Bismillah
Sekarang adalah musim guru dan para pelajarnya. Musim bumbung bocor dah habis dah. Jadinya, saban hari, kita akan didendangkan dengan cerita-cerita pasal guru tampar murid, guru rendam murid dan tak kurang juga murid saman guru.
Beberapa hari lepas, ada yang berpendapat, pelajar sekarang lembik dan manja. Tapi bagi aku, mereka bukan lembik. Tapi mereka degil. Kepala batu. Kurang ajar. Tak der sebab mereka tu lembik. Kalau lembik, dia org tak aggresif. Tengking sikit dah nangis, balik mengadu kat mak bapak. Mak bapak pujuk, bagi cokelat. Diam la. Baru la lembik dan manja.
Dalam kes-kes kebelakangan ni, aku akan berpihak kepada guru-guru tu. Setakat ni, aku rasa, guru-guru tu tak der la bertindak di luar batasan pun. Takat rendam si pengotor dalam kolam kotor, memang patut pun. Pengotor mesti duduk kat tempat kotor. Salahkah guru mengajar sebegitu rupa?
Aku percaya, anak-anak akan mengadu kepada ibubapanya tentang kejadian di sekolah dengan menyatakan yang dia adalah mangsa. Takkan ada anak yang menceritakan yang dia buat salah kat sekolah. Yang mak bapak ni pulak percaya bulat-bulat. Dia tak tau, yang dia dah kena kencing dengan anak sendiri. Tanpa usul periksa, terus serang guru. Buat laporan polis, lapor kat TV3. Sudahnya, cikgu yang jadi mangsa.
Budak-budak zaman sekarang, semuanya tak boleh ditegur. Bila guru tegur sikit, mula la buat macam-macam. Sakit hati guru tu dibuatnya. Guru pun manusia juga. Ada had kesabaran.
Tapi apakan daya, lebih baik makan hati dari jentik anak orang.
Tak pe la cikgu... Ada hikmah disebaliknya.