Friday, March 31, 2006

31.03.2006

Haluuuuuuuu.. (bak kata Farah Fauzana)

Hari nie, adalah hari terakhir bulan March 2006. Masa berjalan dengan begitu pantas. Meninggalkan aku yang terkebil-kebil sensorang kat ceruk nie.
At the same time (cakap orang putih u.. ) hari nie jugak (eh..cakap melayu balik.. biasa la la, melayu..cakap mesti campo2 punya..) hari terakhir mat bengap.. Kira berakhir la azab dia dan kami semua. mulai besok, aku ngan senior je la. Hari Isnin sehingga Rabu, senior & VGM gie China. So, sapa jaga kedai? Akakkkkk laaaaaaaaaaa.. muahahaha... Rasa bangga terhadap diri sendiri pun ada, rasa kecut perut pun ada. Tunggu je la mcm mana aku conduct dept aku nanti.. huhuhuhu...

Besok 1 April 2006.. Hmm.. April Fool tu.. Pesanan kepada semua, jangan sambut benda tu. Yahudi punya tuh....


Chowzz

Monday, March 27, 2006

HAPPY BIRTHDAY TO YOU



Hari ini genaplah umur blog aku nie setahun... kena buat pulut kuning nie.. Nie la satu2nya blog aku yang agak lama hayatnya... Anyway, happy birtday to you.. Semoga panjang umur & murah rezeki.. amin


HAPPY BIRTHDAY!!!!!!!

Sunday, March 26, 2006

Tamatnya Sukan Komanwel 06 Menggamit Memori 98



Hari ini, tamatlah Sukan Komanwel ke 18. Sekejap sahaja masa berjalan. Selama 10 hari diaorang berkampung kat Melbourne, sok semuanya balik ke kampung masing-masing.

Memori Sukan Komanwel ke 16 yang berlangsung di negara tercinta ni masih segar dalam ingatan. So, aku nak recall la memori masa Komanwel ke 16 tu. Ye la, masa tu aku jadi warga Lembah Klang. Kalau tak tengok acara secara live, rugi la, ye tak?

Sukan Komanwel 98 berlangsung dalam keadaan di mana negara dalam keadaan tidak stabil. Zaman kegawatan ekonomi, ditambah lagi dengan kegawatan politik, ada cakap-cakap yang mengatakan pada ketika itulah rakyat akan memberontak dan menunjukkan kepada dunia yang negara ini tidak demokratik. Namun, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Semasa temasya berlangsung, aku bersama rakan-rakan pakat2 la nak join. Masa tu kita orang plan nak tengok hoki lelaki. Tapi ape kan daya, tiket dah habis. So putar2 area Bukit Jalil tu, terus masuk Stadium Nasional Bukit Jalil. Masuk stadium tu tengok acara olahraga. Walaupun tak berapa minat. Tengok je la. Namun jauh disudut hati, aku berasa bangga menjadi warga Malaysia. Sebab Malaysia merupakan negara pertama di Asia yang menjadi tuan rumah temasya tersebut. Lepas banyak acara olahraga tu habis (tak tau pun result..sebab bukan tengok sangat pun), keluar stadium jumpa lak budak kampung aku, aisey.. sembang panjang la. Lepak makan aiskrim lagi.... Sungguh aman negara tercinta ku ini..:)

Sambil tulis blog, aku sempat gak la surf net cari fakta... So, masa tu, Malaysia menang 10 emas, 14 perak & 12 Gangsa. Power la kiranya tu. Walauapapun, tahniah untuk semua atlit...:)

Temasya ke 18 nie, yang agak terkilan adalah kekalahan Nicol Ann David. Tapi apa boleh buat, mungkin dah tak der rezeki gamaknya. Terima aje la. walau apa pun, segala usaha tetap dihargai.. cewah...:) Semoga atlit Malaysia akan lebih cemerlang di masa hadapan.. ye la.. kata rimau..rimaukan GARANG

p/s... rupanya2 besok genaplah usia blog nie setahun.. HAPPY BIRTHDAY!!!


