Thursday, March 31, 2005

Hari terakhir bulan ni

Bismillah...

31.03.2005....Memang pantas masa berlalu. Dah setengah tahun aku di KFC. Hmm.. Sejak aku tulis pasal KFC kat dalam blog nie, ada member aku SMS. Ada ke dia kata aku keje kat Kentucky Fried Chicken. Siap boleh tanya lagi, ayam kat KFC tu halal ke tak. Eh.. Hellooo... aku bukan keje kat KFC yang tu lah. Aku keje kat KFC yang lagi satu.. ehehehehe...
Cerita pasal haram nie, teringat aku pada sosej. Maklumlah, minggu lepas bab sosej nie memang panas. Sosej panas nie sedap. Nak2 kalau lumur dengan sos cili.. slurrpp!!..
Ada member aku hantar SMS berbunyi..

Jenama sosej yang sah halal ialah "Husband". Jenama-jenama popular yang lain seperti "Boy Friend", "Sugar Daddy" dan "Gigolo" adalah haram. Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh JAIS dan JAKIM.. ehehehehehe..

Besok dah 1 April. Hari yang dinanti-nantikan oleh segelintir manusia (termasuk yg kononnya Muslim) untuk mengenakan orang lain. April Fool!!. Tapi aku percaya, budaya tu tak la menular sangat kat bumi Malaysia nie. Lelebih pun takat sakat kengkawan aje. Walau apa pun levelnya, budaya itu sebenarnya budaya yang menghancurkan umat Islam. Sejarahnya dah pun aku poskan kat web blog nie, Sendiri baca lah. Kalau aku nak terangkan, aku sendiri pun tak berapa tau bab2 sejarah nie. So, sendiri mau ingat yer....

Cow chin chowwww

April Fool

Assalamualaikum wbh.

Ikutilah cerita sedih disebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.Setiapkali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali.Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.

Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini.Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.Bagaimanapun, tanpa mereka sedari,kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke'yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bhw ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors)terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang - orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal - kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawarantersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya,lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Petikan drpd Risalah Fikrah

Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu .....rawahu ttirmizi Illal Liqaq

Tuesday, March 29, 2005

Tekanan Mula Melanda

Tuesday...

Waa.. aku mula diasak oleh pelbagai pihak kat KFC. Dari purchasing bawa ke production. Kaw-kaw punya kena hari nie. Kerja aku dah mula berterabur. Aku perasan yang KFC tu tak der sistem yang teratur. Ye!! aku tau.. Keje dia orang langsung tak der sistematik. 1 kesilapan kecil, kita perlu inform 1 company. 1 barang kurang, kena inform 1 company. Kena revised drawings then edar kat semua orang. Wa.. merepek dah nie. Aku rasa, aku perlu perbetulkan kaedah nie. Kalau bukan untuk 1 company pun, setidak-tidaknya untuk department aku, Industrial Engineering Department. Tu la, orang kata puak tu bagus sangat. Tapi aku rasa, tak la bagus mana pun. Pukul rata, sama aje puak dia dengan puak aku. Aku rasa, puak aku lagi bagus kot.. ehehehehehe.. Mana tak nya. Kalau dah keje lama, setidak2nya kesilapan tu kurang sikit la. Nie tak, aku ngan dia kurang dia sikit je. Kalau aku salah 10, dia salah 5.. alaaa... confirm la tu, bagi aku 2 tahun, kat bawah la dia tu. Kalau pun tak boleh fight pasal gaji & pangkat, setidak2nya, bab design kayu kayan nie, aku boleh menang..ehehehe.. aik.. aku dah masuk bab riak dan takbur nie.... isk.... Tapi aku yakin, aku boelh lakukan.. (tak gitu en Rafik??)

Waa, gempa bumi melanda lagi ke? Hmm.. Taubat Segera Usah Nanti Akan Malapetaka Ilahi. Aku rasa, semalam aku ada terasa gegarannya. Tapi aku ingat guruh je. Tak lama la.. Cam guruh. Lagi pun rumah aku kat bawah. Tak la rasa sangat. Tapi kalau kat Desa View, boleh rasa kot.. Tak gitu En Halim??
Aku kadang2 gerun jugak keadaan bumi sekarang nie. Dah macam2 hal terjadi. Alignment bumi nie pun dah lari dah. Kalau check betul2, bumi nie dah tak bulat dah. Sure dah kempes sikit. Kat bawah muka bumi dah lah bergesel, lepas tu, hari2 manusia nie korek gali minyak. Tak kira lagi korek buat terowong dasar laut. Isk.. isk.. risau betul aku. Keadaan panas sekarang nie, bagi aku ujian Allah taala. Ye la, dia nak test power kita, bleh tahan ke tak. Panas kat muka bumi nie pun dah dicarut barut, kat sana nanti, wallahualam. Cam mana keadaanya.

Besok dah Rabu. Kejap je masa berjalan. Dah nak masuk bulan April pun. Aku rasa, baru je kita sibuk2 pasal new mallineum (eh.. betul ke spelling nih?), lepas tu pasal Y2K. Sekarang, benda2 tu, dah 5 tahun berlalu. Umur aku pun dah makin lanjut. Eheheheh.. patut la batuk2.. (batuk pasal habuk kayu en Ezad oiiii...)
Tak pe la, akau ada umur yang panjang, bleh kita berjumpa lagi. Lepak kat Taman Melawati.. ehehehehe.. ape ada kat sana sekarang ek??

Monday, March 28, 2005

Rutin yang biasa

Hari ni dah 28hb Mac 2005. Kejap je masa berjalan. Jam muzik aku pun dah berbunyi, meanandakan jam 8 malam.

Hari nie kat office, agak kesibukan. Packing Magnussen dah dapat 1 result. Aku follow supplier punya saiz. Senang. Tak la aku pening kepala nak ukur. Lagipun, polyfoam tu semua dah order. Dah ada kat warehouse pun. So tak payah la nak order yang lain lagi.
545 aku banyak salah.. (dah ku agak dah!!!) Saiz kayu pun salah. Kalau aku punya salah, si Khairul punya pun salah jugak la. Dah dia ikut cara aku. Tapi benda ni, KIV dulu. Ah Chong tak der 3 hari. Pergi Hong Kong.. YAHOO!! Kalau si kucing tak der, si tikus beronggeng la, ye tak?

Eh, baru aku perasa, Cbox aku tak der?? Cizzz.. ni yang tension nie. Cam mana nak cari javascript nie... binawe!!! Tak tau Cbox? Ala... nanti la aku citer..

Haa.. yang sebelah nie lah cbox. Kira space untuk chatting lah. Macam kat astro@15 tu lah. Haa, so kalau korang nak bagi msg ape2, just taip je.. ade pahem??
Tu lah, IT nie penting. Dulu aku ingat aku bleh kekal dalam line IT, rupanya tidak. Sekarang nie dok mengadap kayu kayan pulak dah. Langsung tak der IT. Cakap kat Marketing Executive pasal powerpoint pun dia tak paham. Hampeh betul!!!

Hmmm... aku terjumpa 1 blog yang boleh buat tulisan warna-warni.. menarik nie. Tak pe, biar aku cari dulu. Kalau ada, besok la aku pakai warna2 tu yer.

So, selamat malam lah....

Sunday, March 27, 2005

Mana dia??

Tension betul aku!!!
Benda yang aku taip untuk blog nie, hilang gara2 PC hang.
Adohaiiii.. nasib baik javascript untuk jam aku tak hilang. Kalau tak, 1 hal lagi nak cari website dia balik. Memula tadi, ingatkan hilang. Nasib baik ada>D
Besok aje la sambung. Dah tak der mood aku nak buat balik. Besok nak keje. Kena bangun awal.
Besok, macam-macam aku nak kena buat. Item 545 tak settle lagi. Packing untuk magnussen pun satu hal. Dah 4 kali dah aku buat, semuanya kena reject. Ah Chong pun dah fed up dah.
Kat office tu, macam-macam aku belajar. Dari design perabot, sehinggalah susun kotak dalam kontena. Ada cara rupanya. Aku ingatkan main campak2 aje..ehehehe...
Dalam pada masa yang sama, hal2 peribadi pun banyak membelenggu aku. Kad kredit yang baru, tak ambik lagi. Rambut tak gunting lagi. Pejabat ABIM tak gie lagi. Money order untuk Fillah Enterprise tak pos lagi. Ala haiii..
Sejak dok kampung nie, aku dah malas nak bersosial. Rutin hidup aku begitu statik. Gie keje.. balik keje. Weekend,dok rumah aje. Ape nak jadik nie.
Kalau difikir-fikirkan, memang pening dibuatnya. Dari dok pening kepala, lebih baik aku layan tidur.

Selamat malam blog

Final Project

.

Masa Formula 1 kat Sepang hari tu, aku teringatkan final project masa aku belajar multimedia dulu. Entah mana entah CDnya, yang tinggal hanyalah CD covernya aje. Tu pun aku jumpa secara tak sengaja dalam PC aku. Cari jugak fail-fail lain masa belajar dulu. Ada la tinggal saki baki. Terus burn dalam CD.

Ulor

Noni adalah seorang executive disebuah syarikat pembekal barangan komputer di Shah Alam. Baru bekerja tak sampai setahun tapi popularitinya cukup hebat, cam super star lak kat kilangnyer tuh...bukan sebab dia cantik...bukan sebab body baeekkk...tapi sebab dia seorang yg cukup ceria...disenangi oleh semua orang... Noni nih kerjanya byk terbabit dengan aktiviti luar...jumpa org sana...jumpa org sini(kononnyer ler)...so memang jarang la ade kat opis....kalau tengok punch card banyak kosong dari berisi...tapi org tak cakap apa...sebab dia kan banyak kerja luar...memang 'nature' kerja dia cam tuh..

Satu hari tengah sedap si Noni mentekedarah kat luar (time keje)...dia rasa gatal-gatal kat lengan...garu...pas tu gatal kat paha lak...garu lagi...sudah nyer satu badan naik gatal-gatal. Mula nyer dia ingatkan elergik ngan makanan tapi sampai 3-4 hari gatalnyer tuh makin menjadi-jadi..beberapa bahagian kulitnyer dah menebal...semacam kurap dah rupenyer... si Noni mula menggelabah...dengan bantuan beberapa member, si Noni di bawa berjumpa dengan sorang pawang kat Ulu Puchong...time tuh separuh kaki die dah tumbuh sisik...Sepanjang perjalanan ke rumah pawang tu si Noni menangis tak henti-henti...sampai kat rumah pawang... Noni dah tah boleh berjalan...sampai ke dada dah bersisik...tinggal buah dada jer yg masih selamat...

Tanpa berlengah pawang terus menggelupur membaca mentera...cuba nak selamatkan Noni yang kononnyer terkena badi ular...makin kuat pawang menggelupur makin cepat bahagian badan Noni bertukar jadik bersisik cam ular..sudahnyer sisik sume dah merayap sampai ke muka..Seluruh tubuh Noni makin pedih...rasa gatal yg teramat sangat terasa bagaikan tak dapat dibendung... Noni menjerit sekuat hati...pawang kat sebelah dah
pengsan...cuma bayangan ular yg memenuhi ruang bilik tersebut...asap berkepul-kepul keluar dari ubun-ubun kepala Noni... Tiba -tiba satu imej manusia terhasil daripada kepulan asap yang keluar dari kepala Noni tuh..

"Ehh...Bos?...tolong la saya Bos...saya janji tamo 'ngulor' dah...pas
nih saya buat keje bebetul...kalau Bos nak sumpah jadik ular pon sumpah
la org yg tengah baca cerita nih...dia pon ngulor jugak tuh"

Benda Yang Haram

Sampaikanlah mesej ini kepada kawan-kawan muslim kita yang lain kerana
Allah itu amat suka akan orang yang menyampaikan benda-benda yang baik.
Untuk pengetahuan semua, umat Islam di Malaysia kini dikejutkan dengan
penemuan "Holy Water" di dalam air mineral yang diedarkan dipasaran
ketika ini. Seperti yang kita umat Islam ketahui, Holy Water jika
diminum oleh
umat Islam akan menyebabkan lidah menjadi keras untuk menyebut nama
Allah dan hati menjadi beku atas segala ajaran Islam.

Sebelum terkena lebih baik kita berhati-hati. Disini disenaraikan
nama-nama
air mineral tersebut:
1) Al-Mansur
2) Al-Mubarakah
3) Al-Barakah
4) Bestari

Ingat wahai sahabat, orang-orang kafir selalu ingin menjatuhkan agama
Islam. Mereka boleh berselindung dengan nama-nama orang Islam tetapi
Allah maha mengetahui dan dibukanya minda kita agar tetap dengan
keimanan di hati.

Untuk pengetahuan , buktinya memang dah ada dan sekarang ini jenama air
mineral tersebut boleh didapati disekitar PKNS dan Bukit Jalil dan
beberapa tempat sekitar Petaling Jaya, Selangor. Di tempat lain tidak pula
diketahui.
_________________________________________________

JUMAAT - Selipar Bowling

HARAP MAKLUM SEMUA...

Selipar getah jenama BOWLING (aku ader sliper nie,tapi tak prasan kat
bawah kasut tue ader tulisan Allah.Balik kena tengok) dan S2 ada tertulis
perkataan ALLAH (dlm Arab) di tapaknya (bahagian tumit) harap dapat
ambil perhatian. Sebarkan demi agama Islam tercinta. tengok tapak
selipar sebelah kiri...
Kalau sebelah kanan, perkataan ALLAH dalm imej terbalik.
SUBAHANALLAH....

Mineral Water "WATERCO" .....DON'T BUY IT....
Wallahualam....

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum atau terbeli air
mineral 'WATERCO". Ia adalah 'Holly Water'. yang dibuat di Vatican
City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul.

Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin
1x, 3 qul 1x dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan bahagian buat
mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah.

Tolong fowardkan okay... Demi Islam... Demi agama yang tercinta.

Speed Trap

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan
kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang
tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan ke hulu ke
hilir cuba menahan kereta supaya membantu. tidak ada sebuah kereta pun
berhenti. tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil
tadi.

"ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje... . "ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.
"worrait gak tu... ",tapi... .nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan
hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan
berhati-hati.Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu
pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuahFerrari datang dari belakang dengan laju sampai
potong si mamat evo7 ni. apa lagi, jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan
la minyak rapat nak kejarFerrari nie... lupa la pulak dia dengan kancil
org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi high beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah sebab angin punya pasal kene potong ngan Ferrari tu.Kebetulan plak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm... ... bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie... kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-keretayg laju nie... "over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye... ... ... sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan
bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

Masih mencuba lagi

Hari ini, Ahad...
Aku masih mencuba memperbaiki interface weblog nie. Cuma nak insert gambar. Tapi banyak pulak step yang nak kena follow. Kalau faham tak pe, nie tak faham.. ehehehehe... hampeh kayu betul la!!

Hari minggu nie, ingat nak gie Pejabat ABIM, tapi dah mengadap PC nie, lain kali je la ye.. ehehehe.. Lagipun, kat luar tu panas. Kereta aku tak berbasuh lagi. hai yaaa.. macam2 nak kena buat nie. Rasa macam malas je.

Memulakan bicara

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, aku memulakan blog aku yang terbaru.

Entah dah berapa banyak dah web blog yang aku created malam nie. Sekadar mencuba web hosting yang ada kat atas muka bumi nie. Ada yang menarik, tapi terlalu complex. Benda yang leceh2 nie, malas aku nak layan.

Malam dah makin larut. Baru lepas hujan sebenarnya. Kalau layan tidur nie, memang best. Tapi aku sebenarnya nak cuba streamyx yang baru dipasang 2 hari lepas. Not bad. Laju macam LRT. Kalau sebelum nie guna Time Net seksa sungguh. Dah la slow, selalu disconencted. Lepas tu bila dapat bill telefon, mula la mak aku bising. Mahal giler. Sampai RM200. Baiklah aku pasang streamyx. RM88 sebulan, pakai la sampai muntah2.

Takat nie dulu. Aku nak try tengok hasilnya. Taip panjang2 karang, hasil tak lumayan, buat penat badan je..

Chow