh terus berdaya saing. Dan apabila ada di kalagan umat Melayu itu dah berjaya, teruslah beri galakan dan sokongan. Jangan la diburuk-burukkan namanya, disantau-santau dan dipulaukan. Bagi yang dah berjaya, ingat-ingatlah yang miskin tu, bantulah apa-apa yang perlu. Yang penting, jangan lupa tuhan.

Kalau masih berfikiran negatif, kita minta kerajaan sediakan kerusi roda, tak payah bertongkat dah.

Wednesday, September 28, 2011

Umur 70, Di Mana Anda


Cadangan Persatuan Majikan Malaysia (MIF) agar had umur persaraan dilanjutkan kepada sekurang-kurangnya 60 tahun menimbulkan pelbagai reaksi. Ada yang menyokong dan ada pula yang menentang. Semestinya yang menyokong usaha itu adalah dari golongan pertengahan umur manakala yang menentang adalah golongan muda.

Pelbagai alasan dan diberikan dan ianya dilihat rasional (kepada mereka yang berfikir).

Antara yang menyokong adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang berpendapat persaraan awal boleh menyebabkan ketidakcukupan simpanan pekerja. Aku menyokong alasan yang diberikan oleh KWSP ini. Kebanyakan rakyat Malaysia pada usia 55 tahun masih mempunyai tanggungan yang banyak, anak2 masih bersekolah, hutang rumah, hutang kereta dan macam-macam lagi. Dengan kadar gaji yang 'masih rendah' dan 'pencen awal', sudah semestinya simpanan yang dibuat tidak mencukupi untuk menampung hidup mereka 10-15 tahun lagi. Jadi, tak mustahillah jika ada dikalangan mereka yang terpaksa bekerja lagi.

Dalam menyokong, ada juga yang menentang. Golongan yang menetang ini adalah terdiri daripada golongan muda. Yang masib belum bekerja atau baru bekerja. Alasan mereka juga ada benarnya. Dengan 'kelewatan' org lain bersara, adalah sukar untuk generasi muda mendapat peluang yang lebih baik. Dan kelewatan ini juga memungkinkan generasi muda tiada peluang pekerjaan.

Walauapapun alasan yang diberikan, sesungguhnya pihak berwajib harus mengambil tindakan sewajarnya. Dengan ramai orang yang masih belum bersara, peluang2 pekerjaan yang lain harus juga diperluaskan agar semuanya memperoleh kemakmuran.

Namun, kepada orang muda cuba bayangkan sebegini...

Anda berusia 25 tahun, dan rakan sejawat anda berusia 60 tahun. Agak, agaknya nak panggil abang/kakak ke atau pakcik/makcik?

:)

Saturday, September 24, 2011

Orang Baru

Bismillah...


Dapat anak buah lagi..
Perempuan juga.. :)

Friday, September 16, 2011

Hari Malaysia

Bismillah...


Salam 1Malaysia. Semoga Malaysia lebih berjaya di masa akan datang

Wednesday, September 14, 2011

Hari Tua

Bismillah


Hari tua ke-35 tahun. Kalau pencen umur 55, maknanya aku ada 20 tahun lagi untuk penuhkan kantung KWSP.


Walauapapun, hari tua disambut dalam situasi kurang sihat. Aku demam.. huhu

Wednesday, September 07, 2011

Kaedah Berlembut Mengakibatkan 289 Maut

Bismillah

Berakhir sudah Ops Sikap ke24. Apa hasilnya? 289 nyawa lagi melayang dalam tempoh 2 minggu. Dikatakan kali ini PDRM menggunakan kaedah berlembut iaitu dengan cara memberi nasihat dan kaedah ini dilihat gagal mendisiplinkan para pemandu di Malaysia.

Dengan kematian seramai itu, Ops Sikap kali mencatatkan kematian paling ramai sejak ianya dilancarkan 11 tahun lalu.

Di mana silapnya?

Pernah seorang teman memberitahu bahawa rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang sangat bersopan santun dan berbudi bahasa, tetapi apabila memegang stereng mereka menjadi sebaliknya. Kesopanan dan budi bahasa hilang entah ke mana.

Pelbagai kempen, operasi dan program dijalankan, namun ianya masih gagal mengubah senario ini.

Blog ini pernah menyatakan bahawa setiap kemalangan itu adalah berpunca dari sikap pemandu itu sendiri.

Sekali lagi blog ini menyarankan agar pemandu yang menyebabkan kemalangan maut dan cedera parah dikenakan tindakan yang keras.Tindakan utamanya adalah menggantung/batalkan lesen mereka. Mereka harus 'dinyahkan' dari menggunakan jalanraya.