Thursday, March 23, 2006

Waktu Yang Diharamkan Bersolat

Waktu diharamkan sembahyang ialah:

1. Waktu syuruk iaitu 28 minit selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. Iaitu subuh dari 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am. Therefore dari 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari.
Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7am dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10 minit sebelum waktu zohor.
Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 minit selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.

Wallahualam. Sudahkah anda menunaikan SOLAT? Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Wallahu Alam....

Seorang Wanita, Anak dan Kereta Wira

Semasa pulang dari pejabat tadi, aku singgah di stesen petrol Petronas Jasin untuk mengisi minyak kereta. Ketika sampai, aku nampak beberapa orang sedang mengerumuni sebuah kereta wira. Aku pun berhenti la kat pam sebelah kereta tu. Sebelum isi minyak, jenguk-jenguk juga la ape ke halnya, rupa-rupanya kereta wanita tu terkunci dari dalam & anaknya berada dalam kereta itu. Aku lihat, beberapa orang lelaki yang aku rasakan macho jugak la, hanya tengok dan kerumun. Sambil bercakap antara satu dengan yang lain. Si wanita tadi, sibuk menjolok celah tingkap keretanya dengan pembaris, sesekali menjerit kepada anaknya supaya menarik lock pintu. Anaknya tu aku rasa adalah dalam lingkungan 2 tahun. So, off couse la dia tak tau apa-apa. Ada seorang apek tu suruh panggil mekanik dari wokshop berhampiran. Siap menjerit-jerit lagi. Alo apek!! mau kerja pakai otak sama tangan la, bukan pakai mulut!!! Masa aku dah penuhkan tangki kereta, mekanik tu pun sampai. Aku bukan la lelaki yang macho pada pandanganku, so, tutup klip tangki minyak, start enjin, blah.... Bukan budaya aku untuk tercongok dan tak berbuat apa-apa seperti jantan-jantan macho itu.
Kes ni dah 2 kali terjadi depan mata aku. First time, masa ex-colleague aku memberhentikan keretanya di kedai tempat yang selalu kami menjamu selera di waktu tengahari. Enjin tak padam, anak main kat pintu, tertekan punat kunci pintu. Nasib baik ada seorang tu alarm systemnya sama dengan kereta wira rakan aku tu tadi. So boleh la unlock balik.... Semasa kejadian itu, aku sedang habiskan makanan tengahariku sambil membaca akhbar. Aku percaya, kalau aku sibuk-sibuk kat kereta kawanku itu, aku tak boleh nak buat apa-apa. Dari menyebuk, lebih baik aku teruskan urusanku.
So, moralnya di sini : Jangan tinggalkan kunci dalam kereta. Matikan enjin dan bawalah kunci bersama-sama. Tak kiralah walau sekejap.
Wassalam....

Wednesday, March 22, 2006

Keusahawanan

Assalamualaikum...
Sebuah kolum baru telah diwujudkan dalam webblog ini. Ruang keusahawanan diwujudkan bagi kegunaan para usahawan khasnya dan para pembaca blog yang lain amnya. Di samping itu, kewujudan kolum baru ini juga bagi memberi semangat baru untuk pembaca menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Sebenarnya, banyak peluang-peluang dan bantuan-bantuan yang disediakan bagi melahirkan generasi usawahan. Cuma, ianya tidak diketahui ramai kerana kurang promosi (mungkin??)
Semoga ruangan baru ini dapat memberi manafaat kepada semua pembaca.
Keusahawan Kerjaya Pilihan

Friday, March 17, 2006

Syarat Memaksimumkan Keuntungan Perniagaan

Berniaga merupakan suatu pekerjaan yang mulia. Hampir keseluruhan kegiatan ekonomi digerakkan oleh sektor perniagaan. Maka, tidak hairanlah bila mana Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa sembilan per sepuluh rezeki itu datang daripada perniagaan.

Islam memandang tinggi akan kedudukan para peniaga. Para peniaga yang jujur tempatnya ialah di syurga Allah. Ini dinyatakan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya yang berbunyi:
Peniaga yang jujur akan bersama-sama para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid (Hadis riwayat Tarmizi dan Hakim).

Dewasa ini, pelbagai isu berkaitan dengan amalan perniagaan yang songsang dan korup seperti pecah amanah, rasuah, penipuan, eksploitasi, penindasan pekerja, pencemaran alam dan sebagainya telah timbul berikutan sikap dan amalan korporat yang tidak beretika.

Berikutan keadaan yang semakin genting, kesedaran dan penerapan tentang amalan perniagaan beretika yang lebih telus, jujur dan berhemah semakin menjadi trend perniagaan global.

Sebenarnya, amalan perniagaan yang baik akan menghasilkan kestabilan hidup yang harmoni. Ini kerana, para peniaga merupakan mereka yang sentiasa berinteraksi dengan manusia lain seperti para pembeli; menggembleng keringat usaha para pekerja/buruh; dan para peniaga turut berinteraksi dengan alam kerana mereka menggunakan bahan mentah dari hasil alam. Dengan modal yang ada, semua ini disatukan dalam proses pengeluaran bagi mendapatkan keuntungan.

Amalan perniagaan dalam sistem ekonomi konvensional meletakkan objektif memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos sebagai matlamat utama sesebuah entiti perniagaan. Objektif material ini kerap kali dilihat kontra de-ngan kedudukan dan keutamaan sistem nilai.
Untuk memaksimumkan untung, keupayaan bagi menjana perolehan yang tinggi dan meminimumkan kos adalah dua perkara asas yang mesti dititikberatkan. Ini biasanya dicapai dengan meletakkan sistem nilai sebagai keutamaan kedua dan tidak kurang juga yang terus mengabaikannya.

Islam, sebaliknya telah meletakkan panduan yang jelas dalam menjawab persoalan ini. Islam membenarkan pengambilan untung dan objektif untuk memaksimumkan keuntungan hanya dibenarkan setelah beberapa perkara asas dipenuhi.
Dalam erti kata lain, konteks memaksimumkan keuntungan hanya dibenarkan setelah beberapa perkara dipertimbang dan dilaksanakan.

Perkara yang pertama, Islam melihat perniagaan sebagai suatu bentuk ibadah di mana ia dilaksanakan untuk mendapat keredaan Ilahi. Sehubungan itu, segala bentuk perniagaan yang bercanggah dengan hukum syarak adalah salah di sisi Islam dan tidak boleh dijalankan.

Ini juga mencakupi amalan perniagaan yang baik di mana dalam usaha mencapai keredaan Allah, amalan perniagaan yang tidak sihat seperti menipu, rasuah, riba, menyorok barang dan sebagainya mestilah dijauhi. Jelas bahawa bentuk perniagaan dan amalan perniagaan yang selaras dengan kehendak ajaran Islam mesti dititikberatkan.

Perkara kedua, dalam menjalankan perniagaan, seseorang peniaga perlu menjalankan perniagaannya selaras dengan konsep adil dari kaca mata Islam. Adil bermaksud tidak ada penindasan dan eksploitasi dilakukan ke atas mana-mana pihak. Antara lain, konteks adil di sini melibatkan keadilan dari segi penggunaan sumber ekonomi, penetapan harga, kontrak, penyampaian informasi dan kebenaran kandungan iklan.

Pengabaian prinsip ini jelas dalam masalah rumah terbengkalai di negara kita. Ketidakadilan ke atas para pembeli rumah menuntut perhatian segera pihak berwajib.
Seterusnya, para peniaga mesti mengambil kira kepentingan masyarakat dalam menjalankan perniagaannya. Sikap mementingkan diri sendiri seperti amalan membuang sisa pencemaran ke dalam sungai sebagai langkah mengurangkan kos adalah salah di sisi Islam.

Selain itu, mengenakan caj yang tinggi dalam keadaan masyarakat terdesak dan memerlukan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, juga merupakan suatu amalan yang tidak bermoral dan membelakangkan kepentingan masyarakat.

Hanya setelah mengambil kira ketiga-tiga perkara di atas, barulah persoalan `memaksimumkan' keuntungan boleh dipertimbangkan. Jelas, amalan perniagaan dalam Islam tidak hanya melihat pada keuntungan material sempit yang hanya menguntungkan sesetengah pihak.

Perniagaan yang mengambil kira prinsip-prinsip di atas akan menghasilkan bukan sahaja nilai tambah material, malah turut menjana nilai tambah spiritual dan moral dalam masyarakat.

Thursday, March 16, 2006

Tip berbelanja elak tertipu muslihat peniaga

HARGA minyak naik lagi. Ini tidak dapat dielakkan kecuali kerajaan meneruskan pemberian subsidi yang tinggi, sesuatu yang tidak boleh kita terus harapkan dalam keadaan kadar subsidi yang sememangnya sudah tinggi sekarang.

Peniaga juga mula menaikkan harga bagi menampung kenaikan kos pengeluaran masing-masing akibat peningkatan harga bahan bakar, selain menanggung kos hidup yang turut bertambah.
Ada sesetengahnya cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dan yang teruk menanggung beban ialah mereka bergaji tetap, terutama yang tidak bekerja, berpendapatan rendah dan pesara.

Kedai runcit menelan sebahagian besar pendapatan kebanyakan keluarga. Semakin rendah pendapatan semakin besar wang mereka dari segi peratusan diperuntukkan untuk tujuan itu. Orang miskin membelanjakan kebanyakan pendapatan mereka untuk bahan makanan.

Mungkin mudah untuk menghabiskan wang di kasino kerana memang itulah tujuan ia dicipta. Kedai runcit juga mempunyai matlamat sama. Setiap barang yang ada di dalam kedai itu disediakan untuk memisahkan pengguna daripada wangnya.

Katakan anda ingin membeli beberapa biji telur dan susu di sebuah kedai runcit, tetapi ketika melintasi rak barang dalam kedai itu, anda tentunya melihat pelbagai barang ‘harga istimewa’ yang menarik minat anda.

Kemungkinan apa yang berlaku ialah anda akhirnya tiba di kaunter pembayaran dengan pelbagai jenis barang lain di samping telur dan susu, terutama jika anak anda ada bersama.

Berikut adalah beberapa cara berbelanja yang dapat menghindarkan kita daripada keadaan seperti disebut tadi, diperoleh daripada internet dan makalah terbitan persatuan pengguna:

- Rintangan nilai – Di depan kedai biasanya terpampang iklan ‘tawaran istimewa’. Iklan ini mungkin suatu tawaran terbaik atau sebaliknya. Satu cara untuk memastikannya ialah dengan membuat perbandingan harga. Selalunya ada barang sama yang lebih murah, tetapi tersorok di dalam kedai.

- Masalah tanda harga – Sering kali barang mahal dicampur-adukkan dengan barang murah dan mungkin yang tiada tanda harga. Malah, ada yang diletakkan tidak jauh antara satu sama lain. Kerja memilih menjadi seperti bermain judi! Semak harga di kaunter bayaran. Jika harga itu lebih mahal daripada yang anda jangkakan, beritahu pekerja di kaunter bahawa anda tidak mahukannya. Jangan mudah terpedaya dengan pekerja berkenaan dan jangan bimbang dengan pembeli di barisan belakang anda. Itu adalah hak anda.

- Saiz besar tidak semestinya belian terbaik – Jika barang yang ingin dibeli tidak ada penetapan harga mengikut unit, anda memerlukan kalkulator. Oleh itu, jangan lupa bawa kalkulator setiap kali pergi membeli-belah. Perlu diingat bahawa bahan makanan dalam bungkusan besar atau saiz keluarga mungkin bukan suatu belian terbaik walaupun lebih murah, jika anda tidak boleh menyimpannya dengan sempurna. Akhirnya, mungkin berlaku pembaziran dan barang yang dibeli terpaksa dibuang kerana rosak.

- Menipu saiz – Harga sama, tetapi isinya kurang sudah menjadi lumrah sekarang. Barang yang dipamerkan secara besar-besaran juga belum tentu pembelian terbaik. Ia dibuat sedemikian disebabkan pekedai membeli banyak barang. Ia mungkin suatu tawaran yang baik atau sebaliknya. Satu cara untuk mengetahui penipuan ini ialah dengan membandingkan harga.
- Muslihat jenama - Syarikat besar membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk meyakinkan anda bahawa jenama mereka adalah yang terbaik. Barang itu tidaklah selalunya lebih baik daripada jenama lain yang lebih murah. Selalunya, barang berjenama itu datang dari kilang sama, cuma labelnya berbeza ketika keluar dari kilang.

- Cari barang di atas rak – Barang berharga mahal biasanya diletakkan separas mata di atas rak, manakala barang murah ditempatkan sama ada di tempat tinggi atau paling rendah.
- Harga ayam turun, barang dalam tin naik – Jika harga barang itu diturunkan di suatu kawasan, ia mungkin dinaikkan di tempat lain. Jika boleh, beli barang yang murah pada masa itu dan elakkan barang yang dinaikkan harganya.

- Muslihat makanan ringan – Anda mungkin membayar harga mahal bagi kentang dan garam yang bernilai 50 sen atau ubi kayu yang dijual dengan harga 30 sen, tetapi ia lebih murah, lazat, berkhasiat dan lebih menyeronokkan jika dibuat sendiri.

- Bersikap adil kepada diri dan keluarga – Tawaran yang tulen boleh dicari, tetapi anda perlu mencarinya bersungguh-sungguh, memerhati dengan penuh teliti bersama kalkulator di tangan. Pekedai mempunyai hak meletakkan harga yang mereka mahu pada barang jualan, kecuali bagi barang harga terkawal. Anda juga mempunyai hak mendapatkan tawaran lebih baik dan berjimat-cermat.

Dengan membeli-belah secara pintar, anda menggalakkan peruncit mengamalkan tawaran berhemat, bukan tawaran berhelah. Jika anda berjaya mengalahkan muslihat jual beli seperti ini, bermakna anda memenangi kualiti hidup yang lebih baik dan masa depan yang lebih terjamin untuk diri dan keluarga.

Diharap panduan yang dinyatakan tadi dapat membantu anda sedikit sebanyak ketika berbelanja dalam kemelut kenaikan harga barang yang anda hadapi kini.

Wednesday, March 15, 2006

Gangguan Bekalan Air

Hari ni, kebanyakan kawasan kat Melaka dibelenggu gangguan bekalan air. Puncanya adalah pihak-pihak terbabit sedang memasang paip baru dan pelebaran jalan Melaka - Muar. Di samping itu juga, kerja-kerja pembersihan kolam juga dilakukan.
Tapi alhamdulillah, kat rumah aku tak der masalah. Bagi orang tumpang mandi lagi adalah. Sebab rumah kita orang ada pasang paip dari perigi. So dalam kes gangguan bekalan air macam nie, tak jadi masalah la. Air perigi ada. Tapi di sebabkan ramai sangat yang mengepam telaga zam-zam ala kazam hari ni, petang tadi, air dah sangkut-sangkut dah. Nasib baik kita orang semua dah mandi. Kalau tak, bau asyam daaaaaa....

Kepada pembaca semua, jimatkan air. Jangan membazir.

Wednesday, March 08, 2006

Penulis Di Blog Tidak Jujur

Petikan dari Akhbar Berita Harian
DISKUSI ‘Blog: Percaya Biar Bertempat’ di Laman Karyawan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini, mengabsahkan pendapat yang mengatakan tulisan yang disiarkan di blog tidak boleh dipercayai.

Ini kerana kebanyakan penulis blog tidak berniat mendedahkan hal sebenar dan sekadar ingin memberi gambaran mengenai luahan rasa mereka, mendapatkan timbal balas daripada pengunjung blog di samping menjaga etika tanggungjawab sosial dalam blog.
Hal ini hangat diperkatakan tiga penulis blog, Muhammad Faisal Sharbudin yang menggunakan nama pena ‘elmaaniq’, Nor Shafinaz Shamsudin (pinat) dan Salina Ibrahim (salinaibrahim), pada diskusi yang dipengerusikan Anwar Othman.
Muhammad Faisal mengakui bahawa beliau pada mulanya tidak mengetahui mengenai blog atau diari peribadi yang banyak dibangunkan di internet tetapi cerita rakan mengenai blog berjaya mempengaruhi Faisal untuk cuba berkunjung.
”Saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai blog sendiri. Kali pertama berkunjung ke blog pun, saya tidak menetapkan blog bagaimanakah yang hendak saya kunjungi. Lebih menarik, apabila berkunjung ke blog rakan yang ada pautan ke blog lain dan saya terus mencuba,” katanya.
Mohd Faizal mengakui meskipun banyak mengunjungi blog tetapi bukan semua yang diteliti dengan alasan, ada antara blog berkenaan yang tidak diminati dan tidak sesuai untuk dibaca.
“Saya akan meluangkan masa di blog berkenaan sekiranya ia memaparkan isi yang boleh dijadikan panduan. Kelebihan blog ialah berlakunya komunikasi dua hala antara pemilik dan pembaca,” katanya.
Jika diberi pilihan, beliau akan memilih membaca berita atau bahan di blog berbanding media cetak yang dianggap sering menimbulkan tanggapan berat sebelah kerana tidak berlangsungnya komunikasi dua hala.
Berlainan dengan elmaaniq, Nur Shafinaz Shamsudin yang lebih dikenali dengan nama ‘pinat’ membina blog kerana berasa perlu bersuara dan meluahkan apa yang terpendam dalam fikiran.
Shafinaz yang bertugas di perpustakaan awam di Putrajaya berkata, situasi di tempat kerja yang sunyi, tidak banyak komunikasi dan ketiadaan rakan berbual menyebabkan beliau membina blog sendiri.
“Saya berada dalam persekitaran yang tidak membenarkan kita berbual. Ada kalanya saya teringin bercakap dan blog menjadi medan terbaik menyuarakan rasa ingin berbicara,” katanya.
Beliau berkata, memandangkan usia yang sudah melepasi tahap remaja dan berkeluarga, beliau gemar mengunjungi blog berbentuk cerita semasa serta mengelak daripada mengunjungi blog yang berisi dengan bahan bernada melankolik atau mendayu-dayu.
Shafinaz berpegang kepada pendirian bahawa penulis blog memikul tanggungjawab yang besar kerana setiap hasil tulisan dibaca ramai individu dan banyak catatan penulis blog dianggap jujur sekalipun mungkin tidak 100 peratus.
“Kita tidak boleh menerima sumber maklumat yang ditulis bulat-bulat kerana tidak semua pendapat yang ditulis bersandarkan fakta. Mereka menulis tidak berdasarkan tinjauan mahupun kajian dan bersifat pendapat peribadi,” katanya.
Shafinaz yakin bahawa kebebasan yang diperoleh penulis blog membolehkan pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan penulisan blog sebagai wadah untuk mereka menjalankan propaganda atau menyebarkan anasir negatif.
“Ada pelbagai kemungkinan boleh berlaku kerana penulis blog boleh saja mempengaruhi pembaca dengan pelbagai ideologi mereka dan kehadiran internet memudahkan lagi proses ini,” katanya.
Penulis novel, Salina Ibrahim yang masih baru dalam dunia blog mengaku mengetahui kemudahan medan penulisan peribadi berkenaan melalui ketuanya yang sering mengadakan kunjungan blog.
“Saya sering melihat editor saya mempromosikan kegiatan dan hasil karya beliau melalui blog dan lama-kelamaan saya sedar bahawa saya juga boleh mempromosikan karya saya melalui blog,” katanya.
Salina turut memanfaatkan blog untuk menghebahkan kegiatan anjuran syarikat tempat beliau bertugas dan menghebahkan diskusi umum serta memastikan blog yang dikunjungi menggunakan bahasa yang baik.
“Penulis blog adalah pemberi maklumat dan mereka boleh disamakan dengan wartawan di akhbar. Cuma yang berbeza ialah tugas wartawan lebih berat kerana mereka terikat dengan peraturan,” katanya.
...................................................................................................................................
Aku teringin gak komen pasal penulis blog nie. Aku banyak juga baca blog-blog tempatan & antarabangsa (ehem.. paham ke bang???). Bagi aku kebanyakannya hanyalah luahan hati dari pemiliknya. Ada juga yang banyak bagi info macam isu-isu semasa, teknologi maklumat dan tempat-tempat menarik kat dunia nie. Isunya bukan la jujur atau pun tidak. Tapi gaya penyampainya yang agak ringkas dan ada kalanya infonya kurang lengkap dan mungkin juga tidak tepat. Ianya bukanlah kerana pemilik cuba bersikap tidak jujur, tetapi kerana mereka sendiri mempunyai maklumat yang tidak tepat dan adakalanya pembaca sendiri yang tersalah tafsir.
Justeru itu, adalah tidak wajar kiranya webblog dijadikan sumber informasi sebaliknya anggaplah ianya sebagai bahan bacaan ringan yang berguna untuk mengisi ruang kelapangan dan kebosanan. Jika yakin maklumat yang diberikan itu tepat dan benar, manfaatkanlah ia demi kebaikan bersama.
Kepada pemilik blog, jika mahu webblog mereka bermanfaat kepada pembaca, selitkan lah maklumat berguna serba sedikit...:)
Semoga berbahagia Siti Nurhaliza .............. ehhh!!!.. salah forum daaaaaaa

Saturday, March 04, 2006

MIFF 2006 Sasar Jualan RM2.2 Bilion

(Dari Harian Metro)
PAMERAN Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2006 mensasarkan jualan lebih RM2.2 bilion tahun ini berbanding RM2.13 bilion tahun lalu.
Pengarah Urusan MIFF, Datuk Tan Chin Huat, berkata buat pertama kalinya pameran itu akan diadakan di dua tempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) daripada 7 hingga 11 Mac.Pameran itu berjaya menarik penyertaan 420 syarikat dari 16 negara. Kira-kira 30 peratus daripada peserta pameran datang dari China, Singapura, India, Perancis, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Turki, Australia, Itali, United Kingdom, Hong Kong dan Taiwan.
“Meskipun pesaing daripada pameran lain di seluruh dunia, pameran kami masih mendapat sambutan baik dan kami sangat gembira,” katanya sambil menambah lebih 7,000 pembeli antarabangsa diunjurkan tahun ini daripada 6,899 tahun lalu.
Kebanyakan pembeli asing datang dari Eropah.“MIFF adalah pameran jualan berorientasikan eksport dan kami perlu mensasarkan pembeli asing bagi membantu pengeluar perabot Malaysia mengembangkan pasaran luar negara mereka,” katanya.
Daripada ruang pameran seluas 12,000 meter persegi pada 1995, MIFF diperbesarkan kepada 70,000 meter persegi tahun ini mencerminkan kenaikan hampir enam kali ganda berbanding dekad lalu dan menjadikan MIFF satu daripada pameran perdagangan seumpamanya yang paling pantas berkembang di dunia.