Di samping itu, pihak PDRM/JPJ juga seharusnya perlu kerap mengadakan sekatan jalanraya dan memeriksa setiap lesen/cukai jalan pemandu. Tidak seharusnya memberi tumpuan kepada satu-satu kawasan sahaja sebaliknya harus dibuat sekatan secara menyeluruh. Buat sekatan dipelbagai lokasi dan bukannya seperti sekarang, hanya kawasan tertentu sahaja - pemandu sudah dapat menjangka mereka buat sekatan disitu!

Kekerapan mengadakan sekatan jalanraya juga wajar dilakukan agar menimbulkan rasa gerun kepada pemandu amnya dan pesalah trafik khasnya. Ini adalah tindakan susulan kepada penggantungan/pembatalan lesen pesalah trafik. Jika kerap diadakan sekatan jalanraya, sudah semestinya mereka dapat mengesan pemandu yang tiada lesen. Dan sewajarnya mereka yang memandu tetapi lesennya telah digantung, sewajarnya dikenakan denda yang lebih berat. Sekat dan Lihat! Sekat setiap kenderaan dan lihat setiap lesen mereka. Dan jangan bicara lebih banyak apabila mereka merupakan pesah trafik. Harus diingatkna juga, sekatan jalanraya tidak seharusnya bermusim. Lakukan sepanjang masa, tanpa kira masa dan tempat.

Memenjara dan mendenda lalu menggantung lesen adalah satu tindakan yang sangat kelakar (Ada juga penggubal undang-undang buat undang-undang sebegini - kasihannya). Seorang banduan dipenjara tidak memerlukan lesen memandu. Jadi nak gantung, gantung lah - apa ada hal?? Mereka yang perlu digantung lesennya adalah mereka yang berada diluar sana. Biar mereka rasa betapa tanpa lesen, amat sukar untuk mereka bergerak. Ditambah dengan kekerapan pihak berkuasa mengadakan operasi sekatan jalan raya, sudah pasti mereka menyesal. Sekali lagi disarankan, apabila mereka dikesan memandu, hukuman lebih berat sedia menanti.

Apa lagi? Tidak kira berapa banyak peraturan yang hendak dibuat, asasnya adalah pesalah trafik seharusnya tidak dibenarkan menggunakan jalanraya sebagai pengajaran kepada mereka dan pemandu lain. Jangan jadi seperti sekarang, pelbagai peraturan dibuat tetapi perlaksanaannya tidak menyeluruh. Pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap pun masih boleh menggunakan jalan raya.

Semoga jalanraya Malaysia lebih selamat dengan ketiadaan pemandu yang tidak berdisiplin.

Sunday, September 04, 2011

Sudah Habis Beraya, Mau Sambung Lagi?

Bismillah...

Ada sedikit petua. Petua ini mungkin terlalu lewat untuk mereka yang beraya sakan tempohari. Tapi, masih ada lagi 3 minggu untuk kita beraya. Maka beringat-ingat lah petua ini.

(kredit untuk http://hazissac.blogspot.com)

Cerita Petua Kesihatan Nabi Muhammad SAW

Seorang tabib dihantar oleh Penguasa Mesir ke Madinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu di sana, tidak ada seorang pun yang datang untuk mendapatkan rawatan perrubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan sebarang perkhidmatan dan pertolongan kepada penduduk Madinah seperti yang diarahkan oleh tuannya. Dengan keraguan yang menyelimuti hati dan fikirannya, tabib itu pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW untuk mendapatkan kepastian yang jelas. Dia bertanya Nabi Muhammad SAW, "Adakah penduduk di sini takut untuk berjumpa tabib?" "Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah lagi dengan tabib." Jawab Nabi Muhammad SAW dengan tegas. Tabib bertanya lagi, "Tapi mengapa sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya?" Nabi menjelaskan "Sebab penduduk Madinah tidak ada seorang pun yang sakit." Tabib itu kurang mempercayai nabi dan berkata, "Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit." Melihat keraguan tabib itu, nabi mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Madinah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya. Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Madinah. Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpainya walau seorang pun daripada yang bayi sehinggalah orang tua. Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata nabi itu.

Didorong oleh perasaan ingin tahu dan kekagumannya, tabib itu sekali labi berjumpa nabi SAW lalu berkata, "Benar seperti kata-katamu. Apakah petua sehingga semua penduduk Madinah sihat-sihat belaka?"

Nabi menerangkan, "Kami adalah kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar, dan jika kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang."

Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang alal dan baik.

Makanlah untuk terus hidup kerana ingin bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu.